Selasa, 28 Ogos 2012

Apple Vs Samsung, Pilihan Anda?



Pada 26 Jun lalu, Galaxy Tab 10.1 dilarang memasuki pasaran Amerika
selepas mendapati ia menyalahi 'reka bentuk paten'
Pada 25 Ogos pula syarikat teknologi Korea Selatan, Samsung
yang didakwa mengambil teknologi inovatif digunakan Apple
bagi membuat revolusi iPhone and iPad
Samsung diarahkan membayar AS$1.05 bilion (RM3.2 bilion) kepada Apple

Apple Inc. telah failkan tuntutan mahkamah
berhubung pelanggaran paten pada April tahun lalu
dan menuntut gantirugi AS$2.5 bilion (RM7.75 bilion)
Samsung Electronics Co. kemudian saman Apple semula
dan menuntut ganti rugi sebanyak AS$399 juta (RM1.2 bilion).
Keputusan memihak kepada Apple, juri menolak semua tuntutan Samsung

Juri mendapati, beberapa produk Samsung telah secara tidak sah
menggunakan ciptaan Apple seperti kebolehan membesarkan saiz teks
dengan menggunakan jari.
Sebahagian tuntutan Apple adalah tarik balik telefon bimbit
dan komputer tablet popular Samsung daripada pasaran AS.
Hari ini Apple senarai 8 produk Samsung yang perlu 'diharamkan',
perlu ditarik balik di pasaran dan dilarang memasuki Amerika Syarikat,
termasuk model popular, Galaxy.
Lapan produk telefon pintar terbabit iaitu Galaxy S 4G,
Galaxy S2 AT&T, Galaxy S2, Galaxy S2 T-Mobile, Galaxy S2 Epic 4G,
Galaxy S Showcase, Droid Charge dan Galaxy Prevail.

Fuhhhhhhh! Nasib baik kita kat Malaysia ni boleh guna kan?
kalau tak hu huh u hu akan menderitakah hidupku?
kalau boleh memanglah aku nak guna Apple,
sambil guna sambil kunyah hu hu hu Wshington apple memang sedap!
rangup! hu hu hu tak leh blah!
tapi nak buat macam mana, daku ni bukanlah orang kelas atasan
pencacai je pun…guna ajelahlah mana yang mampu
selain telefon cap ayam serama yang budak umur 6 bulan pun
tak nak pandang la la la tak apa asalkan bahagia!

Semua orang berlumba-lumba nak guna yang canggih manggih
penat nak main kutu kumpul syiling beli Apple mak Jeeeemahhhh oiiiii!
mmmmm banyak lagi senarai gajet nak kena kumpul ni
laptop ni dah nyawa-nyawa ikan...kena beli Apple jugak ke?
telefon cap ayam serama tu pun dah 4 tahun usianya
fuyoooooo nengok, betapa seramanya ayam itu hu hu hu
jom kita ramai-ramai main kutu....




Jejai Beraya Sendirian Tanpa Fasha Sandha Tercinta Di Sisi


Ketika orang lain meriah sakan sambut Aidilfitri,
Kesian kat Fasha Sandha terpaksa beraya tanpa Jejai di sisi
Namun, berbaloi-baloi bila Jejai @ Rizal Ashram Ramli berjaya
menCipta Sejarah Ketika Aidilfitri selepas memenangi dua perlumbaan
di kejohanan Lamborghini Blancpain Super Trofeo Asia.
Tahniah Jejai…tengah bayangkan Fasha Sandha terlompat-lompat gembira
Errrrr….sebenarnya aku yang nak tompang lompat tu
Fasha sengih sampai telinga je hu hu hu

Rizal Ashram Ramli @ Jejai menjadi rakyat Malaysia pertama memenangi
dua perlumbaan di kejohanan Lamborghini Blancpain Super Trofeo Asia.
Beliau yang mewakili Lamborghini Kuala Lumpur JH Italia
menewaskan 18 pelumba lain dari seluruh Asia
untuk memenangi perlumbaan di Ordos, China, pada 18 dan 19 Ogos lalu.
Beliau sedang berusaha mengekalkan prestasinya untuk baki tiga pusingan
di Guangdong dan Shanghai, China nanti
jadi, sama-samalah kita doakan Jejai @ Rizal Berjaya ya

Rizal, 36, suami kepada pelakon Fasha Sandha sebelum ini
walaupun jejai sebelum ini sering berjauhan dengan keluarga
pada musim perayaan masa belajar di England dan Amerika Syarikat dulu
tapi dah tentulah banyak bezanya berjauhan dengan Fasha Sandha kan?
Cedih tau raya sensorang tanpa isteri terchenta!

