Rabu, 14 Oktober 2009

Kini Semua Orang Boleh Terbang

Waaaaa gegak gempita semua orang pergi melancong, melencong dan memancung ya bila syarikat tambang murah ni lelong harga tiket macam lelong sayur kat pasar malam. Murah! Murah! Murah! Semua orang senang hati je terbang mana-mana aje.

Dulu-dulu aku penah dapat tiket yang harganya 99 sen sempena besday yang entah kali ke berapa. Pergi balik ke Alor Star hanya RM20 je…lebih murah dari harga tambang bas. Itu dululah. Sekarang ni tak tau lah harga yang sebegitu masih ada lagi ke tidaknya. Masa itu memang adalah, sebab orang tak tau lagi nak terbang pegi mana-mana. Terbang tu sesuatu yang gah lah masa tu sebab harga tiket MAS memang boleh beliakkan mata. Kalau takat nak jejalan buang masa dan buang angin merata tu, ada siapa nak? Lainlah kalau terlebih kupang.

Sekarang ni, merata-rata dah sampai. Merata-rata boleh pergi. Beli tiket pun pakai klik, klik aje…dah dapat!


Sebenarnya sekali itu ajelah pun aku naik kapai terbang warna merah-putih menyala ni. Itupun sebab dapat harga yang 99 sen tu. Kalau tak…haram aku dapat naik! LCCT pun aku belum tau lagi letaknya tang mana. Nak kata jakun ke apa, apa aku heran.



Kalau naik belon tu pun sebab urusan kerja. Urusan kerja ni biasanya pejabat akan ambik tiket MAS. Rembat je teksi dari Bangi, sejam kemudian dah pun terpacak di KLIA. Orang dok cerita LCCT tu jauh, tambang mahai skit dari pergi KLIA ke apa…manalah aku tau pun. Ada aku kesah?



Nak jadi cerita, aku kena pergi Bandung untuk urusan kerja. Pihak penganjur ambik satu travel agensi yang akan uruskan segala mak nenek yang berkaitan. Depa kata boleh book sendiri secara online untuk tiket kapai terobang tu. Aku pun booklah online.

Dua jam terkial-kial dok book macam yang orang lain dok buat tu. Kejab computer hang. Kejab tak leh jejak ke laman seterusnya. Kejab yang lain tak kluar muka rimau yang kena klik masa nak bayar. Kejab lagi itulah yang jadi, kejab yang lain, lain lagi yang jadi. Naik lenguh jari dok taip benda yang sama. Naik lenguh belakang dok hadap computer. Naik darah tu payah nak kiralah. Akhir-akhirnya, depa tolak juga bayaran dari Pak Rimau kuning aku tu, tapi tak kluarpun slip nombor tiket dan bla bla bla seperti yang patut. Hati dah panas. Dah didih ni!

Kenalah pulak telefon. Memang dah tak ada cara lain. Naik lenguh jari dok dail nombor +603 2171 9222 (Inquiry) untuk Tanya apa ke jadahnya dah jadi. Sepuluh minit tunggu, dua belas minit…lima belas minit, akhir-akhirnya robot betina itulah jugak yang dok jawab. Dok bagi tau iklan yang macam-macam. Kalau ada darah tinggi memang dah naik lebih 200 ni...

Lenguh telinga dok dengar robot betina tu…dail lah pulak nombor 603 2171 9333 (Booking). Robot betina jugak yang jawab. Sama aje jawapan dia walaupun dah tunggu hingga 10 minit;
“Mohon maaf, kerana telah membuat anda menunggu. Semua talian kami sedang sibuk. Anda dipersilakan menunggu di talian atau boleh menghubungi kami kembali”

Berbelas minit robot tu dok jawab, tak lenguih ke dia? Aku yang dok dengax ni pun dah rasa macam nak muntah. Last2, jawab la sorang pompuan bersuara manis. Mintak itu ini, cakap macam tu macam ni…”sebentar cik, saya akan semak….” Pergghhhhh sopan macam boleh buat menantu. Kalau tak ingatkan skirt senteng yang depa pakai tu, nak aje aku rekomen kat sepupu aku yang memang tengah cari bini.

Setelah 20 minit berlalu, akhirnya dapatlah nombor rujukan untuk aku tunjuk masa nak check in nanti. Itupun tarikh yang aku isi tu salah pulak. Balik awal sehari berbanding orang lain. Bila nak tukar ke tarikh baru, depa mintak duitlah pulak. Senang-senang, balik ajelah awalpun. Bukannya banyak harta bendapun nak shooping sakan pergi sana nanti. Jadinya, TERbaliklah awal sehari berbanding orang lain. Simpan je nombor tu kat tempat yang paling bagus, macam nak simpan gambor sang kekasih lah pulak. Dua hari kemudian, travel agensi tu telefon bagi tahu jadual penerbangan berubah. Dia mintak aku telefon sendiri sebab booking tu aku buat sendiri, bukan dengan agensi.

