Ahad, 23 Oktober 2011

Manjakan Diri Sejukkan Hati di Sungai Tekala



ini kisah sabtu lepas yang baru sempat nak cerita
dah sampai ke batas sabtu yang baru dah ni

kami ke sungai tekala untuk mandi manda
berendam sampai kecut gigil-gigil sejuk
sebagai ganjaran kerana sepanjang minggu jadi budak baik
tak sampai 20km sahaja dari rumah
ikut jalan Sungai Lalang
akan jumpa Nirvana memorial yang popular itu

minggu pertama peralihan kuasa
memang aku stress gila
bila dah lepas minggu kedua
rasa lega sikit
semua kegatalan kulit dek habuk dan debu
dah diatasi bila servis rumah tergila khinzir
tertonggang terbalik kuang tertonggeng
terjerit laung macam makcik sihir terlolong bak mak tiri
serak anak tekak dibuatnya

bila seminggu dah berlalu
bila dah ada peraturan dan garis panduan
semuanya beransur baik dan lancar
sepah semak samun tonggang terbalik terkapal karam
dah makin kurang
mereka dah boleh basuh pinggan sendiri
sental bilik air walaupun kemudiannya aku kena basuh juga
dah boleh ambil kain baju di lipatan
tanpa selerakkannya dan kemas katil sendiri
walaupun kerapkalinya terbabas juga

sebagai ganjaran jadi orang baik
yang sabar ikut peraturan sekalipun langgar juga berkali-kali
kami pakat ramai-ramai terjun Sungai Tekala
bawa bekal nasi dan sup, mehun dan kuih
biskut dan kerepek
yang banyaknya berendam dalam air
bekal separuh sahaja makan, lebihnya dihabiskan di rumah

tiga jam berendam macam tak puas
macam tak nak balik
macam nak duduk lama-lama di situ
kalaulah tidak kerana langit dah gelap memanggil hujan
mahu kami mengecutkan diri lama-lama
errrr….gambar-gambarnya lain kali, boleh?


Khamis, 20 Oktober 2011

Kita Tak Boleh Kawal Dunia


biar bagaimana kita inginkan sebuah kehidupan dunia berlangsung
kita tak akan mampu mengubahnya
dengan tangan sendiri
dengan kotak fikir kita sahaja
kerna di dalamnya penuh dengan pelbagai aksi
dan cerita dari bermacam rencam manusia
dan cerita kita hanyalah satu cerita kecil
yang tidak terpandang sedikitpun
dari ceruk dunia yang lain.

kita tak akan mampu mengubah manusia
andai dia sendiri tidak sudi untuk berubah
dia sendiri tidak ingin berubah
dia sendiri sengaja cuba untuk tidak berubah
hanyalah kerja sia-sia
bagai menolak batu besar ke puncak gunung
makin ditolak
kian memberat menghempap

kita tak akan mampu mengubah dunia
ubahlah diri sendiri
moga nanti dunia akan berubah
sedikit demi sedikit
dengan seluruh kebaikan yang kita kongsikan di dunia ini
andai tiada terpengaruh
anggap sahaja dunia sebagai pentas lakonan
dan heronya adalah kita;
penuh dengan kebaikan


Rabu, 19 Oktober 2011

Perlu Lebih Power Tambah Sampai Dua


Selasa, 18 Oktober 2011

Masak ni Je?


macam biasa, sampai rumah setiap hari
ketika hari dah kelam benar
bang maghrib dah kumandang
matahari dah beradu
malam kian menjatuhkan tirainya
mata rabun aku teraba menahan silau

masuk rumah terus bersilat pula di dapur
banyak mulut dok nganga nak makan
lelah kejar jem, letih berlari sepanjang hari macam dah mula lali
siapkan makan malam paling ringkas yang dapat
biasanya jenis cepat masak dan cepat makan
me kuah ke, mehun hailam ka…
jarang makan nasi sebab kena sedia lauk bagai
akan lambat

petang semalam buat mi kuah lagi
cepat dan mudah
semua humban dalam kuali je
15 minit dah boleh hidang
namun, bila satu mangkuk besar nan penuh dok atas meja
tetiba je datang ayat ni ke telinga aku
“masak ni je?” mmmmm ayat tak puas hati kot
ingatkan, tak habislah mi kuah aku kena boikot
tapi…licinnnnnnnnnnn jugak hu hu hu



Errrr hari ni nak masak menu apa ek?
resipi dah habis hu hu hu baru seminggu!
Adusssssssss nasib baik ada Kanda Google hu hu hu

Isnin, 17 Oktober 2011

Kejar Biri-biri Puncak Gunung dalam Dingin Bayu Menampar Pipi

Entah bila boleh kejar biri-biri kat sini 
ataukah datangnya hanya dalam mimpi?  

kutip bunga rumput dah gubah jadi jambangan hati
memandang sesayup pandangan
gunung ganang membiru
lembah nan mendatar dihiasi putih bebiri
kalaulah aku mampu mengejarnya
biarpun terguling jatuh atas hamparan hijau rerumput bak permaidani
entah bila mimpi ini akan tertunai

kalau boleh, hari ini aku mahu berada di sini
hari ini juga
aku rindukan bau bunga-bunga rumput
aku rindukan damai yang kian hilang
aku jua mahu mengintip serindit yang sembunyi celahan dahan