Khamis, 6 Disember 2012
Takdir Diubah Dengan Doa - Ustaz Azhar Idrus
Akal manusia terlalu kecil untuk kaji tentang Allah termasuk Qada dan Qada;
Yakinilah bahawa Allah tentukan Qada dan Qada kita, juga Dia jua mampu mengubahnya.
Rabu, 5 Disember 2012
Selasa, 4 Disember 2012
Susah Jaga Anak Perempuan
Orang dulu-dulu selalu kata “Jaga anak perempuan sorang lebih susah dari jaga kerbau sekandang”. Masih relevankah?
Pada zaman serba mencabar ni, masihkan diskriminasi sebegitu berlaku? Susah sangatkah nak jaga anak perempuan? Tang mana susahnya tu?
Itu satu pertanyaan ya kawan-kawan. Sebab daku belum ada anak, maka daku bertanya. Silalah jawab andai berkaitan.
Harapnya, mek dan ayah tak rasa susah jaga aku. Walaupun dah tua gayut macam ni pun masih lagi perlu pikul tanggungjawab jaga aku. Macam bebanlah pulak aku ni kan? Kesian dia orang tu!
Aku janji akan jadi anak yang sentiasa doakan mereka ke Jannah sama ada masa hayat atau setelah mereka tak ada nanti. Walaupun aku bukanlah solehah manapun, namun harap-harapnya aku bukanlah penyebab kepada mereka untuk mendapatkan susah di sana nanti.
Isnin, 3 Disember 2012
Gambar Pra Perkahwinan @ Pre-Wedding Apex & Lueney
foto-foto gambar pra-perkahwinan @ prewedding Khairul Fahmi che Mat @ Apex dan Lueney hanya klik sahaja di Ceritera Cinta ya! - Kredit foto dari The Photolicious
Lebih banyak gambar di Photolicious FB
Cerita Panas Di MAHA 2012
Sila percaya, MAHA memang panas! Jadi, entri ni berkaitan tentang cerita-cerita panas. Ya, cerita panas. Sangat panas. Betul! Tak tipu...semuanya panas!
Sabtu gigihkan diri berasak ke MAHA 2012 walaupun kalau ikutkan sejarah, tiap kali pergi memang cari penyakit. Patutnya pergi malam kan? Sejuk sikit hu hu hu
Aku alah dengan panas...ohhhh memang puteri lilin. Asal panas je, memang sah akan migrin, sebab tu aku mudah terkesan dengan kepanasan termasuk panas hati. Adakalanya, niat aku nak tanya tapi mungkin orang ingat aku komplen hingga ada yang ingatkan semula tentang kepanasan Padang mahsyar. Ada masa yang lain, aku nak bagi tahu, tapi orang tetap ingat aku komplen. Ya...aku kena belajar bagaimana untuk menerima aje apapun suasana tanpa bertanya, tanpa beritahu andainya tak mampu terima kenyataan orang kata aku “sedang komplen”.
Aku juga alah sesak. Pergi pasar malam pun aku akan pilih waktu tak sesak iaitu sama ada jam 5 petang atau jam 9 malam. Tak pun kalau musim Jepun menyerang, aku redah ke pasar malam waktu maghrib. Namun ada ketika, kalau tak boleh elak sesak aku redah je. Hanya, kalau nak main redah tu eloknya aku redah sesorang je. Elakkan bersama orang lain, nanti buatkan mood orang spoil je. Sekadar peringatan untuk diri.
Geram nak petik ambik mood makan kat atas pokok ;) |
Aku sebenarnya sangat suka pergi tempat yang banyak ilmu ni seperti MAHA. Macam-macam ilmu baru boleh dapat walaupun kali ni tak banyak gambar boleh aku ambil dek kena boikot secara beramai-ramai. Lagi suka kalau boleh pergi tempat jualan pokok dan buah-buahan tempatan tu. Kalau boleh nak beli banyak pokok walaupun tak ada kebun. Kalau boleh nak angkut buah-buahan tempatan tu banyak-banyak untuk makan, tapi...tak belipun. Tak larat nak angkut. Parking memang jauh. Kalau beli untuk makan situ bolehlah. Errrr masih terkenangkan durian yang segar kat MAHA tu, tapi dah banyak makan durian, darahpun dah tepu dengan bau durian. Bahaya...sila tahan sabar ya hati!
Balik dah asyar, terus telan ubat migrin, mandi, solat dan tarik selimut.
Bangkit hampir maghrib tu pun, denyut di kepala masih bersisa hingga lupakan je
tengok perlawanan bole sepak piala AFF Suzuki pertarunagn antara
Malaysia-Indonesia. Tahniah Harimau Malaya, berjaya benamkan Garuda. Keliling
rumah bergegar dengan tempik sorak Gadis Malaya.
Hari Ahad masih lagi rasa melayang-layang diawangan dek terlebih tidur
kot... hinggalah aku habiskan hampir satu taperware (RM10) kismis yang beli kat MAHA hari Sabtu tu ;)
Langgan:
Catatan (Atom)