Hari tu heboh pasal cubaan bunuh diri bapa jaguh badminton Negara
Datuk Lee Chong Wei dikatakan cuba terjun jambatan Pulau Pinang
Hari ni Seorang konstabel dari Balai Polis Sungai Buloh meninggal dunia
selepas terjun dari menara telekomunikasi
dalam kawasan Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang di sini, kira-kira jam 10.15 pagi.
Anggota trafik itu yang sedang menjalani kursus menunggang motosikal ringan
dikatakan mengalami masalah kemurungan.
Khamis, 19 Julai 2012
Rabu, 18 Julai 2012
Diskaun 50% Tiket Perlawanan Kelantan-QPR
Ni berita baik ni…
Perlawanan persahabatan Kelantan menentang Queens Park Rangers
di Stadium Shah Alam, Jumaat ini…kepada kaki bola, sila jangan lupa ya!
Ada diskaun sehingga 50 peratus tiket bola kepada penuntut IPT rupanya
Hu huh u ada sesiapa nak tiket berdiskaun tak?
Hanya tunjuk kad pelajar di mana-mana institusi pengajian tinggi
Boleh dapat diskaun tiket…ada sesiapa nak belanja aku tak?
Aku ada kad pelajar ni la la la boleh dapat diskaun
Suka! Suka! Suka! Errrr…satu tiket je ke untuk satu kad pelajar?
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa),
Tan Sri Annuar Musa kata, Kafa memperuntukkan 5,000 tiket RM53
untuk dijual pada potongan 50 peratus mulai hari ini dan esok.
kaunter tiket akan mula dibuka di Pejabat Hal Ehwal Pelajar UiTM Shah Alam
penuntut hanya perlu menunjukkan pas matrik mereka
kena pergi UITM lah ni kalau nak dapatkan tiket bola diskaun
Bagi pelajar luar Shah Alam boleh menghubungi Fazilah
dari Pejabat Hal Ehwal Pelajar Puncak Alam di talian 019-6401062
haaaaaa….mudah sikit, hanya telefon je
jommmmm telefon!
Tapi, kalau satu kad matrik layak beli satu tiket je
Tak kan aku nak pergi tengok sorang-sorang?
Bahaya tu…nak pergi dan nak balik nanti sensorang
Sekarang ni wanita yang bersendirian dah jadi sasaran penyamun
Tak selamat! Ada sesiapa nak teman aku tak?
Tiket bayar sendiri, termasuk tiket diskaun yang aku dapat tu
Hu hu hu kalau tak kuasa nak pergi, habaQ je lah awal-awal kan,
Tak payah nak putar belit ayat la la la la
Tingkatkan Kawalan keselamatan di pusat beli-belah
Sokong sangat bila Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed kata
tahap keselamatan di pusat beli belah perlu ditingkatkan
sekarang ni, makin berleluasa pula kes ragut, samun, rompak kemudian bunuh
tu belum campur rogol lagi…macam sangat tak selamat dah
nak bergerak di negara paling selamat di asia tenggara ni…
kaum wanita yang bersendirian jadi sasaran penjenayah
ohhhhh! Sangat rasa tak selamat
nak kena gaji pengawal keselamatan dua tiga orang ke pulak?
itu lagilah tarik perhatian…kaya raya lainlah
ni…dah lah kayap, nak bayar gaji dengan apa?
Dulu Wardina Safiyyah trauma rumah kena pecah,
kemudian rumah mawi pulak disamun,
dua tiga hari lepas rumah Sharifah Shahirah pula dirompak
hari ni keluar kat semua akhbar banglo allahyarham Megat Junid disamun
kes wanita yang bersendirian diragut dan disamun di pusat beli belah juga
makin ramai…rasa macam tak adil pulak
penat kita lenguhkan kaki melabur tempat mereka,
kena bayar parking yang mahal juga tapi…
tahap keselamatan masih juga tak berapa nak tip top
ada aje kena samun, kena ragut
Musim raya pun dah dekat walaupun belum puasa lagi
namun, dah semestinya ramai akan buang duit di pusat beli belah
CCTV sahaja, suasana terang sahaja…beberapa orang pak guard Bangla je
masih belum cukup untuk pastikan keselamatan pengunjung terjamin
Satu lagi cubaan samun di kawasan parkir pusat beli-belah One Utama
seorang peniaga dan isterinya diserang seorang lelaki
yang cuba merampas beg tangan peniaga itu jam 10.05 malam
mangsa ditumbuk beberapa kali di bahagian muka
menyebabkan bibir atasnya luka dan berdarah
suspek melarikan diri apabila beberapa orang awam menolong mangsa.
