Kebelakangan ni hidup sangat suntuk
masa bagaikan terlalu laju berputar
tidur sangat tidak terurus, adakala hanya 2 jam sehari
selama berminggu-minggu
biarpun agak terdera, namun kena juga buat
itu antara urusan dunia yang perlu diselesaikan di dunia
kelak akan dituntut di akhirat, aku nak jawab apa?
Kekangan itu menyebabkan banyak perkara perlu dikesampingkan
terutama aktiviti bersosial…tak kiralah secara nyata atau maya
hingga kerap kali juga insan yang tak begitu memahami
terasa hati…namun bagi aku, andai dia tak mampu untuk faham aku,
ada gunakah untuk aku kesah tentang terasa hatinya itu?
Realitinya, kita nak orang faham kita
tanpa terlebih dahulu kita suka untuk faham orang lain
kita nak orang mementingkan kita
padahal kita sendiri tak pernah rasa orang itu penting
apalagi faham tentang kepentingan dia
Makcik sihir yang tak ada kerja lain selain menyihir orang itu
pernah suarakan tak puas hatinya padaku:
dia (merujuk seorang rakan yang mengaku aku ini sahabatnya dunia akhirat)
dah lama awak kenal, awak tak rasa rugi ke kehilangannya?
aku tahu makcik itu dah lama hidup, namun dia kena akui
hidup yang lama itu belum tentu menyumbang pengalaman yang luas
untuknya kenal erti hidup sebenar, lalunya aku menjawab:
dalam hidup ni, kita hanya seorang…jangan tamak nak buat semua benda
kita hanya mampu pilih sesuatu yang nak buat ikut kepentingan
sedangkan, darjah dan nilai kepentingan tentang sesuatu perkara itu juga
berbeza untuk setiap orang
dalam senarai hidup saya, dia bukanlah nombor wahid
kalau dia betul-betul kawan saya nan sejati
sepatutnya dia memahami tentang itu dan berada di sisi saya
seperti janjinya…sahabat dunia akhirat
bukannya menuntut sesuatu yang tidak mampu saya berikan
setelah sebegitu banyak permintaannya saya tunaikan
sekarang, saya tidak mampu menunaikan harapan itu lagi
terutama meletakkan dia sebagai nombor wahid
jika di dunia lagi dia gagal menjadi sahabat saya,
saya sangat percaya, dia tidak layak jadi sahabat di akhirat
Sejak itu, makcik sihir tersangat suka menyihir aku
kerana tidak puas hati dengan jawapan itu
salah ke jawapan yang sebegitu?
Semenjak dua menjak ini, kiranya daku tidak berkesempatan ziarahi FB
Dan blog anda, ampunkanlah daku…kerna
itu bukanlah urusan dunia yang nombor wahid
daku tahu ada yang terasa hati hinggakan sentiasa tag di fb
mohon aku baca, kemudian komen panjang-panjang
andainya urusan itu bukan nombor wahid dan boleh dikemudiankan
makanya, dipaksa pancung matipun ia tetap tidak jadi keutamaan
dalam hidupku…harap maaf!
Ada masa, aku hanya sempat ke blog & FB kalian
untuk baca catatan sepintas lalu dan membisu tanpa kata…
namun ada yang anggap, bila tak komen, maknanya tak baca
namun, ada aku kesah apa anggapan orang?
selama inipun aku bukannya kesah sangatpun
kalau kali ini tidak juga kesah…tidak jejaskan apa-apa kan?
Prinsip aku: Utamakan yang lebih utama
andai kalian rakanku, letaknya kepentingan itu berbeza
berbanding keutamaan yang lain,
usahlah memaksa untuk jadi nombor wahid,
kerna yang wahid itu tentulah bukan rakan, tidak sahabat…
itu normal bagi sesiapa pun
tak ada orang di dunia ini yang abaikan keluarga demi rakan atau sahabat
walaupun ramai yang buang keluarga demi pasangan dan cinta.
Opssss! Aku dah melalut panjang
Sebenarnya entri ni nak tulis tentang:
“maaflah tak sempat nak balas komen di FB dan blog!
aku masih lagi sibuk mengejar dunia…”
entah bila nak selesai!