Selasa, 1 Januari 2013

Blog Ini Bakal Bertukar Status


Blog ini dah berusia 5 tahun, dilahirkan pada 19 April 2008. Patutnya dah masuk tadika ni.

Selepas 5 tahun menguruskan blog ini dengan penuh kasih saying dan kecintaan, sempena entri yang cantik angkanya ini (1234) aku memutuskan untuk menamatkan usianya di sini sahaja. Pada entri ke 1234.




Bermula 19 Januari 2013 nanti, blog ini akan diubah statusnya ke private tanpa penambahan entri baru lagi (mungkin untuk selamanya).

Sekalung terima kasih kepada semua pembaca yang sudi singgah dan menikmati segala pahit manis kehidupan, kepada anda yang sudi menjadi rakan follower yang sentiasa mengikuti tanpa jemu dan rakan-rakan bloger.

Mohon maaf andai terdapat kekasaran kata yang tertulis, kelancangan bahasa yang tercoret atau sindir pesan andai mengguris perasaan. Daku hanyalah insane biasa yang tidak terlepas dari melakukan silap.

Semoga perubahan status blog ini berikan lebih manfaat kepada seisi alam. Biarpun raya lambat lagi, aku nak mohon maaf zahir batin kepada anda semua. Semoga kalian dirahmati Allah dan 2013 yang b aru kita pijak ini memberi lebih banyak keberuntungan. Amin.

Salam sayang untuk semua.


38 ulasan:

Sharinginfoz berkata...

sorry to hear that, apa-apa pun thanks for writing good entries sebelum ni

anyss berkata...

Sharinginfoz: Terharu bila blogger popular baca blog ni. Terima kasih.

citarasa rinduan berkata...

saya bantahh

citarasa rinduan berkata...

knp?..
mengapa..

okey.. saya menurut perintah...
saya harap semuanya baik2 u saudari.

wawawawa.........

anyss berkata...

Citarasa rinduan: Sila buat demo berarak ke istana negara ;)

anyss berkata...

Ayu citarasa rinduan: Bak kata siti "biarlah rahsia"...andai itu yang terbaik, biarlah kulakukan biarpun dengan hati yang berat kerna sepatutnya "dilakukan" lama dulu lagi sob sob sob

eelobor berkata...

Jom kita demo

eelobor berkata...

Jom kita demo

eelobor berkata...

Saya pon

gadisBunga™ berkata...

awak... :(

tapi kat luor kite boleh jumpa gosip2 kan?? :D

Murni Alfathunnisa berkata...

baru nak kenal2 'saat kau sentuh hatiku'.. :-(

mudah2an suatu hari nanti anyss kembali berblogging...

mamawana berkata...

hok oloh.... huhuhu

!eNa PnG berkata...

Saya pun suka no tue..:)1234..

setiap malam jam 12.34 sure tersenyum sorang-sorang...

tapi.pasal penutupan blog nie..sedih jugak xdpt baca entri2 akak lagi..

anyway.. Selamat Tahun Baru akak..

Kakcik Seroja berkata...

Anyss lebih tahu apa yang terbaik. Semoga perkenalan kita tidak terputus di sini sahaja...

anyss berkata...

Eelobor: sila pakat dengan Ayu Si Citarasa Rinduan ;)

zino berkata...

adakah blog baru akan muncul.??

anyss berkata...

GB: Boleh...asal mukaku tidak dipaparkan dimana2 media ;)

anyss berkata...

Murni: Dikau mula menyentuh hatiku hu hu hu

InsyaAllah, moga hatiku terbuka untuk berblog semula

anyss berkata...

mamawana: guano pulak lagu tu?

anyss berkata...

iEnA Penang: sila selongkar baca sementara masih open utk publik

anyss berkata...

Kakcik: terima kasih. Mungkin ini jalan yang terbaik.

Kebelakangan ni byk juga entri saya semakin kurang manfaatnya kepada dunia.

anyss berkata...

Abah Zino: Tak ada blog baru

Unknown berkata...

jujur kakak memang sgt jarang ke sini atas sebab2 tertentu..bila laptop kena curi dan dpt warning jgn buka blog sesekali curi2 juga masuk blog kengkawan sebab teruja sgt nk tahu ceritanya..
kini dah nk diprivatekan..takpelah anyss..mudah2an ada hikmah dgn apa saja yg berlaku...

