Orang kata (orang yang kata ya...aku tak kata) orang perempuan ni suka berangan. Betul ke? Agak-agaknya apalah yang perempuan suka angan-agankan tu ya?
Entri ni adalah entri tanpa penyelidikan, jadi...sila jangan percaya. Aku senaraikan apa yang perempuan suka angankan ya...ini bukan untuk semua perempuan, hanya perempuan-perempuan tertentu sahaja. Sila abaikan andai tak termasuk dalam anganan anda hu hu hu amaran yang tak boleh blah ya...
1. Jadi puteri
Selalu aku nampak kanak-kanak perempuan suka berlakon jadi puteri. Pakai mahkota. Bawa tongkat sakti macam dalam cerita putera puteri orang puteh kat tv. Kemudian nyanyi-nyanyi kat buaian macam Normala Omar menyanyi lagu “Pohon Beringin” menyeru sang putera raja la la la... kiranya macam Amy Mastura dalam filem Puteri Impianlah tu ya...
2. Jumpa putera raja
Kalau ada puteri, mesti ada putera. Putera rajanya mestilah kacak bergaya...mmmm macam Shahrukh Khan ada tak? Tak pun macam Ahmad Mahmud dalam cerita hitam putih dahulu kala hu hu hu ....tapi orang sekarang impikan putera kacak macam Dafi, pandai nyanyi dan senyum yang manis ;)
3. Terkenal dan menjadi pujaan ramai
Menjadi terkenal dan pujaan ramai juga antara anganan yang selalu masuk dalam impian sang gadis ayu. Terkenal ni tak semestinya satu malaya kenal, kalau terkenal dan menjadi ikutan, pujaan dan idola serta kegilaan kat sekolah pun dah cukup. Asal saja dia melintas...peeewittttttttttt berdengung siulan mengikuti tiap langkahnya. Asal saja dia senyum, fuhhhh! Gugur berkeping-kepinglah hati sang jejaka yang menjadi pujaan, yang memujanya...termasuk yang sengaja dihindarinya.
Ini juga yang sering dipaparkan dalam banyak drama tv...ingat tak drama Siti Kelembai tu? Rasa nak popular, jadi ikutan dan ramai kawan buatkan si Tasha sanggup berbuat apa sahaja hingga jumpa bomoh. Mmmmm semua orang pernah remaja (aku kan baru 18 tahun 3 hari), musim urat mengurat ni memang tak akan tertinggal dalam diari hidup. Walaupun tak sepopular mana, namun setiap orang akan rasa seronok kalau ada peminat yang tersendiri walaupun peminatnya itu sekadar setengah orang. Setengah???
4. Hidup mewah dilayan 40 orang dayang
Ini juga antara yang ramai orang suka berangan. Aku pun nak juga. Tinggal kat rumah besar. Ada kereta mewah. Hidup mewah. Dayang-dayang buat semua benda termasuk hidang nasi. Kalau boleh nak aje suruh suap ya. Nak kunyah makan pun malas.
Nak pergi melancong, guna jet peribadi. Nak makan angin, guna je kapal layar.
Betul ke seronok hidup begini?
Biasanya, orang yang terlebih kaya berbanding orang lain ni tidak begitu menikmati hidup. Yang ada hanya dayang-dayang sahaja. Dayang-dayang ni akan setia kalau bayar gaji mahal. Agaknya, mereka yang kaya raya dan terkenal ni ramai kawan tak? Naik jet pribadi seorang diri, hanya ditemani pembantu pribadi berbayar. Kalau tak bayar, alamatnya seorang diri. Naik kapal layar pun dengan pembantu pribadi yang berbayar itu. Kalau tak bayar, sendirilah juga jawabnya. Wah! Deritanya. Nak ketawapun susah kan. Kita pun tak tahu ketawa orang yang ada sekeliling kita tu ikhlas ke tidaknya. Adakah juga sebab dibayar? Apa-apapun, ia tetap indah untuk diimpikan.
