Sabtu, 17 April 2010

Pergi Sudah Sang Rajuna Hati



Kala sang rajuna hati tiada di sisi, beginikah rasanya?

"SANG RAJUNA HATI" Lagu Melayu Klasik nyanyian Hajjah Siti Hawa




Saya lebih sukakan versi ini kerana terkandung nilai klasiknya. Bukan bermakna versi terkini tak enak di dengar. Kedua-duanya ada nilai yang tersendiri.

"SANG RAJUNA HATI" versi karaoke Normadiah filem "Ribut"(1955)



Kala kita telah kehilangan orang yang tersayang, baru kita sedar betapa mendalamnya kasih kita kan? Baru kita tahu hampir separuh nyawa telah melayang. Andainya anda masih punya kesempatan untuk lebih menghargai orang-orang yang disayangi, lakukanlah sekarang sebelum peluang itu pergi. Bukan semua orang punya kesempatan emas diberikan peluang kedua. Kalaupun peluang itu hanyalah pertama kalinya, hargailah sebagai sepatutnya kerna peluang kedua sangat jarang untuk ditemu.

Selamat menghargai!


Ahad, 11 April 2010

Tak Payah Ada Tajuk

Kerajaan giat berusaha untuk hapuskan AhLong merata tempat (kononnya). Sejauh mana hasrat itu tercapai?






Tidak berapa lama dulu, tak sampai pun dua bulan, aku temui pemandangan indah ini. Apa pendapat anda yang budiman?


Mmmmmm ataukah anda akan lebih tertarik dengan gambar di bawah? Aku membacanya sebagai Fybo Gel. Anda bagaimana?




Sesekali Jemari Berkata...

Dah lama tak lakukan ini. Cik Bintang paksa beli crayon...saje je dia nak umpan untuk aku buat sesuatu yang dah lama tak buat. Hasilnya...macam budak-budak tadika melukis ;)













Sekarang ni mula gian balik apa yang dah lama ditinggalkan (sejak tingkatan tiga). Tangan dah keras rupanya!


Selasa, 6 April 2010

KepadaMu aku memohon agar dia ditempatkan bersama KekasihMu

Hari ini terlalu pendek untuk menulis sesuatu di blog. Sejak pagi, aku terjebak dengan tugasan yang tiba-tiba perlu disiapkan sebelum jam 2.30 petang. Belanjawan juga perlu disertakan walaupun tak sehebat belanjawan negara, namun jumlah yang terisi itu bakal menentukan perjalanan tugas kami pada tahun ini. Kalau semua itu diterima dan projek itu dapat dijalankan pada tahun ini, sekurang-kurangnya boleh tarik nafas lega untuk beberapa perkara. Kalau tidak diterima, tetap juga dijalankan namun tanpa biaya. Bermakna, pembiayanya adalah diri sendiri. Menggunakan duit poket yang sepatutnya diguna untuk kelangsungan hidup, tetapi perlu disisihkan untuk perbelanjaan pekerjaan (orang kata, ramai pekerja salah guna harta pejabat untuk kegunaan peribadi, tetapi tidak ada orang nak dedahkan berapa ramai pekerja di Malaysia ini gunakan perbelanjaan sendiri untuk melancarkan tugasan pejabat).

Tengaharinya, aku tak sempat langsung untuk makan, walaupun sekadar minum secawan neskefe panas yang telah 3 kali kujerang di sebelah meja. Sedar-sedar air dan sejuk. Panaskan semula. Sejuk lagi. Aku sedar tentang kealpaan berkenaan ketika jam dah ke angka tiga setengah. Terlebih masa satu jam dari sepatutnya. Saat itu aku fotokopi semua kerja berkenaan sebanyak 11 salinan. Tangan tergigil-gigil menekan butang mesin fotostat hingga seorang staf sempat menegur. Akhirnya, dia hulurkan 2 biji kuih untuk aku santap. Tambah gula dalam darah, katanya.

Saat kelam kabut membuat salinan, aku terdengar berita tentang Timbalan Pengarah kami. Ayahanda yang tercintanya telah dipanggil Yang Esa. Dia sebenarnya baru masuk bertugas kelmarin. Kami berpeluk manja di tepi tangga menyambut kembalinya dia untuk bertugas setelah cuti panjang kerana mendapat cahaya mata. Baru dua minggu lepas, dia kehilangan nenda tercinta, kali ini ayahanda pula.

Beberapa saat sebelum suami tercinta menjemput, aku sempat mendengar keluh kesahnya. Aku sempat mendengar rintih hatinya. Aku sempat menahan rasa menyaksikan sebak dadanya. Yang dia kesalkan hanya…"belum cukup berbakti sebagai seorang anak". Dia hanya dua beradik, dan adiknya itu telah kembali mengadap yang Esa ketika dia di bumi orang; beberapa bulan sebelum menyiapkan phDnya di UK. Hanya dia tempat mereka mencurah segala. Hanya dia perlu berbakti untuk keselesaan keluarga. Dan dia, lebih rasa duka kerana ayahanda tercinta tidak sempat ke rumah baru yang dibelinya untuk mereka (ayah dan bonda). Baginya, belum banyak sempat dilakukan untuk allahyarham. Namun, aku tahu…ayahandanya itu pergi dengan rasa puas.

