Best kan jadi bos. Boleh arahkan itu ini, kemudian batalkan arahan itu sesedap rasa tanpa fikirpun kita yang jadi orang bawahannya ni dah buat kerja macam KULI BATAK!
Lebih dua minggu kerja tonggang terbalik sampai lupa nak balik rumah, sampai naik kemati otot punggung dek kusyuknya duduk di hadapan computer tanpa berganjakpun, petang semalam, aku dapat tahu yang semua tu nonsense! Selamba kodok je bagi tahu “tak ada budget”!
Kalau tak ada budget, buat apa kerah kami buat kerja macam kuli batak, siang malam mengadap kertas sampai naik juling, sampai kematu otot punggung? Buat apa beri kami harapan “Jangan risau pasal kos, dana dah ada. Mintak saje berapa yang nak,”. Alih-alih, semalam bagi tahu tak ada budget. Mana perginya 20 Juta tu? Siapa yang telan sorang-sorang? Ataupun, kuasa siapa yang dah alihkan 20 juta tu ke tempat lain?
Hari ini, aku masih lagi kerja gila-gila siapkan proposal lain walaupun urat dawai dan tulang besi aku ni dah hampir bengkok. Hanya ada hari ini sehari sahaja lagi untuk disiapkan sebelum bentang esok pagi. Paling tidak, aku tahu harapan untuk dapat yang ini memanglah tipis. Kalau tak dapat pun memang akan diterima dengan redha.
Sebenarnya lebih banyak kata maki yang aku nak tulis, tapi…selepas tulis 4 perenggan…tiba-tiba je rasa dah malas nak maki orang. Lantak pegi lah ham pa!...tapi, otot punggung aku masih lagi sakit la. Itu yang buat nak maki orang ni!

5 ulasan:
salam ziarah
sabor je la
Salam! salam! Slalu2 ler ziarah. Orang kate, rumah selalu terima tetamu murah rejekinyeee :D
Dah penat nak sabor ni...
mmg susah kerje dgn orang.
jadi boss lagi susah.
sbb byk dugaan.
kalo dulu keje kuli xde kuasa, xde pengaruh, so xde aniaya org sesuka ati.
bila naik jadi boss, pantas je sume.
anis, lagu nabil ko amik kat mane r?
aku nak download la. kelako gile. hehe
yang mana satu lagu nabil? bukan lagu saipul ahpek ke?
Catat Ulasan