Terhegeh-hegeh lagi aku telefon. Berpuluh-puluh minit kena tunggu. Bila dapat selamba katak puru je depa bagi tau “Penerbangan cik dah dipinda ke jam 10 malam,”. Ikut suka mak bapak dia je nak tukar masa penerbangan orang. Hangin satu badanlah (dah lama pun tak naik angin ni!). Aku memang dah kena ada kat sana jam 3 petang, sesedap rasa je depa tukar pergi malam.



“Saya pergi urusan kerja, bukannya layan nak shooping,” naik sikit suara aku. Sempat lagi kontrol ayu tu.
“Saya cuba check flight awal untuk cik…tunggu sebentar ya…” tau lah pulak dia nak check!

Tunggu sana sini entah berapa minit lagi, akhirnya dia beritahu penerbangan itu diawalkan 5 minit dari penerbangan asal. Ada pun flight awal! Dah depa yang buat hal ubah dan tukar sana sini, aku pun ambil kesempatanlah tukar penerbangan masa balik. Masa book dulu, terawal sehari, jadi….mintak penerbangan keesokan harinya. Yahooooooo ada masa jugaklah nak melaram sehari lagi kan la la la…hepilah tu konon!

Dua tiga hari kemudian (kira hari ni lah tu...), masa tengah dok kalut nak kejar tarikh akhir, tetiba je berlagulah Sudirman dengan Basikal tuanya. Sms dari airasialah pulak. Perubahan dulu, travel agensi yang bagi tau…tetiba je hari ni airasialah pulak hantar sms bagi tau jadual berubah lagi. Berubah lagiiiii?????? Darah tetiba je naik ke kepala. Dahlah dua tiga patah je yang aku faham dari smsnya tu, mintak kitalah pulak call depa. Ada jalan ke? Sebenarnya sapa raja n i? Aku ke dia? Bukan aku pelanggan ke? Dah aku kena bayar harga tiket, aku kena bayar jugak harga bil untuk Tanya soalan-soalan bodos sampai kena tunggu entah berapa puluh minit, sekarang ni suruh aku telepon lagi? Berapa banyak bil pulak aku kena bayar??? Tolonglah wehhhhhh! Kalau aku tau macam ni…korang rasa aku nak ke book? Aku sanggup aje tak shooping dan labor kat MAS kalau tak payah berdepan dengan benda-benda macam ni.

Nak ke tidak, kenalah telefon. Karang ada apa-apa, aku pulak yang naik darah. Aku pulaklah yang mengamuk kat LCCT nanti. Masa tu, kang heboh satu dunia LCCT aku benamkan ke Selat Melaka. Atromen pun terkebil-kebil nengoknya nanti, apalagi Wak Suparman kan. Bila telefon tu, macam biasalah…jawapan ni ajelah yang robot betina tu tahu jawab:

“Mohon maaf, kerana telah membuat anda menunggu. Semua talian kami sedang sibuk. Anda dipersilakan menunggu di talian atau boleh menghubungi kami kembali” sopan je robot betina tu jawab berulang-ulang kami hingga akhirnya masa di telefon aku dah bergerak ke angka 8 minit 24 saat, barulah berjawab. Itupun nasib baik berjawab, setelah entah berapa kali dail sebelumnya dihidangkan dengan suara merdu robot betina itu.

Sorang lelaki bersuara macho jawab panggilan. Mintak itu ini, catat itu ini kemudian selamba cencorot je jawab…”maaf cik, penerbangan tu sama seperti yang dijadualkan,”

Aku tengah kalut malut dok kejar tarikh akhir macam ni, korang rasa aku boleh slamber badak ke ucap terima kasih kat dia orang dengan lawak paling bodossss penah aku jumpa tu? Adalah orang nak kena terajang ni!

Slogannya “semua orang boleh terbang”. Sebelum terbang lagi aku dah nak BERTUKAR jadi atromen, belum lagi kira masa nak terbang, ataupun setelah terbang pergi sana. Dibuatnya berubah entah berapa kali lagi, haruskah aku BERTUKAR jadi hijau dan musnahkan kapai Tony Fanandez tu?


Aku dah tak ada hati dah nak terbang pergi. Sekarang ni aku teringat satu lagi tiket yang aku tempah dengan belon merah-putih tu. Akan jadi hal yang samakah?

Apa yang aku tahu, rasanya aku nak bertaubat kot booking dengan belon merah-puteh ni. MAS pun ada jugak buat offer gila-gila macam tu…dah malas nak tanggung risiko sakit jantung dan darah tinggi. Ampunkanlah aku Datok Tony! Aku ni mudah serik! Doa-doakanlah serik itu hanya sketika sahaja…

Aku tengah nak meletopppppp....tak de niatpun nak burukkan sesiapa. Kalau jadi kat hang pa, hang pa rasa macam mana? Aku rasa macam kena bodossssssss je dengan depa ni hu hu hu

15 ulasan:

Cetusan berkata...

fushh nasib baik bagi tau..
kalau tak..

iza~de~bintang berkata...