Dia seorang yang prihatin tentang orang lain, lalunya hari ini aku nampak betapa prihatinnya orang lain terhadapnya. Dia sentiasa ambil berat tentang orang di sekelilingnya, dan hari ini aku lihat betapa orang di sekelilingnya sangat ambil berat tentangnya. Ramai yang menangis bersamanya. Ramai yang berduka bersamanya. Sesaat aku terfikir…andainya aku yang dipanggil, sebegitukah orang berduka? Ataukah, mengiringi perjalananku dengan senyum dan syukur? (maafkan kecelaruan minda ini!)

Mungkin ramai yang sukakan lagu ini… Andai Ku Tahu. Ya…kalaulah kita tahu bila masanya kita akan dijemput. Masihkan akan disesalkan apa yang tidak sempat disiapkan?

Ungu: Andai Ku Tahu
Andai kutahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku

Andai kutahu
Kapan tiba masaku
Ku akan memohon
Tuhan jangan Kau ambil nyawaku

Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku

Andai kutahu
MalaikatMu kan menjemputku
Izinkan aku
Mengucap kata tobat padaMu

Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku

Ampuni aku
Dari segala dosa dosaku
Ampuni aku
Menangisku bertobat padaMu

Aku manusia
Yang takut neraka
Namun aku juga
Tak pantas di surga

Andai kutahu
Kapan tiba ajalku
Izinkan aku
Mengucap kata tobat padaMu

Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku

Ampuni aku
Dari segala dosa dosaku
Ampuni aku
Menangisku bertobat padaMu

Haaa... Haaaa... Haaa... Haaaa... [2x]




Dan, kiranya detik itu tiba kala ini, bersediakah kita? Bagaimana dengan deretan perkara yang belum sempat untuk disudahkan ini? Bagaimana dengan sederet lagi perkara yang belum sempat kita kejar? Bagaimana pula dengan senarai hal tertentu yang masih kita rancang dan terbengkalai begitu sahaja, siapa akan teruskannya?

Pelbagai perkara berlaku hari ini, dengan banyak rasa juga. Aku mengharapkan Timbalan Pengarah aku nan cekal itu tetap tabah hati, sentiasa cekal dan kuat kerana aku tahu, dia memang mampu hadapi semua ini.

Aku harapkan aku sempat siapkan senarai perkara tertentu yang aku rancangkan dalam hidup ini dan boleh jumpa Dia dengan TANPA rasa bersalah untuk itu. Aku harapkan aku sempat gapai dua tiga perkara lagi sebelum dipanggil. Aku juga sentiasa harapkan aku sempat melihat keajaiban sebelum menutup mata. Aku harapkan beberapa orang ditunjukkan nur dan hidayahNya, semasa aku masih bernafas. Kalaupun mereka enggan, malu atau segan untuk menatap mataku pada saat itupun, tidak mengapa. Aku hanya harapkan mereka tahu apa Yang Sebenarnya (macam lagu Yuna lah pulak). Itu sahaja. Tak perlu rasa bersalah, tak perlu rasa segan dan silu. Aku hanya nak mereka tahu. Cukuplah. Hanya tahu tentang kebenaran. Agar nanti, mereka tidak hidup dalam syakwasangka, agar mereka tidak perlu beratur di kaunter pertanyaan semasa di Padang Mahsyar (Cik Bintang, sila jangan ketawa…senyum saja dah cukup ;) )

Entah kenapa aku rasa betapa tak ada impian yang terlalu tinggi dalam hidup aku. Adakah anda juga rasa sebegitu?

Patutnya entri ini pendek sahaja sebab aku tengah lapar tak sempat makan tengahari. Namun, entah kenapa tetiba jadi panjang. Apapun, semoga anda miliki apa yang digelar kebahagiaan. Selamat berbahagia.

Pss: Cik Bintang, sila dengar nasihat Dr…makan ubat dan banyakkan rehat.

Isnin, 5 April 2010

Bila Dia Melirik Manja, Alahai...terlupa hatiku tertinggal di mana

Orang kata Che Mek Molek ni sombong, susah untuk didekati. Kalau dah dekat, gelenyar lah pulak lebihnya. Manja, mengada-ngada, tergedik-gedik...pendek kata boleh tangkap leleh hati ramai lelaki. Pandai menggoda dengan senyumnya yang manis (maklumlah terlebih gula), suka menjeling-jeling (adakala sampai juling).
Ada sesiapa nak komen pasal puak Che Mek Molek yang pandai cari duit dan menggoda ini tetapi tak makan dek saman? Sila komen setulus hati anda. Semua akan diluluskan untuk tatapan ramai sekiranya tulisan anda tidak mengganggu gugat ketenteraman awam dan tidak tergolong dalam tulisan yang boleh menyebabkan saya perlu akur kepada akta fitnah dan hasutan.

Mahal tak mahal, menggoda ke tidak, terpulanglah kepada anda. Tanggapan anda. Apa yang pasti, lagu ini memang sedap didengar dan indah untuk digelek bersama-sama. Menanti hujan teduh di luar, apa kata kita gelek ramai-ramai ;)


Cik Mek Molek Oleh M. Daud Kilau


kalau dah mata bertentang mata
hati didalam bagai nak gila

pertama kali ku melihat wajah si dia
pertemuan bermula ditaman si kebun bunga
situlah...
mulanya berjumpa bertentangan mata

mulai dari itu hatiku tertanya-tanya
siapakah gerangan si cantik jelita
kelipan matanya hinggakan aku terpesona

Pabila namanya ditanya dia masam
namun begitu jelingannya ku faham
senyumlah senyumlah ahai cik mek molek...X3

hai puas juga aku bertanyakan namanya
namun begitu dia tetap endah tak endah
kudiam campur geram

dia senyum lantas tangan ku dipegang