Rabu, 4 April 2012
Selasa, 3 April 2012
Gaji Baru SSM Dibayar Hujung April
dua tiga hari lepas dah keluar pekeliling tentang
kenaikan gaji SSM
dah boleh semak pun secara online
sebahagian daripada isi pekeliling itupun aku dah
tulis di entri lepas
di UKM pun dah keluar makluman tentang ni:
Dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012: Kenaikan Gaji
Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Dibawah Sistem Saraan Malaysia bagi
menggantikan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang telah dibatalkan
oleh kerajaan.
Sehubungan dengan itu, Bahagian Pengurusan Sumber
Manusia (BPgSM), Jabatan Pendaftar sedang melaksanakan tindakan berikut bagi
tujuan pelaksanaan penggajian gaji baru :
(a) mendapatkan kelulusan LPU bagi mengguna pakai
dan melaksanakan PP Bil. 1/2012.
(b) membuat penyelarasan dan tunggakan gaji
berdasarkan PP Bil. 1/2012. Gaji baru akan dibayar pada 25 April 2012.
Ya…gaji bulan April akan bayar ikut kenaikan gaji
yang telah dicanangkan serata pelusok Negara tu. Termasuk tunggakan?
Harapnya.
Bagus jugak bila ada tunggakan, bolehlah simpan
sikit
Ganti semula duit yang guna untuk bayar yuran ari
tu
Kalau ada apa-apa, tak lah terduduk tak tahu buat
apa
Mmmmm tetiba rasa macam nak bawa dirilah
Nak pergi mana ek?
Ada tak tempat bajet rendah? Yang murah-murah gitu
Jommmmmmmmmm!!
Isnin, 2 April 2012
Simpanan KWSP Cukup Untuk 3 Tahun Sahaja?
Menurut Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S.
Subramaniam berkata
pekerja yang memperoleh pendapatan bulanan RM700
dan ke bawah
menghadapi masalah kewangan selepas bersara
wang simpanan KWSP akan habis dalam masa tiga
tahun.
pelbagai faktor yang menyebabkan duit simpanan KWSP
habis
antaranya kos
harian semakin meningkat dan hutang pinjaman belum diselesaikan
jumlah caruman sedia ada tidak sesuai diguna pakai kerana
jangka hayat rakyat Malaysia sudah meningkat
sehingga 75 tahun ke atas
harga barang juga melambung-lambung macam bola
baling je
errrr bola baling memang melambung ek?
Jadi, Jumlah caruman bulanan daripada pekerja dan
majikan akan dikaji semula
kementerian akan mencari kaedah terbaik untuk
memastikan
golongan pekerja menikmati kehidupan yang selesa
sepanjang hayat
selepas melepasi usia persaraan dengan skim caruman
KWSP yang lebih baik.
antaranya beri insentif kepada majikan yang guna khidmat
warga emas
opsssss! Aku dah tak nak kerja bila jadi warga emas
nak melancong keliling dunia, nak dok sebulan dua
di Mekah
nak nikmati hidup selepas kerja macam orang gila
bagai tak ingat mati
sekarang ni…ish! Macamlah pencen aku nanti cukup
nak tanggung diri
padahal masa tu nak masuk jambanpun entah-entah
kena bayar RM10
selain itu
cadangan kepada majikan sektor swasta
meningkatkan usia persaraan 55 tahun sekarang …errrr
60 juga ke?
Mmmmm Nampak gayanya kenalah plan kehidupan masa
tua
Dulu aku tak plan betul-betul sebab selalu kata:
Aku hanya hidup hingga umur 45 sahaja...pas tu padam!
Lupa pula nak rancang kalau terlebih umur hingga 65
tahun
Maknanya, aku kena pastikan semua hutang habis
bayar
Sebelum habis umur bersara 60 tahun
Ish! Ish! Ish! Mampukah aku?
pinjaman belajar pun belum bayar habis lagi ni, belum lagi hutang lain
Masih banyak impian belum tercapai ni
Dan impian tu lagilah tak akan tercapai kalau aku
tak meminjam bank
Mana nak mampu untuk beli tunai kan?