5. Beli seisi dunia
Bahagian ini nampak macam seronok. Beli sahaja apa pun yang nak. Beli jet, kereta spot, kapal layar, pulau, istana...duniapun kalau boleh nak beli. Kalau dah kaya raya, manalah nak beli barangan yang berjenama entah apa-apa. Dah tentu nak pakai pakaian ada jenama, melancong pun tempat yang berjenama, berkawanpun dengan orang yang setaraf jenamanya...tak kanlah nak kawan dengan aku yang bersepah entah mana-mana ni hu hu hu agak-agaknya, makan pun berjenama jugak tak? Mmmmm gamaknya, kalau aku tetiba jadi kaya macam tu (namapun angan-angankan?), adakah aku dapat lupakan sambal belacan dan tukar dengan cheese? Lupakan budu dan tukar dengan sos? Ohhhhh daku akan menderita tanpa sambal belacan dan budu, percayalah!
Betul ke perempuan suka berangan? Lelaki suka tak berangan? Apa agaknya angan-angan lelaki?
Mmmmmm dah letihlah berangan macam ni. Cukuplah ya berangan untuk kali ini ya. Kita sambung berangan lain kali pula. Banyak kerja belum siap lagi ni, kalau asyik berangan aje, entah bila nak jadi nyata. Dalam novelpun belum tentu dapat nyatakan impian tak masuk akal ni. Mmmmmm apa angan-angan aku ya? Ohhhh taklah besar sangat, sekadar nak jadi Duli yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong je hu hu hu angan-angan tak boleh blah!
PssssssT: Masa kecil dahulu aku tak sempat nak berangan semua ini, sebab dah perlu berkerja bantu keluarga. Sekolah rendahpun dah kena masak nasi (guna dapur kayu, comot je muka kena arang). Siap masak nasi pergi kebun getah cari kayu api...mmmm macam dalam cerita Bawang Putih Bawang Merah pula hu hu hu ...namun, semua itulah buatkan kita lebih tekal hadapi onak duri kehidupan. Rasa tanggungjawab sudah terlatih sejak kecil.
12 ulasan:
hahahaha, nak tahu lelaki berangan aper? tunggu dalam entri terbaru saya di Sekadar Berkongsi hihihihi, guaru jer....tak nak buat pun entri tuh
As'salam...
ha3.. nasib la x pernah berangan macam tue sebab bagi amy , amy bersyukur dengan kehidupan yang ada sekarang.. kaya sangat pun x guna juga hidup dalam ketakutan , takut kena rompak.. miskin sangat pun x boleh juga tapi the best is hidup secara sederhana..
Eelobor: apa salahnya buat...leh kongsi2...namapun sekadar berkongsi kan ;)
Amy: wsalam. Berangan tak payah bayar...boleh aje nak jadi Raja ke hamba ;)
Macam tak best la pulak kalau tak leh berangan hu huhu ...yang pasti, realiti kena tahu juga macam mana.
salam anyss,
takmoh berangan banyak sangat.. sat lagi jadik minah jenin heheh..
masa kecik aku selalu berangan rumah aku ada perpustakaan, habis semua buku yg ada aku tandakan mcm kat library tu... sapa yg pinjam pun aku tanda... hehehe... tapi sampai skang angan2 belum jd kenyataan... walaupun buku aku makin banyak dr dulu
no. 4 tu bermasalah. kalu semua pompuan berangan nak dilayan 40 dayang sapa plak nak jadik dayang...(takan aku plak)
Aanas: wsalam. kalau guna secara positif...dapatpun positif ;)
Saya suka berangan. dari angan tu lah jadikan ia reliti. banyak jugak dah jadi
Dina: nanti2 jadi kenyataan.
Cemomoi: hu hu hu kita bagi orang yg tak suba berangan jadi dayang leh? hu hu hu ----> letih dah gelak. Nama pun angan2 kan, semuanya boleh jadi la la la
berangan x per .. tapi x leh selalu sbb kalau berangan selalu kita akan leka dan x dpt terima kenyataan dlm hidup .. sbb kenyataan dlm hidup x semestinya membuatkan kita bahgia ..
pada akak sesekali berangan x per .. jgn terbawa2 dgn angan2 sbb akan hanyutlah jadinya huhuh
ieda: Betul tu...sesekali berangan tak apa. Jangan lupa balik ke alam realiti.
Ada orang, kehidupan dia bermula dengan angan2, dapat duitpun sebab berangan ;). Orang kategori ni memang kena selalu berangan
nak ikut berangan boleh ker...
ZZ: Eh bolehhhhhhhhh apa salahnya....nak duet pun boleh :D
Catat Ulasan