Khamis, 10 Mei 2012

Loji Petronas Kerteh meletup



Seorang maut (ada yang kata 2), seorang parah dan
21 lagi mengalami kecederaan bila meletup dan berlaku kebakaran di
Loji Pemprosesan Gas 3 (GPP3), Kawasan Projek PRR,
Kompleks A milik Petronas di Kertih, pada kira-kira jam 3 petang tadi.

Identiti mangsa yang meninggal dunia masih belum diketahui.
Ketika kejadian kira-kira 2,000 orang sedang bertugas
di sekitar kawasan berkenaan.
Mangsa yang cedera sedang dirawat di Hospital Dungun dan Kemaman.

Mereka ialah kakitangan sebuah syarikat kontraktor
Konsortium Hyundai-PFCE yang sedang menjalankan kerja kimpalan
di loji itu yang sedang dalam penyelenggaraan.
kebakaran berjaya dikawal dan api dapat dipadamkan.


PsssT: Risau gak...adik tak balas pun SMS
Harap-harap dia tak ada dalam senarai tu...

KEMASKINI:

Alhamdulillah, adik tidak terlibat dengan insiden letupan ni
tengahari tadi di balas SMS, tu pun setelah SMS baru aku hantar
ke kedua-dua nombornya...Huh! aku risau, dia tak tahu ke?

Berikut adalah maklumat yang disiarkan Sinar harian,
aku tampal ajelah semuanya ya...malas nak tulis balik:

KEMAMAN – Seorang pekerja kontrak maut dan sembilan cedera dalam letupan di pusat pemprosesan gas di Loji Pemprosesan Gas (GPP) dalam kawasan Kompleks A milik Petronas di sini, semalam.

Pekerja itu, Rosli Mansor, 31, asal Dungun, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat melecur hampir separuh badan dalam kejadian­ kira-kira jam 3 petang itu. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat.

Sinar Harian difahamkan, semasa letupan pekerja terbabit tercampak terkena saluran paip gas menyebabkan kecederaan teruk dan badan terbakar. Sementara dua mangsa yang cedera, Mohd Zamri Mohd Nor, 24, dan Khairul Amir Mohd Sidi, 23, dari Dungun dihantar untuk mendapatkan rawatan lanjut masing-masing di Hospital Dungun dan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Tujuh lagi pekerja, identitinya masih tidak dikenal pasti, dikejar ke Klinik Kompleks Industri Petroliam Kerteh untuk mendapatkan rawatan. Bagaimanapun, kesemua mangsa cedera ringan dibenarkan pulang.

Sejurus kejadian berlaku, pelantar berketinggian kira-kira lima meter tempat pekerja terbabit melakukan kerja-kerja penyelenggaraan­ runtuh.

Adun Kemasik, Ir Rosli Othman melawat mangsa di Klinik Kompleks Industri Petroliam Kerteh jam 6.45 petang. Namun usaha wakil media masuk ke pekarangan klinik gagal. Rosli yang ditemui di luar klinik kesal dengan kejadian berkenaan berharap Petronas lebih hati-hati dalam memilih sub kontraktor yang mahu diserahkan projek.

“Petronas patut memilih syarikat sub kontraktor yang benar-benar layak kerana kita tidak mahu kejadian seperti ini berulang,” katanya.

Letupan kuat menggemparkan 2,000 pekerja yang berada di lokasi ketika kejadian berlaku. Salah seorang saksi kejadian, Demi Ismail, 50, berkata, dia terdengar satu letupan kuat diikuti asap tebal dan kelihatan api menjulang setinggi kira-kira 6 meter.

“Selepas itu saya melihat, salah seorang pekerja ‘terbang’ lalu tercampak ke dalam longkang berhampiran, saya dan beberapa rakan bergegas ke longkang itu serta cuba menyelamatkannya. Saya dapati muka dan tangannya melecur,” katanya. Demi berkata, dia turut mendapati beberapa rakannya cedera dan tidak lama kemudian sekumpulan­ anggota unit penyelamat serta pegawai perubatan syarikat tiba di tempat kejadian.

“Kami diarah berkumpul di kawasan lapang manakala mangsa cedera diberi rawatan serta-merta. Beberapa rakan saya yang cedera dihantar ke Klinik Kesihatan Paka, Klinik Kesihatan Kerteh, Hospital Dungun untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. Khairul Amir dimasukkan ke Hospital Dungun kerana mengalami sesak nafas. Mohd Zamri Fithri, melecur di bahagian tangan dan kaki manakala, Ahmad Qamarul Mat Yusof, 22, dari Taman Murni Perdana, Paka hanya cedera ringan di kaki dan dibenarkan keluar hospital selepas menerima rawatan,” katanya.