Aduhhhhhh! Ingatkan bila dah pencen nanti
Aku adalah juga sekebun buah untuk tanam durian dan
kantan
Mmmmm agak-agaknya, bila umur lepasi 60
Aku masih mampu lagi tak angkat cangkul?
Ker masa tu dah ada cangkul elektrik?
Sabtu, 31 Mac 2012
Berapa Lama Tunggu Nak Pi Haji?
Selasa lepas ke Lembaga Tabung Haji Bandar Baru Bangi
Biasanya ramai melimpah-limpah hingga ke luar
Dah petang agaknya, sebab tu tak ramai orang
Tapi macam biasalah…kalau dah di tabung haji
memang kena tunggu agak lama walaupun hanya 5 orang sahaja sebelum aku
alang-alang dah datang, biasanya memang lupa je
hari ni memang niat nak daftar Haji
ingatkan kena isi borang segala, rupanya…cakap je kat kaunter
akhirnya…dapat juga tahun aku boleh mengerjakan Haji
nak tahu bila?
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
2048
Hu hu hu lamanyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
36 tahun Nak kena tunggu!
Nyesal tak daftar awal-awal dulu hu hu hu
KENAIKAN GAJI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA
JABATAN
PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA pada 30 Mac 2012 telah mengeluarkan pekeliling tentang Kenaikan
Gaji Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia SSM
selepas SBPA dimansuhkan bulan lepas. Berikut adalah kandungan pekeliling
berkenaan;
TUJUAN
1. Pekeliling perkhidmatan ini bertujuan untuk
melaksanakan keputusan Kerajaan sebagaimana diumumkan pada 8 Mac 2012 mengenai
kenaikan gaji sebanyak 13% berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM) dengan
Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) antara RM80.00 hingga RM320.00 kepada pegawai dalam
Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana. Bagi pegawai
dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi, kenaikan gaji diberi sebanyak 7% hingga 9%
dengan KGT berdasarkan pelarasan peratusan yang ditetapkan.
DEFINISI
2. Dalam pekeliling perkhidmatan ini: “gaji baru” bermaksud
amaun gaji yang telah diberi kenaikan mengikut peratusan yang ditetapkan
berkuat kuasa 1 Januari 2012.
“gaji hakiki” bermaksud gaji yang ditetapkan di
gred hakiki pegawai pada 31 Disember 2011.
“Kumpulan Pelaksana” bermaksud Kumpulan Sokongan di
bawah SSM.
PELAKSANAAN
Pegawai Yang Layak:
3. Pegawai tetap, sementara, kontrak (Contract of
Service) dan Guru Sandaran layak diberi kenaikan gaji ini.
4. Kenaikan gaji hendaklah diberi kepada pegawai
yang sedang berkhidmat pada atau selepas 1 Januari 2012 termasuk yang berada
dalam keadaan seperti berikut:
4.1 pegawai yang dipinjam atau ditukar sementara ke
agensi Kerajaan, kenaikan gaji hendaklah dilaksanakan mengikut gred gaji
jawatan peminjaman atau pertukaran sementara. Gaji hakiki pegawai berkenaan
hendaklah diselaraskan secara isyarat oleh Ketua Jabatan.
4.2 pegawai yang dipinjamkan ke pertubuhan
antarabangsa atau sektor swasta, gaji hakiki pegawai berkenaan hendaklah
diselaraskan secara isyarat oleh Ketua Jabatan.
4.3 pegawai yang cuti bergaji penuh, kenaikan gaji
hendaklah dilaksanakan atas gaji hakiki yang diterima.
4.4 pegawai yang cuti separuh gaji, kenaikan gaji
hendaklah dilaksanakan atas gaji hakiki dan pegawai dibayar separuh daripada
gaji baru.
