Isnin, 26 Mac 2012

Mawi dan Keluarga Disamun

Bari je kita semua terima berita gembira
Mawi dan Ekin dapat cahaya mata sebulan lepas
Hari ni gempar Mawi dan keluarganya diikat dan disamun
Di kediaman mereka awal pagi tadi

Ketika kejadian, juara Akademi Fantasia musim ke-3 itu,
Asmawi Ani, 31, berada di rumah bersama isteri,
Nora'Asikin Rahmat atau Ekin, 32, ini masih berpantang anak pertama,
bersama anak mereka, Cahaya Malaika dan ibu mertuanya.
Mereka diikat dan dirompak; barangan bernilai lebih RM10,000 telah dilarikan.
Cerita lanjut dan gambar-gambar boleh baca di Ondscene

Kawasan rumah Mawi ni tinggi tahap keselamatannya
Tak tahulah macam mana rompakan begitu boleh berlaku
Dah dua kali kena rompak ni…

3 jam kemudian, 3 daripada suspek rompakan telah ditahan
di kawasan perumahan berhampiran...
maknanya, berhampiran dengan rumah aku.
Aduhhhh! tetiba je rasa tak selamat dah tinggal di bangi
tapi tak apa...aku bukan tinggal di banglo bagai
InsyaAllah, tak jadi sasaran penjenayah kot
moga-moga!


Hanya Tajuk Tanpa Isi Tanda Kecelaruan Mental Si Pemilik Blog, Sila Maafkan Daku Yang Terdera Dengan Urusan Duniawi

Khamis, 22 Mac 2012

Asalkan Nak, Semua Boleh Dicapai

Semalam, tak keluar rumah…hanya keluar masuk bilik air aje
Asal makan aje, kena lari masuk bilik air
Entah apa yang tak kena
Malam sebelumnya masa hadiri makan malam sempena
penganugerahan sasterawan Negara ke 11 tanahair Kemala
dah rasa lain macam…Nasib baik tak buat hal di khalayak ramai
nasib baik sempat tunggu jam 3 pagi untuk perut meragam
lalu bermulalah episod mengeram di bilik air
sepanjang hari pulak tu
hanya makan setangkai anggur hijau je dari pagi sampai malam

malamnya…sebat benda alah ni;

Domino Pizza extra cheese...fuhhhh memang sukerrrr, lagi sedap dari Pizza Hut
sejam baru sampai depan pintu, nasib baik dapat PERCUMA lagi satu
kalau order masa akan datang sebab masa penghantaran lebih 30 minit
dah gigil kepala lutut seharian tak makan, nasib baik sangat sedap
kalau dah kebulor, kulit pisangpun sedap ya tak?
risau juga kalau-kalau makin melarat pula
hingga perlu bawa bantal segala bertapa di bilik air
macam diduga…memang kena ulang aliklagi

walaupun sepanjang hari berlari keluar masuk bilik air
sempat juga baca akhbar online dan ambil tahu pasal keputusan SPM 2011 
sangat kagum dengan kisah salah seorang pelajar cemerlang SPM Selangor
ini barulah belajar dari pengalaman…
ternyata dia ambil positif dengan hidupnya sebelum ini
ya…sesiapa sahaja boleh buat silap,
ada masa satu langkah sahaja boleh binasakan masa hadapan sendiri
namun, orang yang hebat adalah orang yang sanggup patah balik
dan kejar semula apa yang dia ketinggalan
dia Berjaya buktikan juga akhirnya.
Berapa ramai yang gigih macam dia?
Atau sengaja lari dari masalah dengan mencipta masalah lain?
Opssss kalau nak kata aku maksudkan kes Siti fatihahpun boleh juga.


berikut aku tampal kisah seorang bekas banduan yang akhirnya
menjadi antara pelajar terbaik di Selangor dalam peperiksaan SPM 2011:

21 Mac 2012
SHAH ALAM - "Kehidupan dalam penjara menginsafkan saya, dan di dalam penjara menyedarkan saya bahawa hanya ilmu yang mampu mengubah jalan hidup saya dan saya percaya hanya ilmu yang mampu membersihkan nama saya.

"Saya tekad duduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada 2010 dan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) tahun lepas, syukur ia rezeki saya apabila berjaya," kata bekas banduan Muhammad Zainal Ariff Mat Zain, 23.