 PsssT: Ini entri bangga bila ada warga Malaysia berjaya harumkan nama negara ;)



Lagu Detik Sangat sesuai layan ketika Hujan begini


Lagu Detik nyanyian Fauziah Latiff
sangat sesuai benarlah dengan hari nan dingin dan sejuk
ketika bumi disirami hujan…



Lagu ni dah lama tapi aku baru dengar hari ni
terus terjah cari serata maya dan download
dua tiga hari ni gila dok melayan lagu ni je lah
tak kira hujan atau panas huh u hu
telinga dah penuh dengar dikir barat...8 jam tak henti la la la



Bila SEsekali Balik Kampong Awal…



Bukan selalu aku boleh balik kampong
yang wajib balik dua kali…Aidilfitri dan Aidiladha
walaupun ada kalanya terbabas juga tak TERbalik
lainnya, kalau aku balik sebab kerja
kalau nak balik sesaje dok melangut tanpa apa-apa hal,
memang payah nak bilang untuk cukupkan bilangan jari

Semua orang hairan bila raya Aidilfitri tahun ni aku cuti sakan
14 hari cuti bukan alang-alang, dan cuti masih lagi berbaki 18 hari
boleh simpan untuk aidiladha nanti,
itupun kalau boleh cuti sepanjang itu
tapi aku agak, kalau boleh cuti seminggu pun memang dah lama
masa tu antara masa yang sangat sibuk

Belum tentu lagi 18 hari baki cuti itu
mampu akau habiskan tahun ni…biasanya
lebih 25 hari cuti tahunan terpaksa dibawa ke hadapan
hujung tahun nanti baru boleh tengok berapa hari berbaki
paling sikit pernah aku bawa baki cuti ke hadapan
sebanyak 15 hari…

Bila balik kampong awal minggu lepas
sempat berbuka dan berpuasa di kampong halaman
dengan makanan idaman anak tekak walaupun semuanya beli
tapi tetap puas hati dek kesedapannya
terutama murtabak yang tiada tandingannya itu
memang tak akan jumpa di Bangi punya!

Balik awal juga bolehkan aku ziarahi keluarga dan sanak saudara
lebih awal…sebelum Aidilfitri lagi
tanya khabar dan bertemu mata pada Ramadhan
sambil bawa sedikit buah tangan setakat termampu
untuk persediaan mereka sambut raya
taklah terkejar-kejar musim raya nanti dengan segala lorat gaduh
mana nak urus tetamu, mana lagi nak menziarahi saudara mara

Sesuatu yang aku mula sedar bahawa
saudara mara warga emas dah makin ramai
warga intan berlian umur melebihi 70 tahun semakin kurang
dahulu mereka cergas bertandang ke rumah kami
kini kian dipagut usia, lutut mula sakit kesihatan makin uzur
ingatan makin menipis, mata juga kian kabur
suatu hari nanti, bagaimana perjalanan hidup aku gamaknya?
Siapa akan jaga bila dah tua renta
Siapa akan ziarah bila tulang belulang makin lemah
Siapa pula berbesar hati membantu kala tenaga kian susut?
Ataukah tiada bezanya antara aku dengan mereka?

Mereka punya anak-anak dan cucu cicit itu
sendirian hidup melawan takdir dan dimamah usia
Aku yang bersendirian ini, akan bagaimanakah?




Isnin, 27 Ogos 2012

Ucapan Praperkahwinan Selamat Pengantin Baru Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo


Fuhhhhhh! Awal gila ucapan Selamat Pengantin Baru
kepada Datuk Lee Chong Wei bakal menamatkan zaman bujangnya
dengan bekas pemain perseorangan badminton wanita negara,
Wong Mew Choo pada tahun depan yang belum ditetapkan tarikhnya.

Datuk Lee Chong Wei Pemenang pingat perak Olimpik London itu
sudah bersedia berkahwin dengan Wong yang dikenalinya sejak 2001
ketika mereka bersama-sama mengikuti kem latihan badminton negara.
hubungan mereka pernah retak ketika menyertai latihan
di Korea Selatan pada 2009, namun, terjalin semula setahun lalu.

Chong Wei mungkin akan mengundur diri tahun depan kerana
pertandingan penting sudah berakhir
dia juga tidak mahu kisah cintanya itu dipandang negatif
sehingga mengganggu fokus dan persiapan beliau ke Olimpik London.

Dah jenuh Chong Wei berjuang harumkan nama Negara setakat ni
cuba bilang berapa tahun berturut-turut dia
memegang status sebagai pemain badminton nombor satu dunia
apa salahnya dia bina pula kebahagiaan sendiri pula
lagipun rakan juang tradisinya, pemain perseorangan nombor satu dunia
Lin Dan dari China akan mengadakan majlis resepsi perkahwinan
dengan bekas perseorangan wanita republik itu, Xie Xinfang bulan depan
kira elok sangat dah tu…selepas ni kita lawan junior sesama junior pulak!