“Ketika sedang bekerja, tiba-tiba saya terdengar letupan kuat diikuti dengan asap tebal dan api yang menjulang tinggi,” kata Khairul Amir Mohd Sidi, salah seorang mangsa yang terselamat. Khairul yang bekerja sebagai sebagai pembantu instrumen di syarikat kontraktor di kawasan pemprosesan gas sejak dua bulan lalu berkata, kejadian letupan itu berlaku pada jarak 200 meter dari tempatnya bekerja. Menurutnya, selepas letupan, dia menyedari ada sesuatu tidak kena di lokasi terbabit lalu bergegas ke kawasan perhimpunan bersama rakan sekerja yang lain.

“Saya cuba menyelamatkan diri dengan berlari ke kawasan lapang kerana bimbang mungkin ada lagi kejadian sama seperti itu. Tidak lama kemudian saya rasa sesak nafas. Saya diberi rawatan kecemasan sebelum dibawa ke hospital,” kata Khairul. Khairul dipercayai terhidu asap kini dirawat di Hospital Dungun dan keadaannya dilaporkan stabil.

Pada 6 April lalu, Sinar Harian menyiarkan kejadian gas bocor dipercayai ammonia di loji memproses gas Petronas di Kerteh, Kemaman. Kejadian yang berlaku pada jam 8.30 malam itu mengakibatkan 22 pekerja mengalami sesak nafas teruk dan dihantar ke Hospital Dungun manakala seorang lagi dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk mendapatkan rawatan­ lanjut.

Alfatihah kerapa arwah. takziah kepada semua mangsa yang lain.


Tahniah! Selamat Belajar Adik-adik!



Seramai 46,698 pemohon telah ditawarkan tempat
untuk mengikuti program asasi dan diploma di (IPTA)
dan Politeknik Premier bagi sesi akademik 2012/2013.

Jumlah pemohonan: 218,931, selepas tapisan: 189,959 layak dipertimbangkan.
Hanya 46,698 ditawarkan program asasi dan diploma di IPTA, Politeknik Premier

calon yang gagal boleh buat rayuan melalui aplikasi e-Rayuan
di http://upu/mohe.gov.my sebelum 18 Mei depan dan
keputusan rayuan diumumkan pada minggu kedua bulan Jun
iaitu selepas pendaftaran kemasukan pelajar baharu.
Hanya 143,261 sahaja layak mengemukakan rayuan.

pelajar wanita ditawarkan tempat: 27,178
pelajar lelaki: 19,520 orang.
Jurusan sains: 36,566
jurusan sastera: 10,132
Orang Asli: 69 pelajar daripada 187 permohonan
orang kelainan upaya: 71 orang daripada 230 permohonan.
atlet sukan: 8,905 permohonan diterima 22,193

Politeknik Premier: Politeknik Ungku Umar,
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Politeknik Ibrahim Sultan

Rabu, 9 Mei 2012

Video Dera Bayi Tersebar Luas


Sepanjang hari ni...aku sembunyi dalam selimut
bajet seksilah tu kononnya
errr....siap bawak teman masuk selimut lagi tu
mmmm kotak tisu dan uncang plastik untuk buang tisu dah guna

petang online sekejab FB tapi tak ada perkara luar biasa yang aneh
sejam kemudian tutup laptop risau  kalau-kalau meletup
entah kenapa hari ni pasang sekejab je pun dah panas
demam macam tuan dia gamaknya
petang on semula nak cari nombor telefon Domino pizza,
benda tu sahaja sudi hantar makanan depan pintu pagar rumah
tak ada bibik nak masak...redha ajelah telan pizza
sambil tu buka FB juga sambil jengah sana sini
ramai dah sumpah seranah maki segala mak nenek
habis semua spesies fauna kat zoo tetiba diternak kat FB
semuanya gara-gara video penderaan bayi yang sadis, kejam
dan sangat tak berperikemanusiaan tu

Bila tengok berita perdana kat TV
benda yang sama ditayangkan...alahai!