Beliau yang dibebaskan dari Penjara Kajang Oktober lepas setelah dipenjarakan sejak 2008 kerana terbabit dalam kegiatan jenayah, yang tidak bersekolah sejak Tingkatan Satu kerana desakan hidup, memperoleh keputusan 6A, 1B dan 1E.

Muhammad Zainal merupakan antara sembilan pelajar cemerlang SPM di Selangor menerima keputusan peperiksaannya daripada Pengarah Pelajaran Selangor, Abdullah Mad Yunus di sini hari ini. Beliau yang menduduki peperiksaan SPM di Sekolah Integriti Kajang berkata beliau amat berterima kasih kepada semua pihak terutamanya guru-gurunya serta pihak penjara yang banyak memberikan sokongan kepadanya.

Beliau yang bercita-cita melanjutkan pengajian dalam bidang perakaunan dan pengurusan berkata pihak penjara memaklumkan kepadanya yang mereka akan bantunya untuk mendapatkan tempat bagi melanjutkan pelajarannya. Muhammad Zainal Ariff, yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan turut menyampaikan pesan kepada mereka yang senasib dengan dirinya supaya berani berubah kerana hanya diri sendiri yang mampu berbuat demikian.


Yaaaa aku sangat kagum dengan Muhammad Zainal Ariff ni
Syaaabassss! Inspektor Syahab! Orang macam ni yang kita perlukan
Sangat pasti yang dia tak akan ulangi silap lama itu
Moga dia mampu melakar lebih banyak kejayaan sendiri nanti.


PsssT: Berita tengah malam semalam mengatakan bahawa seorang lagi anak gadis Nur Nabila binti Yusuf, telah hilang semasa membeli tambah nilai kad prabayar telefon bersama rakannya pada Isnin lepas. Lokasi: Jerantut. Dah cuba cari maklumat tentang kes kehilangan ni, tapi belum jumpa. Kita tengoklah nanti macam mana...kalau betul, maka satu lagi kes hilang, kalau drama lagi...makin bertambahlah rancangan realiti kehidupan. 

PsssT: Nazatul Fardiana Mohd Izwan tumpang van lelaki tak dikenali ke Bangkok? Lagilah aku pening dengan demer ni...wow! sangat terkini tindakan  mereka hingga seberani itu. Aku sangat akui, aku ni tak seberani itu hu hu hu Ohhhh makin senak perut aku kalau lagu ni lah ceritanya!


Rabu, 21 Mac 2012

Siti Fatihah Mengaku Dia Tidak Diculik


Kisah dia diculik heboh sejak dua hari lepas
Berita malam semalam mengatakan ibunya terima panggilan
Beritahu dia selamat…oh gitulah pulak
Hari ini pecah tembelang bila dia buat pengakuan kepada pihak polis
dia sebenarnya tidak diculik tetapi lari dengan rela hati
untuk tinggal di rumah teman lelakinya berusia 26 tahun
setelah mengalami tekanan emosi.
Haaaaa kan aku dah kata Polis Malaysia pun cekap juga
Opssss! Apalah sangat tekanan emosinya dik oiiii kalau umur baru 15 tahun
Aku dulu masa umur ni dah keluar cari kayu api dan tolong keluarga
macam cerita Bawang Puteh Bawang Merah tu, tak stress pun!
Engkau stress pasai PMR ka?
Oppppssss! Tahan hati sikit ya Anyss, jangan mencarut!

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang,
Senior Asisten Komisioner T. Narenasagaran berkata,
pengakuan itu dibuat ketika polis menyoal siasat gadis itu
selepas dia ditemui di rumah keluarga teman lelakinya
di Kampung Merchong dekat Pekan, petang semalam.
Menurut beliau, polis mendapati Siti Nur Fatihah bukan diculik
setelah menyiasat remaja itu dan dia mengaku keluar dari rumah secara sukarela
dan tiada unsur paksaan atau kekerasan oleh mana-mana pihak.
Hebat betul lakonan adik kita ni, boleh jadi artis.

Dia dihantar ke rumah Perlindungan kanak-kanak Sultanah Fatimah
[rumah perlindungan kanak-kanak ya...bukan gadis atau wanita]
dan tidak mahu berjumpa dengan sesiapa
Mmmmm gitulah pulak! Buat penat je aku dok risau sama
mak bapak dia pun dia tak mau jumpa apa lagi aku
buat penat je adik kembar dia dok merindu

Huhhh! Gempar betul hati aku
Sila rujuk pada tajuk hu hu hu
Tahniah dik, Berjaya cipta sejarah yang tersendiri
popular satu dunia, sila simpan semua keratan akhbar berkaitan
boleh tunjuk anak cucu nanti ya tak?
terganggu betul emosi aku petang ni!

