Sabtu, 21 April 2012

IKLAN JAWATAN KOSONG PENOLONG AKAUNTAN


Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI) dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang yang diperlukan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

Jawatan : Penolong Akauntan
Gred : W27
Kumpulan : Sokongan
Taraf Jawatan : Sementara selama setahun (boleh dipendekkan atau dilanjutkan berdasarkan prestasi semasa kakitangan)

Cara Memohon
Bagi calon-calon warganegara Malaysia yang berminat untuk jawatan di atas, sila lengkapkan borang permohonan yang disertakan. Borang permohonan yang lengkap diisi perlu dikemukakan bersama dengan 1 salinan Kad Pengenalan, 1 salinan Sijil Kelahiran, salinan sijil-sijil akademik dan lain-lain dokumen berserta resume lengkap dengan menyatakan 2 atau 3 orang referee di dalam resume tersebut.

Borang permohonan dan kesemua dokumen tersebut perlu dihantar melalui emel kepada farlizaz@ppukm.ukm.my atau secara pos ke alamat berikut:

Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI)
Tingkat 7, Blok Klinikal,
Pusat Perubatan UKM,
Jalan Yaacob Latiff, Bandar Tun Razak
56000 Cheras, Kuala Lumpur.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Farliza Zakaria di talian 03-9171 8461 ext 103.

Tarikh tutup permohonan : 11 Mei 2012 (Jumaat)


Sila baca sendiri Iklan penuh kerja kosong sebagai Penolong Akaun dan maklumat lanjut.




Jumaat, 20 April 2012

Keputusan Permohonan Matrikulasi diketahui 25 April 2012

Kepada adik-adik lepasan SPM yang sedang menunggu dengan penuh debaran
Keputusan permohonan ke Matrikulasi tahun 2011/2012

Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia
pengumuman keputusan keputusan permohonan ke matrikulasi sesi 2011/2012
pada 25 April, semua calon boleh menyemak keputusan mereka
di laman web KPM di www.moe.gov.my.
Pendaftaran pelajar untuk program matrikulasi akan diadakan pada 28 Mei
pelajar yang berjaya dikehendaki mencetak sendiri surat tawaran,
panduan pendaftaran, dokumen peribadi pelajar dan
borang perjanjian pelajar (dua salinan).

Calon yang tidak Berjaya boleh buat rayuan di laman web KPM yang sama
mulai 25 April hingga 13 Mei 2012

Semakan Panggilan Temuduga Lepasan SPM & SKM Program TEVT/ILKA



Kepada adik-adik lepasan SPM & SKM yang telah memohon
Program TEVT/ILKA mesti dah tak sabar-sabar nak tahu
Berjaya tidaknya permohonan untuk meneruskan pengajian
Semakan panggilan temuduga lepasan SPM & SKM program TEVT/ILKA
boleh disemak melalui laman web :

ILJTM
IKBN/IKTBN
CIAST

Selamat menyemak!

Sesi Temuduga bagi AMBILAN SEPTEMBER 2012
akan bermula pada 23 April 2012 (Isnin) - 26 April 2012 (Khamis).


Kucing Untuk Didermakan


Ada sesiapa suka kucing tak?
sayang kucing? gemar bela kucing?
jika anda tergolong dalam kategori itu
sila baca entri ini hingga habis

Aku sebenarnya tak selesa dengan kucing
sebab geli dengan bulu dia
lagi tak suka kalau kucing tu suka melingar berbelit di kaki
salah hari secara refleksi aku akan tersepak
tak ada niat nak sepak tapi memang secara tak sengaja
kaki akan tersepak kucing…kesian kucing tu
sebab tu kalau aku nampak kucing
aku jauhkan diri cepat-cepat
tak nak aniaya haiwan
tapi masalahnya, kucing memang suka kat aku
suka datang kacau aku
suka lompat duduk atas riba aku
suka masuk rumah aku
suka juga berak depan rumah aku
melepas dalam pasu bunga aku juga
sekali dengan depan pintu pagar pun dia boleh melabur
adussssssssssssss!

Sebulan dua dulu jiran bujangan sebelah bela kucing
kucing tu pulak suka sangat cari aku
asal aku balik, terus terkam pintu pagar
macam aku pulak tuan dia
tu belum kira jadikan pasu bunga aku tu toilet
bengkak je hati…tapi aku sabar je

Ahad lepas, masa basuh cawan kat sink
sink kat rumah tu kat luar pintu dapur
walaupun masih lagi dalam grill
tetiba je ada 5 ekor anak kucing yang sangat comel
2 hitam, 2 oren dan seekor kelabu belang-belang macam mak dia
mengigau manja tegur aku
Fuhhhhh! Tarik nafas sekejab.

Kucing-kucing ni sangat comel dan manja
aku sangat percaya mak kucing ni kucing parsi
selalu aku tengok kawasan rumah aku tu
tengok bulunya yang gebu tu memang geramlah
tapi bila bayangkan dia akan manja besar nanti
akan lompat-lompat panjat duduk riba
melingkar melilit kat kaki yang akan secara tak sengaja
aku pasti TERsepak dia
Opssss! Jangan aniaya haiwan, berdosa tau!

Jadi, ada tak sesiapa yang sudi untuk ambil 5 ekor anak kucing tu
untuk bela dan jaga dengan baik
kalau nak aniaya dan buat tak tentu baik tak payah
aku nak derma kucing ni kepada orang yang sayang kucing
orang yang suka kucing,
orang yang akan jaga kucing tu elok-elok
sebab, aku tak mampu nak buat semua tu

ada tak sesiapa sudi terima anak kucing tu?