Sy dah banyak kali terbang ngan air asia ni lebih 10x pergi balik = lebih dari 20x terbang lah lah tu, maklumlah tak banyak duit nak naik MAS tambah2 kalau pegi kembara tu dengan budget sendiri. Setakat ni belum ada pengalaman teruk sangat. Paling teruk pun delay 2.5 jam masa pi Brunei. Harap2 taklah jadi masalah2 camni.

Pengembara budget rendah cam saya ni mmg suka ngan air asia hahahaha

azieazah berkata...

Tetiba jer aku lak rasa nak bukak balik kitab jampi serampah aku dulu tu... Nak cari balik ayat2 yang aku pernah buat untuk mengkecikkan orang bodos cenggitu, menjadi sekecik semut, pastu picit sampai penyekkkk...

Astagaaa.. sabarrrrrr...

Ya Allah, Kau sejukkan lah hati kawan aku nama ANYSS niii... Aminnnn

Moga dia pergi dan kembali dengan selamat. Mana tahu, ada lak cenderahati fridgemagnet untuk aku kali niiii... :D:D

Kujie berkata...

tambang murah..tapi airport tax pun mahai la juga......

lama tak terbang..cuti didingin bekukan

Kujie berkata...

tambang murah, customer service pun murah , senyum saja yang mahal

Unknown berkata...

haha.erm,pengalaman mendewasakan kita.sabar ea...

dina berkata...

hehehe, aku pun banyak pengalaman bookingkan tiket bos nak pegi eastcost untuk hadir mahkamah. dia ingat bos aku nak pegi bersantai kot, buleh sesedap rasa nak tukar jadual penerbangan. bos aku ni tau nak murah je kan. memang murah tapi susahnya aku yang tanggung. Nak tunggu robot tu bercakap, nak dptkan jwpn pegawai bertugas tu semua keje aku. macam aku ni duk kat opis tak buat keje je kan. Yang terbaru, tiket dah book, tetiba ada sedara bos aku meninggal, tak dpt pegi. kes pun minta tunda, penerbangan pun kena tunda. aku lak minta tundakan penerbangan, buleh memang buleh, tapi kena bayar RM80.... dia tukar jadual tak pulak kita minta byran... tak patut2... sekarang aku lebih suka book kat firefly... tak penah delay flightnya...

anyss berkata...

ZZ: kalau tak....nape?

Azieazah: Carikkkk balik kitab kamasutra tu...eh, betul ke nama kitab cenggitu? hu hu hu

Habaq mai je la, nak kirim FM la la la

Kujie: Tu la pasai...tapi, kalau tak wat hal2 cam gitu, kira ok aje sebenarnya...

Cuti saya masih berbaki 30 hari utk tahun ni hu hu hu...pegi Bandung pun tak tolak cuti coz urusan keja

Iqbal: Kalaulah boleh mintak2 pengalaman mcm mana yang kita nak, kan best...leh gitu? Terima kasih dengan ayat yang boleh redakan angin dlm badan ;)

Dina: Cian ko...lagi teruk kan kena buat semua benda2 tu, tapi...bukan ko yang terbang. Lama-lama macam sakit mental je rasanya kan. Tak pe...sblm tahun baru aku ada 4 kali kena terbang dgn air asia, lepas tu aku ambik firefly je. Tak payah nak hangin lagi badan aku la la la....jom pegi Langkawi, nak? Bukak khemah sebelah Porto Malai udah ler...

anyss berkata...

Iza: Biasanya saya pegi memana atas urusan keja, dan sambung cuti utk jejalan. Gomen ni suka bazir duit guna MAS...tompang kemudahan mana yang sempat je. Jadinya, kos lebih rendah lah.

X penah pegi memana untuk amik angin cam gitu je. jadinya, memang tak biasa dgn merah-putih ni. Bukan nak berlagak, tapi dah gitu...hanya nikmatilah seadanya...

Unknown berkata...

Btw,tak rugi pun naik MAS.insyaAllah MAS lagi selamat sbb maintenance aircraft dia tiptop!hehe

anyss berkata...

Iqbal: Apa tak tip topnya kalau tiap tahun dapat anugerah perkhidmatan terbaik. memang terbaiklah segalanya walaupun ada juga kes2 terpencil.

Nanti Iqbal akan kerja dgn MAS ke?

Nursuzry berkata...

ni baru btul semuanya boleh terbang hehehehe.

anyss berkata...

Su...betullllll, semua orang boleh terbang. Tu pun kalau masih sihat walafiatlah...kena tambah kos perubatan skali hu hu hu

Jom...pegi Bandung!

Cetusan berkata...

bila agaknya nak apply kad kredit..nak gak pengalaman macam ANyss

anyss berkata...

ZZ: Saya guna maybank2u je...tak layak mohon kad kredit. maklumlah tukang mop je