Komen aku:
Tak nak belajar dari kes sebelum ni ke?
Banyaklah tengok drama, betul-betul kena baru tau.
Puan Nor Mala, kendurikan ajelah cepat-cepat
Walaupun bawah umur, boleh minta kebenaran dengan Jabatan Agama Islam

Jangan lupa jemput aku ya...teringin nak tepung tawar!



Keputusan SPM 2011 Bertambah Baik

Keputusan SPM telah diumumkan hari ini
Maklumat awal mendapati bahawa:

indeks Gred Purata Nasional (GPN) Pencapaian keseluruhan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 bertambah baik dengan GPN 5.04 berbanding 5.19 pada tahun sebelumnya.

Seramai 506 calon sekolah Kementerian Pelajaran berjaya dapat gred Cemerlang Tertinggi (A ) bagi semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 363 pada 2010.

calon selain dari sekolah kementerian pula, seramai 53 pelajar telah berjaya memperoleh gred A bagi semua pelajaran berbanding 40 pada 2010.

walau bagaimanapun, perbezaan dan jurang yang sangat ketara antara calon bandar dan calon luar bandar.
TPM kita sedang rangka satu plan transformasi bagi membaiki situasi ini
patutnya dari dulu lagi dah ada plan tu...
kalau dari dulu dah ada, aku sangat yakin yang aku berasal dari Luar Bandar ni
mampu untuk cemerlang juga masa dulu-dulu kan? kan? kan? hu hu hu

Tahniah kepada adik-adik yang Berjaya dengan cemerlang
atau berjaya dengan sederhana
atau kepada adik-adik yang kurang cemerlang atau gagal
usah putus asa, usaha lagi
undur setapak ke belakang untuk berlari ke hadapan kemudiannya
bukanlah perkara yang memalukan
aku juga pernah buat dalam hidup ni
apa yang pasti, lambat dapat tak apa dari tak dapat langsung
tak gitu?

Kepada adik-adik yang brminat nak sambung pengajian lagi selepas ni
Bolehlah memohon untuk sambung belajar di mana-mana university
Kolej, institute atau politeknik ikut minat masing-masing,
Antaranya ada peluang belajar seperti berikut;


Peluang Belajar di Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) Ambilan Julai 2012

Kelayakan minimum: mendapat kepujian alam subjek matematik dan dua subjek lain serta lulus Bahasa melayu dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM atau SPMV.

Terdapat 13 kursus ditawarkan di peringkat sijil dan diploma.

Borang permohonan boleh didapati di http://www.perda-tech.edu.my, http://www.perda.gov.my (klik maklumat terkini/berita terkini)
Boleh juga ke PERDA (Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang) dan PERDA-TECH berhampiran.

Tarikh tutup permohonan: 16 April 2012.


Peluang Belajar di UNISEL Ambilan April 2012

Pengambilan April 2012 di UNISEL telah dibuka kepada adik-adik yang sedang mencari peluang menyambung pengajian bagi program Pengajian peringkat Diploma dan ijazah Sarjana Muda.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di http://apply.unisel.edu.my
Boleh juga telefon 03-55223435 03-55223436 03-55223535 03-55223575
Email admission@unisel.edu.my
Fax: 03-55223541, 0355109277



Peluang Belajar di Institusi Pendidikan Mara (IPMA)

MARA sedang membuat Karnival Pendidikan dan Kerjaya 2012 seluruh Negara bagi meyebarkan maklumat peluang menyambung pelajaran di peringkat Diploma dan ijazah Sarjana Muda. Beberapa buah university, kolej dan institute berada di bawah IPMA, antaranya ;

Universiti Kuala Lumpur (http://admission.unikl.edu.my)
Kolej professional Mara
Kolej Poly-tech MARA (http://www.kptm.edu.my)
Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKM) & Institut Kemahiran MARA (IKM)
German Malaysian Institute (enquirygmi@gmail.com)

Permohonan boleh dibuat secara online di http://apponline.mara.gov.my/upimonline

Pada aku, selagi boleh belajar...sambunglah belajar
ilmu tak akan habis untuk kita gali biar sebanyak manapun
kita sendiri yang akan tentukan masa hadapan
keputusan yang bijak hari ini dapat kita rasa hasilnya kemudian hari