Aku bukan sokong orang tu bandai terajang ketuk kepala bagai kat bayi
yang masih kecil tu...baru pandai meniarap
tapi, tak payahlah hamburkan kata-kata yang semanis kurma
membilang semua jenis fauna kat zoo masuk FB
tertampal pulak kat wall aku yang akan aku tengok hari-hari
aku pulak terganggu jiwa dek perkataan tu

ibu itu dengarnya sudah dipenjarakan 18 bulan, sedang jalani hukuman di dunia
anak tu pula di bawah Jabatan kebajikan masyarakat
insyaAllah dia akan dijaga dengan baik
kalau betul anak itu lahir kerana dia kena rogol,
nyatanya trauma dia bukan sedikit
kita tak tahu beban jiwa, mental, fizikal dan kekesalannya
belum campur malu, geram, dendam lagi
patutnya kita sama-sama tolong dia

Kalau kalian datang ke entri ni sebab nak tengok video penderaan bayi tu
minta maaf, tak ada kat sini
sila ke FB atau Youtube...masih boleh dicari
walaupun petang tadi ada yang tak boleh akses dah

PssssT:
andai kalian nak baca kes ini dari sudut berbeza,
silalah baca blog sdr Hazrey ...aku suka cara dia berfikir dan tanganinya
Yup! sila positif dengan segala apa yang berlaku
baru awet muda!



Jururawat Bakal Terima Kad Ucapan PM

Bertuah betul sesiapa yang jadi jururawat kat Malaysia ni
PM kita akan hantar kad ucapan terima kasih
sempena hari bidan dan jururawat sedunia yang akan disambut setiap 12 Mei

Mmmmm gigih betul PM kita nak kena tandatangan tu
sila hargainya ya...
bukan seorang dua tau...satu Malaya tu!
entah berapa hari berapa malam dia tak tidur
errrr sempat lagi tak ni?....Opssss Pos Express kan ada
pos hari ni, esok dah terima
Opssss! tak pepasal terIklan produk Pos Malaysia pulak

Aku hanya mampu bagi lagu ni je
kat semua jururawat di Malaysia sebagai ucapan terima kasih:




Terima kasih akak misi!
Errrr...ada perkhidmatan misi datang rumah tak?
Nak ubat selsema dan demam je...guna Pos Express pun tak apa!




Status Keputusan Permohonan Kemasukan Ke Program Asasipintar UKM Bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2012/2013


Fuhhhhh, panjang gila dia punya tajuk!
Kepada adik-adik yang sedang berdebar-debar tunggu keputusan sambung belajar
Berikut maklumat aku aku dapat dari
Program Asasipintar UKM Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2012/2013:

Sukacita dimaklumkan bahawa status keputusan permohonan kemasukan ke Program ASASIpintar Universiti Kebangsaan Malaysia bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf boleh disemak mulai 7 Mei 2012 (Isnin) mulai jam 12.00 tengah hari.

Calon dikehendaki menyemak maklumat tawaran dan boleh mencetak surat tawaran rasmi melalui Infoline UKM di talian http://www.ukm.my/kemasukan/tawaran.

Semua calon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran program ASASIpintar UKM dalam tempoh 7 hari bekerja iaitu pada atau sebelum 15 Mei 2012. Pengesahan penerimaan tawaran boleh dibuat melalui Infoline UKM http://www.ukm.my/kemasukan/tawaran.

Tarikh pendaftaran pelajar baharu ke Program ASASIpintar UKM ialah pada 23 Mei 2012 hari Rabu mulai jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Tempat pendaftaran: Kolej Pendeta Za’ba, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.

Bagi kemasukan Sesi Akademik 2012-2013 (tahun pertama UKM menawarkan program ASASIpintar), semua permohonan secara atas talian dikendalikan oleh Bahagian Pengurusan dan Kemasukan Pelajar (UPU) sebagai agensi penyelaras kemasukan ke IPTA/Politeknik Premier.

Unjuran ambilan yang ditetapkan oleh UKM bagi kemasukan ke Program ASASIpintar ialah 100 tempat sahaja.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh UPU, Program ASASIpintar menerima permohonan sebanyak 5,730 permohonan dari calon Lepasan SPM/Setaraf tahun semasa iaitu calon yang menduduki peperiksaan SPM tahun 2011.

Fuyooooooooooo, nak terima 100, calon memohon hampir 6 ribu
Kepada adik-adik yang berjaya tu, tahniah ya
Nanti belajar rajin-rajin...bukan senang nak dapat!

Pemilihan calon yang berjaya ke Program ASASIpintar adalah tertakluk kepada memenuhi Syarat Am dan Syarat Khas Program iaitu:

‘Warganegara Malaysia dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred A pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut;

Bahasa Malaysia
Biologi / Fizik
Matematik
Matematik Tambahan
Kimia
Bahasa Inggeris

Calon boleh menghubungi Bahagian Pengurusan Akademik UKM di talian 03-8921 5336 / 5041 / 4126 atau Pusat PERMATApintar Negara di talian 03-8921 6265 / 7507.

Maklumat ini dikeluarkan:
Bahagian Pengurusan Akademik
Jabatan Pendaftar
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Errrrr....aku tukang tampal je, moga2 ada manfaat kepada adik-adik kita