ForestOrchid berkata...

salam aku tertanya2 mengapa blognya mau ditutup, bukankah elok publickan saja agar segala maklumat dapat dikongsikan..

Arizakiah berkata...

Tersentuh hati akak bila annys nak noktahkan blog Saat Kau Sentuh Hatiku....Walaupun akak jarang meninggalkan jejak tapi akak sering ke sini meninjau info2 semasa dan terkini.
Semoga kita akan berjumpa di Tanah Serendah Sekebun Bunga....

Kak Amy berkata...

Tapi kenapa kak????

anyss berkata...

Nyanyi sunyi; semoga perubahan status ni lebih byk beri kebaikan.

anyss berkata...

Bicara Hani: selamat datang.
Tak begitu cukup masa untuk teliti semula semua entri satu persatu antara yg diprivate & tidak...cara paling mudah ---> private semua.

anyss berkata...

Arizakiah: insyaAllah panjang umur bersua lagi ;)

anyss berkata...

Amy: ada entri yg terlalu pribadi telah dedahkan akak ke dunia yg sangat luas & boleh bahayakan kesihatan mental & fizikal. Malas nak pilih setiap satu utk private sbb dah terlalu byk entri.

Sayang jugak byk info patutnya kongsi

Maiyah berkata...

sy dah ttp kjp dlu tp bukak balik skrg dah mcm nk ttp blik hehe

azieazah berkata...

Di sebalik sebuah keputusan, ada secebis hati yang terluka sedikit?

Saya hormat keputusan anda. (Sebab saya pun ada blog yg diprivate)

azieazah berkata...

Maaf zahir batin juga, jika saya antara seorang yang menjadi punca. Mana la tahu... :)

anyss berkata...

Maiyah: ya...saya sedari blog akak. Lama betul saya tak baca, semenjak dua menjak ni kembali semula ;)

anyss berkata...

Azieazah: salah saya juga kan? Kalau saya tak private, kemungkinan lebih besar musibah akan berlaku.

pengajaran yg saya kena terima: usah langgar PANTANG ;)

takat ni akak begitu memahami, terima kasih. Mungkin ini masanya utk saya masuk cengkerang semula & keluar bila dah benar2 rasa "selamat"

citarasa rinduan berkata...

jommmmm
demo depan istana

Kujie berkata...

ada perancangan baru yang lebih baik , mungkin.

apa² moga semuanya akan dipermudahkan segala urusan

ondscene berkata...

Salam cik annys.
Baru ada kesempatan untuk melawat alam siber kerana agak busy lately.
Saya saya terkejut dgn keputusan yg diberikan ini kerana bagi saya blog "Saat kau Sentuh Hatiku' ini merupakan antara blog yg sesuai dibaca oleh semua peringkat umur dan ada info2 berguna yg kita terlepas pandang, ada di dalam blog ini.

Keputusan di tangan anda, tetapi saya merasakan dan sokong cik annys jika meneruskan blog ini dgn cara menukarkan ke domain sendiri. Percayalah, akan ada satu perasaan yg lain apabila ianya adalah domain sendiri dan pengisiannya bolehlah dipelbagaikan.

Mungkin boleh import artikel2 uyg bersesuain utk dimuatkan di dlm blog baru itu kelak. dan di masa yg sama boleh kekalkan blog sedia ada ini (tentunya boleh diprivatekan terus sebagai catatan peribadi).

Saya sedia membantu jika ada apa2 permasalahan untuk membina blog baru menggunakan hosting dan domain sendiri dan juga dari segi pengisian.

Blog anda mempunyai pengikutnya yg tersendiri dan tentunya mereka akan merindui penulisan anda. Mungkin kekangan masa atau masalah lain menyebabkan anda mahu berehat dari blogging, tetapi jenama annys boleh diteruskan dgn annys.com atau yg seumpamanya.

Utk makluman, cik annys merupakan pemberi komen paling byk di dlm blog saya sejak 4 tahun lalu. Ribuan terima kasih diucapkan.

All the best to you .

ondscene.sham