Kepada kalian yang bercadang nak sesakkan pusat beli belah
buat persiapan Ramadhan dan Syawal nanti silalah hati-hati
mungkin kena lebih waspada dan amalkan langkah keselamatan
bagi elakkan jadi mangsa…orang kata
mencegah lebih baik dari merawat!
Siti Norzana dah Kena Jual
Tiga beradik iaitu Nurul Safiza Fitri, 11, Muhammad Nurhan, 9,
dan Nurmasyita Amiera, 8, berjaya dibawa pulang pada 30 Jun lepas.
masih ingat lagi pengalaman kanak-kanak di lampung?
sangat kasihan…tapi, lagi kasihan dengan kakak sulung mereka
yang masih berada di Mesuji, Indonesia Siti Norzana Nordi, 12, dah kena jual
Opsssss! Orang pun boleh jual ek?
Siti Norzana dijual dipercayai untuk dijadikan orang suruhan
untuk dijadikan buruh paksa kepada keluarga yang menjaganya sekarang.
Tetiba je aku rasa sangat bertuah hidup di Malaysia
Miskin macam manapun hidup, tak tergamak rasanya
Orang kita jual beli budak, Jual beli bayi pernah dengarlah juga
Itupun secara haram!
Usaha sedang dilakukan Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno
Untuk bawa balik adik malang tu setelah usaha kedua Jumaat lepas
Gagal sebab diugut dan diancam penjaga adik Norzana.
Mereka cuba berunding tetapi sesi rundingan bertukar tegang
penjaganya bertindak keras dan memanggil orang-orang kampung
mengepung pegawai misi, memaksa mereka pulang dan berlindung
di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta walaupun sebelumnya
persetujuan melalui orang tengah telah dicapai
Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno sedang berusaha secara diplomatik
menyerahkan nota rayuan kepada Kedutaan Besar Indonesia di KL
minta kerjasama kerajaan Indonesia dalam misi ni
termasuk minta campur tangan polis negara itu bagi memastikan
misi ketiga yang akan dilakukan tidak diganggu sebarang ancaman
yang boleh mewujudkan ketegangan.
mereka juga akan bertemu dengan pihak Interpol
kerana wujud isu pemerdagangan manusia dan buruh paksa.
Fuhhhhhh! Ingatkan dalam sinetron je ada!
patutpun sinetron dari seberang banyak konflik boleh buat
realiti juga begitukah? Hu huh u
Sama-samalah kita doakan Siti Norzana cepat diselamatkan
cepat balik, cepat juga bina hidup baru
dia patutnya berada di sekolah, bukannya jadi buruh paksa
cari rezeki dijalanan…
Persembahan Datuk Siti Nurhaliza Di Kota Bharu Langgar Enakmen Hiburan Kelantan
Rupanya persembahan Datuk Siti Nurhaliza dalam
persembahan terbuka di Jamuan Perdana Perayaan Hari Guru 2012
peringkat Kota Bharu, di kompleks sekolah-sekolah Jalan Wakaf Mek Zainab
yang mendapat sambutan lebih 10,000 masyarakat sekitar
dan guru-guru sekitar Kota Bharu Sabtu lalu melanggar Enakmen Hiburan Kelantan
Penganjur program itu mengatakan majlis itu merupakan program motivasi,
tetapi penyanyi wanita tersohor itu telah dipanggil menghiburkan penonton
dengan persembahan nyanyian secara terbuka telah melanggar undang-undang
dan boleh dikenakan denda tidak kurang dari RM1,000 di bawah
Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998
dan boleh dikenakan tindakan
Bagi kes ini hanya amaran diberi, tetapi tiada berkompromi lagi selepas ini.
