Jumaat, 18 Jun 2010

Menjejak Duyong di Tampi-Tampi

Ingat lagi filem Duyong? Alahhhhhh Maya Karin jadi duyong tu, bercinta dengan si Saipul Apek yang bela monyet tu...entri ni bukannya nak buat promosi filem Duyong yang dah basi tu, tapi nak cerita tentang Tampi-tampi yang pernah menjadi tempat penggambaran bagi filem tersebut. Ni kira entri terjun lah ya, sebab entri ni aku boleh buat pendek sahaja tetapi letak gambar banyak-banyak. Boleh gitu? Memanglah boleh, sebab macam itulah yang ramai orang nak. Bukannya suka baca sangatpun apa yang aku tulis ni, tapi suka nengok gambar-gambar je kan? Mmmmmm ngaku je lah!

Ha ha ha hu hu hu jangan marah ya. Sebelum aku letak gambar tentang percutian aku kat Tampi-tampi bersama duyong dan dugong yang tak pernahpun nak timbul ni, aku dapat sedikit maklumat pasal Tampi-tampi yang aku tanya Inche Google yang ensem itu ya...boleh dibaca di blog
Anak-anak Semporna. Nama tempat ni jadi popular apabila filem duyong membuat penggambaran di sini. Walau bagaimanapun, aku memang sangat suka dengan jeti di Semporna Holiday Resort @Tampi-Tampi Resort yang sangat cantik itu. Tak percaya? Mmmmm tengok ajelah betapa indahnya tempat ini, terutama bila senja menginsut mengait tirai malam. Ohhhhhh tak terkata. Tak payah kata apa-apalah, tengok sahaja....


Percutian penuh warna warni di Bumi Bawah Bayu (lebih tepat lagi Semporna) akan aku tulis dalam tiga entri lagi, penuh dengan gambar-gambar indah. Andai boleh aku katakan “Syurga Dunia”, inilah antara tempatnya. Sejumlah RM yang dibelanjakan untuk perjalanan ini sangat berbaloi (berbaloi-baloi) berbanding kepuasan yang bakal diperolehi (itupun bagi yang suka menikmati keindahan alam, ataupun keindahan duyong berjemur hu hu hu). Kalau suka beli belah...bolehlah juga. Boleh beli dan belah ikan!


Filem Duyong dihasilkan sebagai sindiran kepada pencemaran alam laut di Semporna. Sepanjang berada di Semporna, aku memang mengakui yang... laut di sana dalam proses untuk musnah. Andai terus dibiarkan begini, tak mustahil kita akan kehilangan laut yang indah itu. Sayang tau!


Sampah dalam filem Duyong...memang banyak sampah pun!



Beginilah Tampi-tampi bila dah masuk filem Duyong



Seronok terbang kan...










Tempat orang tak pandai berenang terjun...


Oohhhh indahnya disiram cahaya senja...sendirian daku menunggu Dugong

7 ulasan:

NAZ berkata...

cool gila tempat ni. n tmpt yang menarik utk tangkapan gambar:)

caluk@cencaluk berkata...

bawak balik sorang err sekor

anyss berkata...

Naz: Sangat menarik...sampai terlupa masih jejak bumi ;) Tangkap orang pun boleh hu hu hu

Caluk: Opssssss lupa la pulak nak tangkap orang errrrr ekor ...x timbul pun dugong, banyak sampah!

Maiyah berkata...

wah.. rasa nak pegi huhuu.. menarik tuh..

Yusma Mustapha berkata...

sudah sampai sini..mmg cantik tempat nih..rasa nak pegi lagi tapi taktau la bla dapat...

anyss berkata...

maiyah: Memang best terjun2 dan mandi manda situ...tengok pun dah best

Livelifethefullest: book tiket awal-awal...ada masa tiketnya tak sampai RM150 pun nak pi sana. Kena awallah...kalau last minit baru rancang...tak dapek nak nolong!

framichele berkata...

Hallo, I found your blog.
Do you have a homepage / website about the Semporna Holiday Resort?
I have interest to stay there for holidays - but cannot find contact
address...
Greetings from Bavaria,
br. Michael