4.5 pegawai yang cuti tanpa gaji, kenaikan gaji
hendaklah dilaksanakan secara isyarat atas gaji hakiki. Pegawai dibayar gaji
setelah mengambil kira gaji baru yang telah diselaraskan apabila kembali
bertugas.
5. Pegawai yang meninggal dunia pada atau selepas 1
Januari 2012 layak menerima gaji baru. Ketua Jabatan terakhir di mana pegawai
ditempatkan adalah bertanggungjawab terhadap kenaikan gaji pegawai tersebut.
6. Peratusan kenaikan gaji sahaja dipanjangkan
kepada pegawai Perkhidmatan Awam yang masih berkhidmat di bawah saraan Laporan
Gaji Jawatankuasa Kabinet (JKK) 1976 atau Sistem Saraan Baru (SSB).
Pegawai Yang Tidak Layak
7. Gaji baru tidak diberi kepada:
7.1 pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib buang
kerja yang berkuat kuasa pada atau sebelum 1 Januari 2012.
7.2 pegawai yang bersara pada atau sebelum 1
Januari 2012.
Struktur Gaji Minimum - Maksimum
8. Jadual Gaji Sebaris bagi Kumpulan Pengurusan
Tertinggi dan Jadual Gaji Matriks bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional,
serta Kumpulan Pelaksana yang berkuat kuasa sehingga 31 Disember 2011 adalah
digantikan dengan Jadual Gaji Minimum – Maksimum (JGMM). JGMM adalah di
Lampiran A.
Prinsip Pemberian Kenaikan Gaji
9. Prinsip pemberian kenaikan gaji adalah
berdasarkan gaji hakiki pegawai pada 31 Disember 2011 dan ditambah dengan kadar
peratusan kenaikan gaji mengikut gred.
Kaedah Pemindahan Gaji
10. Bagi maksud pemindahan gaji sebagai amaun gaji
baru dalam JGMM pada 1 Januari 2012, gaji hakiki pegawai pada 31 Disember 2011
ditambah dengan kadar peratusan kenaikan gaji yang ditetapkan mengikut gred
seperti di Jadual 1
Contoh kaedah pemberian gaji baru adalah seperti di
Lampiran B.
11. Pegawai yang telah diluluskan Jadual Gaji Khas
Untuk Penyandang (KUP) di bawah SSM oleh Bahagian Saraan, Jabatan Perkhidmatan
Awam (JPA) akan diberi gaji baru mengikut prinsip dan kaedah seperti di
perenggan 9 dan 10.
12. Contoh kaedah pemberian gaji baru KUP adalah
seperti di Lampiran C. Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan senarai pegawai
yang diberi gaji baru KUP menggunakan format seperti di Lampiran D kepada JPA.
13. Pegawai yang Tarikh Pergerakan Gaji (TPG)
adalah pada 1 Januari 2012 hendaklah diberi gaji baru terlebih dahulu, dan
seterusnya diberi Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) (tertakluk kepada keputusan
Panel Pembangunan Sumber Manusia) dalam JGMM. Contoh kaedah pemberian gaji baru
adalah seperti di Lampiran E.
14. Pegawai yang tarikh kenaikan pangkat pada 1
Januari 2012, hendaklah diberi gaji baru atas gred asal terlebih dahulu dan
kemudiannya diberi PGT untuk tahun 2012 dalam JGMM gred asal dan diikuti dengan
penetapan gaji permulaan di gred kenaikan pangkat menggunakan JGMM. Contoh
kaedah pemberian gaji baru adalah seperti di Lampiran F.
