Khamis, 10 Mei 2012

Tahniah! Selamat Belajar Adik-adik!



Seramai 46,698 pemohon telah ditawarkan tempat
untuk mengikuti program asasi dan diploma di (IPTA)
dan Politeknik Premier bagi sesi akademik 2012/2013.

Jumlah pemohonan: 218,931, selepas tapisan: 189,959 layak dipertimbangkan.
Hanya 46,698 ditawarkan program asasi dan diploma di IPTA, Politeknik Premier

calon yang gagal boleh buat rayuan melalui aplikasi e-Rayuan
di http://upu/mohe.gov.my sebelum 18 Mei depan dan
keputusan rayuan diumumkan pada minggu kedua bulan Jun
iaitu selepas pendaftaran kemasukan pelajar baharu.
Hanya 143,261 sahaja layak mengemukakan rayuan.

pelajar wanita ditawarkan tempat: 27,178
pelajar lelaki: 19,520 orang.
Jurusan sains: 36,566
jurusan sastera: 10,132
Orang Asli: 69 pelajar daripada 187 permohonan
orang kelainan upaya: 71 orang daripada 230 permohonan.
atlet sukan: 8,905 permohonan diterima 22,193

Politeknik Premier: Politeknik Ungku Umar,
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Politeknik Ibrahim Sultan

Rabu, 9 Mei 2012

Video Dera Bayi Tersebar Luas


Sepanjang hari ni...aku sembunyi dalam selimut
bajet seksilah tu kononnya
errr....siap bawak teman masuk selimut lagi tu
mmmm kotak tisu dan uncang plastik untuk buang tisu dah guna

petang online sekejab FB tapi tak ada perkara luar biasa yang aneh
sejam kemudian tutup laptop risau  kalau-kalau meletup
entah kenapa hari ni pasang sekejab je pun dah panas
demam macam tuan dia gamaknya
petang on semula nak cari nombor telefon Domino pizza,
benda tu sahaja sudi hantar makanan depan pintu pagar rumah
tak ada bibik nak masak...redha ajelah telan pizza
sambil tu buka FB juga sambil jengah sana sini
ramai dah sumpah seranah maki segala mak nenek
habis semua spesies fauna kat zoo tetiba diternak kat FB
semuanya gara-gara video penderaan bayi yang sadis, kejam
dan sangat tak berperikemanusiaan tu

Bila tengok berita perdana kat TV
benda yang sama ditayangkan...alahai!

Aku bukan sokong orang tu bandai terajang ketuk kepala bagai kat bayi
yang masih kecil tu...baru pandai meniarap
tapi, tak payahlah hamburkan kata-kata yang semanis kurma
membilang semua jenis fauna kat zoo masuk FB
tertampal pulak kat wall aku yang akan aku tengok hari-hari
aku pulak terganggu jiwa dek perkataan tu

ibu itu dengarnya sudah dipenjarakan 18 bulan, sedang jalani hukuman di dunia
anak tu pula di bawah Jabatan kebajikan masyarakat
insyaAllah dia akan dijaga dengan baik
kalau betul anak itu lahir kerana dia kena rogol,
nyatanya trauma dia bukan sedikit
kita tak tahu beban jiwa, mental, fizikal dan kekesalannya
belum campur malu, geram, dendam lagi
patutnya kita sama-sama tolong dia

Kalau kalian datang ke entri ni sebab nak tengok video penderaan bayi tu
minta maaf, tak ada kat sini
sila ke FB atau Youtube...masih boleh dicari
walaupun petang tadi ada yang tak boleh akses dah

PssssT:
andai kalian nak baca kes ini dari sudut berbeza,
silalah baca blog sdr Hazrey ...aku suka cara dia berfikir dan tanganinya
Yup! sila positif dengan segala apa yang berlaku
baru awet muda!



