Jumaat, 17 Ogos 2018

ISTERI MELAWA SANGAT PUN SUSAH JUGA


Kalau isteri bau bawang, memang sah-sah lah kena kritik tak reti berhias. Peristiwa ini berlaku kepada seorang lelaki yang usianya melebihi 50 tahun. Kalau ikutkan, dia lagi tahu hal-hal berkaitan hukum dan tanggungjawab berumah tangga sebab ini bukan perkahwinan pertamanya. Lagi pula, dia sekolah tinggi bertingket-tingket, bab agama memang bidang dia. Tapi itulah, hairan juga aku bila situasi ini berlaku.

Kat bawah aku salin semula status di facebook;

****        *****************   **************
Semalam mesorat berderet. Habis mesorat pertama, memasing membawang. Entah macam mana, keluar isu seorang pensyarah lelaki dari fakulti lain tengah kechiwa walaupun baru kahwin dengan isteri baharu.
Rupanya, dia adalah suami ke 4 perempuan cantik itu. Untunglahkan dapat kahwin dengan perempuan cantik. Namun ada sesuatu yang sebabkan si suami berkeluh kesah.
“Isterinya itu Janda Berhias”, kata si bawang besar Holand.
“Okeylah tu...dahlah cantik, janda berhias pulak”, sampuk ambo.
“Apa pulak, asyik kena beli macam-macam. Melawa je kerjanya”, bantah bawang besar Holand.
Adehhhh!! Itu suka berhias, bukan Janda Berhias. Ikut suka dia je nak pakai simpulan bahasa, bagi tafsiran SALAH guna kepala sendiri.
Dapat isteri suka melawa pun salah, bau bawang lagilah salah. Dia suka melawa sejak dulu lagi kot, tak kan nak berubah jadi hantu kak limah bila kahwin dengan pak ostad. Adehhhh!!!
Hantu Kak Limah pun nak melawa jugak masa kawin...

“Dah bini dia, nak suruh sapa beli kalau bukan dia? Aku ni beli sendiri sebab tadak laki...ada laki, dialah kena beli. Kan bawang merah?” Kata ambo sokong tindakan isteri pensyarah hebat itu.
“Betul! Seluar dalam pun dia kena beli, mekap tak kan tak beli kot. Kami ni kalau ada laki, sah-sah dah laki yang kena beli...jangan nak ngelat, mentang-mentang bini kerja kena beli sendiri. Apa beza ada laki ke tak,” rungut bawang merah.
“Sebab tu Allah takdirkan kami single, tak pening fikir laki dok lepas tangan. Mentang-mentang kami belum kahwin, ingat kami tak tau senarai tanggung jawab suami”, sambung bawang merah.
Tersenyap si bawang besar Holand.
Kenapalah ramai sangat lelaki sekarang beranggapan kos hidup isteri yang berkerja tu isteri sendiri kena tanggung. Ambo bukannya kedekut, tapi tu paling asas. Dan paling rasa hilang respeknya bila mereka ni ahli agama. Mereka lupa kot erti nafkah. Tak terfikir ke berhutang nafkah?

Mmmmmm itu belum sentuh hal poligami lagi tu. Lepas tu senang-senang tuduh kami memilih. Memanglah kena pilih. Kalau dah sah2 nak kena manipulasi, baik lari awal-awal lagi.
Ehhhhh!!! Dah jadi entri blog pulak!

**************   **********   ***********

Yang buatkan aku geram adalah, usah beranggapan bila berkahwin dengan isteri yang bekerja, makanya, semua keperluan dirinya dia kena tanggung sendiri. Apa guna ada suami? 

Mungkin anda persoalkan, kalau dah suami berkemampuan, tak perlulah isteri bekerja. 



Jawapan bagi persoalan itu mudah sahaja; usah kata dia mampu kalau mahu penuhi keperluan diri isteri seperti mekap, pakaian, facial, perfume pun sampai gundah gulana sebegini. Orang berkemampuan tak kesahpun semua tu. Tak mampulah tu! Apa lagi kalau nak tanggung loan kereta, rumah, keperluan diri  dll isteri yang sedia ada sebelum mereka berkahwin.  Kalau isteri biasa upah mokcik kleaner sekali seminggu, itu pun suami kena urus. Patutnyalah. Yang tak patut berlaku tu usah berbahaslah, memang berlambak.

Ini bukan soal isteri kedekut nak memberi. Kalau dia kedekut nak beri hartanya pun, itu memang hak dia. Mana boleh suami pertikai.

Haaaaaaa, sebelum kahwin, sila mesorat dan buat perjanjian siap-siap biar jelas semua. Jangan buat anggapan yang lelaki memang TAHU akan tanggungjawab rumah tangga dengan alasan pernah kahwin sebelum ini dan usia dah lebih garis 50. Kalau bab barang keperluan diri isteripun dah berat nak beri, bagaimana nanti dengan nafkah anak-anak? Nafkah edah kalaulah usia perkahwinan tak panjang. Lagi culas lahhhh!

Janganlah hanya kerana hal kecik begini, rumah tangga runtuh pula. Kecil sahaja tetapi makan dalam. Setiap hari dok pendam, burai nanti...perang dunia meletus.