Sebenarnya aku tulis entri ni Ahad lepas lagi
siap google semua tempat yang boleh pergi letak 5 ekor anak kucing tu
siap telefon dan tanya sesiapa yang rasa suka bela kucing
semuanya tak berjaya...bila balik rumah Isnin petang
tetiba je semua anak kucing tu dah tak ada
sampai sekarang tak ada lagi
agak-agak dia merajuk tak?
aku bukan tak sayang dia, bukan tak suka
tapi...aku tak mampu nak jaga
dari dia teraniaya bawah jagaan aku
baiklah aku serahkan kepada orang yang mampu
mmmmmmmmmmmmm...sedihnya Sob! sob! sob!



Khamis, 19 April 2012

Pengalaman Ngeri Dalam Pesawat Rosak Enjin


kalau ada yang baca mstar semalam
seorang blogger Ahirudin Attan dikatakan
menceritakan pengalaman cemas dalam pesawat MAS
Malaysia Airlines (MAS) MH002 yang berhadapan dengan masalah enjin
ketika baru berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
ke London malam Isnin dalam blognya, Rocky's Bru

anda boleh baca pengalaman cemas berkenaan bawah tajuk
Penumpang Cerita Saat-Saat Cemas Dalam Pesawat MAS

Pesawat berkenaan berlepas jam 11.40 malam telah patah balik
ke KLIA semula dan melakukan pendaratan kecemasan jam 2.05 pagi
setelah dua jam berlegar di ruang angkasa KLIA untuk buang bahan api
sebagai langkah keselamatan bila mendarat
dalam kejadian ini 351 penumpang dan 21 anak kapal selamat.
Alhamdulillah. Trauma dengan kejadian itu
dah pasti akan ambil masa untuk pulih

Cuti sekolah lepas, anak buah aku Siti Hajar
gembira nak balik kampong dengan kapal terbang
bila dah naik…takut pula dia tang memecut naik
dan mendarat…ada gegar sikit sampai trauma budak tu
mengigau-ngigau beberapa hari

Terdiam juga aku beberapa saat bila tengok berita perdana
Mungkin bagi orang lain, itu cerita biasa
Tapi kalau kita pernah alami, walaupun boleh kata
“perkara biasa” namun hakikatnya hati tetap kecut
Gegar sikit langgar awanpun dah bergegar jantung

Percaya tak kalau aku kata aku pernah alami peristiwa macam ni?
Masa awal-awal kerja dulu, aku banyak buat tugasan luar
Boleh kata setiap hujung minggu
MAS tu dah jadi macam bas, naik bas pun tak sekerap naik MAS
Hingga sampai tahap dah tak boleh masuk kabin lagi
Dah tak tahan dengan bau pewangi udaranya
Hingga aku pernah cadangkan dengan MAS supaya
Tukar pewangi udara yang lain…kalau tak, aku muntah
Ada MAS nak dengar cadangan aku, tak ada punyalah!
Lainlah kalau aku ni permaisuri mana-man sultan
Hu huh u perbandingan yang sangat melampau kan?

Satu kali aku diarahkan ke Kota Bharu
Bukan senang untuk aku dapat Kota Bharu dan balik kampong
biasanya orang lain dah rembat awal-awal
entah macam mana kali tu giliran aku
jadi aku balik awal sehari dan balik kl lewat sehari
dapatlah dua malam kat kampong
masa penerbangan balik KL aku sengaja pilih awal malam
jam 7.45 tak silapnya, taklah lewat untuk keluarga datang hantar
sampai KLIA pun tak lewat sangat, sedang elok sahaja.

Petang tu hujan. Masa pesawat bergerak ke landasan utama
hujan masih lagi gerimis, landasan basah
belum sampai landasan utama tiba-tiba rasa hentakan kuat
terus kapal terbang terhenti kat situ
senget sikit aku rasa. masa terhentak tu
pramugari sedang tunjukkan langkah-langkah keselamatan
hampir terlentang dek berhenti mengejut itu

Masa tu aku kat tepi tingkap
walaupun gelap boleh nampak suasana dah kelam kabut kat luar
kat dalam pesawat tak ada orang tahu apa yang jadi
tapi hati aku rasa tak sedap
akhirnya penumpang diarahkan ke terminal semula
bila turun pesawat baru nampak enjin dah cecah tanah
pesawat memang senget, tayarnya terbenam dalam tanah
masa ni masih lapangan terbanbang sultan Ismail yang lama tu

Walaupun ada pesawat ganti lain jam 12 tengah malam
diri yang sangat penat menunggu tetap rasa tak selesa
macam-macam terbayang macam-macam
faham ajelah imaginasi aku ni bukan dekat, jauh memanjang
macam-macam sangkut kat kepala otak
risau tetap ada kalau-kalau jatuh
kalau-kalau angin kuat
kalau-kalau yang macam-macam
itu baru kemalangan yang berlaku di bumi
perasaan terbawa-bawa hingga awan juga
apalagi bila mereka terpaksa tunggu berjam-jam di atas sana
perasaannya lagilah berkocak sebab tak boleh jangka
setiap saat berpeluh, boleh sakit jantung…
belum kira apa akan berlaku bila mendarat nanti

dalam dok risau macam-macam tu
dok gagah jugak tak telefon kampung
kalau telefon, kang dapat arahan balik KL dengan bas
padahal Isnin dah nak kerja...

kalau tak jumpa dan rasa pengalaman sebegini
ramai yang lalai dan lupa
betapa bererti dan mahal harganya nyawa itu…