Jururawat Bakal Terima Kad Ucapan PM

Bertuah betul sesiapa yang jadi jururawat kat Malaysia ni
PM kita akan hantar kad ucapan terima kasih
sempena hari bidan dan jururawat sedunia yang akan disambut setiap 12 Mei

Mmmmm gigih betul PM kita nak kena tandatangan tu
sila hargainya ya...
bukan seorang dua tau...satu Malaya tu!
entah berapa hari berapa malam dia tak tidur
errrr sempat lagi tak ni?....Opssss Pos Express kan ada
pos hari ni, esok dah terima
Opssss! tak pepasal terIklan produk Pos Malaysia pulak

Aku hanya mampu bagi lagu ni je
kat semua jururawat di Malaysia sebagai ucapan terima kasih:




Terima kasih akak misi!
Errrr...ada perkhidmatan misi datang rumah tak?
Nak ubat selsema dan demam je...guna Pos Express pun tak apa!




Status Keputusan Permohonan Kemasukan Ke Program Asasipintar UKM Bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2012/2013


Fuhhhhh, panjang gila dia punya tajuk!
Kepada adik-adik yang sedang berdebar-debar tunggu keputusan sambung belajar
Berikut maklumat aku aku dapat dari
Program Asasipintar UKM Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2012/2013:

Sukacita dimaklumkan bahawa status keputusan permohonan kemasukan ke Program ASASIpintar Universiti Kebangsaan Malaysia bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf boleh disemak mulai 7 Mei 2012 (Isnin) mulai jam 12.00 tengah hari.

Calon dikehendaki menyemak maklumat tawaran dan boleh mencetak surat tawaran rasmi melalui Infoline UKM di talian http://www.ukm.my/kemasukan/tawaran.

Semua calon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran program ASASIpintar UKM dalam tempoh 7 hari bekerja iaitu pada atau sebelum 15 Mei 2012. Pengesahan penerimaan tawaran boleh dibuat melalui Infoline UKM http://www.ukm.my/kemasukan/tawaran.

Tarikh pendaftaran pelajar baharu ke Program ASASIpintar UKM ialah pada 23 Mei 2012 hari Rabu mulai jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Tempat pendaftaran: Kolej Pendeta Za’ba, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.

Bagi kemasukan Sesi Akademik 2012-2013 (tahun pertama UKM menawarkan program ASASIpintar), semua permohonan secara atas talian dikendalikan oleh Bahagian Pengurusan dan Kemasukan Pelajar (UPU) sebagai agensi penyelaras kemasukan ke IPTA/Politeknik Premier.

Unjuran ambilan yang ditetapkan oleh UKM bagi kemasukan ke Program ASASIpintar ialah 100 tempat sahaja.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh UPU, Program ASASIpintar menerima permohonan sebanyak 5,730 permohonan dari calon Lepasan SPM/Setaraf tahun semasa iaitu calon yang menduduki peperiksaan SPM tahun 2011.

Fuyooooooooooo, nak terima 100, calon memohon hampir 6 ribu
Kepada adik-adik yang berjaya tu, tahniah ya
Nanti belajar rajin-rajin...bukan senang nak dapat!

Pemilihan calon yang berjaya ke Program ASASIpintar adalah tertakluk kepada memenuhi Syarat Am dan Syarat Khas Program iaitu:

‘Warganegara Malaysia dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred A pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut;

Bahasa Malaysia
Biologi / Fizik
Matematik
Matematik Tambahan
Kimia
Bahasa Inggeris

Calon boleh menghubungi Bahagian Pengurusan Akademik UKM di talian 03-8921 5336 / 5041 / 4126 atau Pusat PERMATApintar Negara di talian 03-8921 6265 / 7507.

Maklumat ini dikeluarkan:
Bahagian Pengurusan Akademik
Jabatan Pendaftar
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Errrrr....aku tukang tampal je, moga2 ada manfaat kepada adik-adik kita

Comelnyee Rita Rudaini Bertudung


siapa kata tak comel...