Kerajaan Negeri Kelantan akan mengambil tindakan tegas
terhadap mana-mana individu atau penganjur yang melanggar peraturan.
menurut Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998
terdapat kawalan persembahan hiburan di negeri Kelantan, antaranya:
Hiburan Yang Dilarang: Mak Yong, Menora, Wayang Kulit (tradisional),
Main Puteri, Tinju Siam (Tomoi) dan Pelaga Binatang.
Larangan ini meliputi semua peringkat tersebut.
Hiburan DiKawal Selia: Semua jenis dan kelas hiburan lain
sama ada berbentuk atau dipersembahkan secara tradisional atau moden
perlu dikawal selia tertakluk kepada ciri-ciri dan syarat-syarat berikut:
- Tidak melibatkan perempuan (cukup umur), lelaki menyerupai perempuan atau sebaliknya.
- Tidak dipertunjukkan oleh lelaki bersama perempuan yang bercampur aduk tanpa batas syarie atau dipertunjukkan oleh perempuan yang mendedah aurat.
- Tidak mengandungi kepercayaan, ucapan, bacaan dan perbuatan yang berunsur syirik, kufur, keji, lucah, mencela, memaki, fitnah, maksiat, dan sebagainya yang bercanggah dengan akidah syariah dan tatasusila Islam.
- Tidak mengandungi unsur-unsur kafir seperti pemujaan roh, semangat, hantu syaitan, jin dan tempat yang dianggap keramat seperti kubur dan sebagainya.
- Tidak mengandungi unsur-unsur penghinaan, celaan, cacian, perkelahian, pergaduhan dan memecah belah perpaduan ummah.
- Tidak merosak nyawa, akal, keturunan, kemudaratan tubuh badan dan harta benda individu dan awam.
- Tidak mengandungi unsur-unsur perjudian atau pertaruhan yang melibatkan untung rugi.
- Tidak mengganggu ketenteraman rumah ibadah Islam dan masyarakat awam.
- Tidak mengandungi unsur-unsur penyeksaan kepada binatang-binatang atau memusnahkan tumbuh-tumbuhan kecuali yang dihalalkan oleh syariah Islam.
- Tidak mendorong kepada perbuatan syirik, kufur, mungkar, maksiat, pergaduhan dan memusnahkan harta benda serta kemudahan awam.
- Tidak melalaikan daripada melaksanakan tanggungjawab atau kewajipan terhadap Allah, diri sendiri, keluarga, masyarakat dan umum.
- Tidak mengandungi unsur-unsur sihir dan penipuan.
kecuali hiburan yang dilarang itu
mungkin ada yang akan anggap kita lupuskan kebudayaan dan seni
namun, kalau kalian tahu fUngsi dan cara setiap jenis hiburan terlarang ni
kalian akan tahu kenapa diharamkan
dikir barat nampaknya telah ditarik semula pengharamannya
sekarang ni kalau kalian perasan, banyak lagu-lagu dikir
mempunyai unsur nasihat dan kisah semasa yang membina
walaupun ramai yang kata penyanyi dikir wanita dikir barat terlalu seksi
Bukan semua penyanyi dikir berasal dari Kelantan sebenar
kumpulan Jaguh umpamanya, sangat dikenali di kelantan
kerana kecomelan dan keseksian serta kemerduan lagu dikir
tetapi kumpulan ini berasal dari Selatan Thailand
masa menyanyi dikir, kita tak perasanpun, tetapi
jika didengar dialek dituturkan masa berinteraksi kala buat persembahan
boleh tengok beza dialeknya…dengungnya lain, sabdu pun lain
tak percaya? Cuba google “dikir patani”…lebih ramai pendikir boleh jumpa
tetapi bukan semua mampu tembusi pasaran Kelantan
nasib baik ada youtube…kalau tak,
tak ada harapanlah nak dengar kecuali rajin cari CD mereka
Errrr…malas dah aku melalut…bai!
Langgan:
Catatan (Atom)