Tarikh Pergerakan Gaji
15. Kenaikan gaji ini tidak mengubah TPG pegawai.
Walau bagaimanapun, bagi pegawai yang berada di matagaji maksimum melebihi satu
(1) tahun perkhidmatan pada 31 Disember 2011, di Jadual Gaji Sebaris atau di
Peringkat 1 (P1) atau Peringkat 2 (P2) atau Peringkat 3 (P3) dalam Jadual Gaji
Matriks di bawah SSM termasuk pegawai yang berada di Jadual Gaji KUP di
perenggan 11, TPG diubah kepada 1 Januari. Contoh perubahan TPG berkaitan adalah
seperti di Lampiran G.
Pergerakan Gaji Tahunan
16. Mulai tahun 2012 dan seterusnya, PGT pegawai
adalah terhad kepada gaji maksimum dalam JGMM. Contoh PGT adalah seperti di
Lampiran H. Jadual Gaji Bagi Pegawai Yang Belum Memenuhi Syarat Atau Tidak
Menerima
Opsyen Pertukaran Pelantikan
17. Bagi pegawai yang menerima opsyen pertukaran
pelantikan tetapi belum memenuhi syarat pertukaran pelantikan mengikut pekeliling
perkhidmatan yang berkaitan atau pegawai yang tidak menerima opsyen pertukaran
pelantikan, JGMM adalah seperti di Lampiran A. Sekiranya JGMM tersebut tidak
terdapat dalam Lampiran A, Ketua Jabatan hendaklah memohon JGMM daripada
Bahagian Saraan, JPA.
Pegawai Kekal Di Bawah Laporan Gaji JKK 1976 Atau
SSB
18. Bagi pegawai yang masih berkhidmat di bawah
saraan Laporan Gaji JKK 1976 atau SSB, Ketua Jabatan hendaklah memohon skel
gaji Laporan Gaji JKK 1976 atau jadual gaji SSB yang baru daripada Bahagian Saraan,
JPA.
Elaun dan Kemudahan
19. Gaji baru ini tidak mengubah elaun dan
kemudahan di bawah SSM kecuali elaun yang kadar atau kelayakannya adalah
berdasarkan gaji atau lingkungan gaji. Penetapan kadar dan kelayakan elaun yang
dipinda adalah seperti di Lampiran I.
TARIKH KUAT KUASA
20. Pekeliling perkhidmatan ini hendaklah
disifatkan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012.
PEMAKAIAN
21. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak
berkuasa masing-masing, peruntukan pekeliling perkhidmatan ini pada
keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa
Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.
PEMBATALAN
22. Dengan berkuatkuasanya pekeliling perkhidmatan
ini maka jadual gaji dan peruntukan-peruntukan pekeliling perkhidmatan berikut
adalah dibatalkan:
22.1 jadual gaji bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan
di bawah SSM sebelum 1 Januari 2012.
22.2 semua peruntukan dalam Pekeliling Perkhidmatan
Bilangan 11 Tahun 2011 (Pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam Bagi Pegawai
Perkhidmatan Awam Persekutuan) kecuali perenggan 68 dan lampiran yang berkaitan
seperti di Apendiks 1.
22.3 semua peruntukan dalam Pekeliling Perkhidmatan
Bilangan 12 Tahun 2011 (Pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam Bagi Kumpulan
Premier dan Kumpulan Pengurusan Tertinggi) kecuali perenggan 46 dan lampiran
yang berkaitan seperti di Apendiks 2.
22.4 semua peruntukan dalam Pekeliling Perkhidmatan
Bilangan 13 Tahun 2011 (Pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam Bagi Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan Persekutuan) kecuali perenggan 92 dan lampiran yang
berkaitan seperti di Apendiks 3.
Dapatkan keseluruhan Pekeliling Kenaikan GajiPegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia SSM
termasuk cara pengiraan gaji baru, jumlah kenaikan gaji baru dan semua maklumat
berkaitan secara online.
Tak sabar nak kira gaji baru anda? Boleh lakukan
pengiraan kenaikan gaji baru anda secara online. Apalagi…sila terjah
ramai-ramai hu hu hu hu
Langgan:
Ulasan (Atom)
