Sabtu, 14 Jun 2014

Perang Dunia Depan Pagar Rumah


Ya, ini masalah rumahtangga. Rumahtangga orang yang belum terbina pun.

Bila perempuan cantik bergaduh terpekik terlolong depan rumah, walaupun lelaki sanggup sahaja menjadi hamba perempuan cantik, aku yang memandang naik lemas. Bukan sekali dua berlaku…berkali-kali. 


Jangan kata aku ada PHD dengan kebahagiaan mereka sebab hakikatnya aku dah bosan jadi saksi acara hentak-hentak kaki, hempas-hempas pintu.Entah berapa ribu retak di pintu kesan hempasan tak berhati perut itu. Kasihan pintu rumah! Dari pintu depan, pintu bilik, dan pintu bilik air...semuanya merasa kena hempas. Siapa kata perempuan cantik tak reti hempas pintu, hentak kaki ke lantai lagilah reti!

Dua-dua aku halau! Kalau nak gaduh, pi gaduh tempat lain. Silalah jaga air mukaku depan jiran-jiran, boleh?

Kemungkinan untuk halau dari rumah juga dah mula ada. Silalah jangan buat hal depan muka aku lagi.

Jumaat, 13 Jun 2014

Orang-Orang Di Naungi Di Padang Mahsyar

Pada hari semua manusia bertelanjang dan sibuk dengan urusan sendiri; ibu lupakan anak, isteri lupakan suami, saudara lupakan saudara mereka yang lain…terdapat 7 golongan yang mendapat naungan Allah, iaitu;

Dari Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw bersabda, “Ada tujuh golongan yang bakal dinaungi Allah di bawah naungan-Nya, pada hari yang ketika itu tidak ada naungan kecuali naungan-Nya yaitu Pemimpin yang adil; Pemuda yang rajin beribadat kepada Allah; Orang yang hatinya senantiasa terpaut kepada masjid; Dua orang yang berkasih sayang karena Allah, baik di waktu berkumpul maupun berpisah; Seorang lelaki yang diajak berbuat serong oleh wanita bangsawan yang cantik kemudian ia menolak dan berkata, ‘Saya takut kepada Allah’; Orang yang bersedekah dengan diam-diam; Orang yang senantiasa berdzikir (ingat) kepada Allah ketika sendirian kemudian mencucurkan air mata.”
(Bukhari – Muslim)

Semoga kita tergolong antara 7 golongan dikasihi Allah berkenaan. Aminnnnn!


Khamis, 12 Jun 2014

Sukarnya Untuk Berkata Benar

Orang kata, berkata benar itu payah. Bagi aku, menidakkan perkara yang benar lagi payah. Itupun kalau kita jenis tahu bahawa menidakkan kebenaran boleh mendatangkan malapetaka kepada orang lain. Kalau kita seronok nak tengok orang berpecah belah, kes lain pula.

Pernah terfikir tak, kita membenci orang yang menyembunyikan kebenaran…bila berlaku situasi tertentu, rupanya kita juga sama macam manusia lain yang suka sembunyikan kebenaran itu. Kita anggap orang lain itu bermuka-muka, talam dua muka…ke talam naik harga, ke tepung talam bulan puasa (errrr ada ke gini?), hakikatnya kita tak pernah sedar bahawa kita juga tergolong dalam spesies yang sama.


Dalam hidup ini, rupanya kebenaran itulah sebenarnya yang pahit. Dan kita sudah terdidik untuk sentiasa menjaga hati orang walaupun hati kita sendiri terbelit pedih.

Tak faham? Okey, contohnya macam ni;

Kita beli biskut sedap terlajak laris di pasaran Pure Butter K.Rogers, lalunya kesedapan itu buatkan kita tak nak kongsi dengan orang. Usung je tin biskut ke mana pergi, celik mata je jeling tin biskut. Nak order biskut sedap ni, sila whatsApp Cik Bintang di 012 2459477, iklan sat!

rupa pure butter almond & cocoa chips yang aku beli

Bila tiba-tiba kita terlupa nak usung tin biskut sembunyi bawah katil, akhirnya kita temui hanya tin sahaja yang tinggal dengan isi tin yang rangup sedap itu sudah ghaib, makanya…menderita tak hati? Mencarut marah tak dengan orang yang dah pindahkan isi tin ke perut itu?

Ginilah rupanya sebelum kunyah-kunyah...usah terpedaya tengok isinya masih banyak macam tu. Dah kosong tin aku kunyah!

Jika jawapannya TIDAK, tapi muka macam manga muda, (mangga muda ya, bukan Harum Manis…kalau harum manis, wajahku terlihat ayu menawan tersenyum manis tau!) sumpah seranah kat orang lain atau benda lain termasuk kucing jiran…maka sahlah yang kita juga tak ada beza pun dengan segala orang yang kita tak suka itu. Jangan dok perasan kita ni baik sangat, sebabnya…bila kena tang batang hidung sendiri, tetiba kita dengan sengaja menghalalkannya. Padahal, kat batang hidung orang lain, bukan main hebat kita menghukum mengeluarkan fatwa. 

Hanya kerana nak jaga hati orang,  maka kita berdiam diri biarpun biskut kesayangan yang tahap kesedapan tidak terhingga itu sudah habis. Ya, biskut boleh dibeli, namun ikatan yang terlerai harganya bukan seperti setin biskut almond & cocoa chips ini. Ketahuilah, syaitan sedang bergelak ketawa ketika biji mata kita terbuntang tengok isi tin yang kosong. Sekiranya kita memaki hamun orang yang memakan biskut sedap terlaris di pasaran ini, ketika itu syaitan sedang mengibarkan bendera Brazil sambil berjoget dangdut walaupun kita sendiri pun tak tahu siapa juara piala dunia FIFA 2014. Adussssss! mengarut sudaaaaa!

Okeh, nak hadap tin biskut semula!