Ahad, 27 Oktober 2013

Solat dalam Kenderaan



Bila bermusafir, amalan wajib tetap kena laksanakan terutamanya berkaitan solat. Dalam Islam, banyak perkara dalam hal ibadat diringankan ketika kita bermusafir.

Takutlah kamu kepada Allah sekadarnya kemampuan kamu…ingat tu! Masalahnya nak atau tidak aje.


Solat Di Atas Kapal Terbang



Dalam video ni diterangkan macam mana cara nak tayamun dan solat dalam kapal terbang, solat secara duduk, imam baca surah yang panjang, solat dengan berkasut, pakaian perempuan yang meleret di atas tanah digunakan untuk solat, guna pakaian dry cleaning untuk solat, cara ambil wuduk bagi musafir yang pakai kasut but.


Tidak ada istilah solat hormat waktu ya… menurut Dr. MAZA (dan pendapat beberapa orang ilmuan lain,);



Cara wuduk dan tentukan kiblat dilakukan imam Ahmad di tempat yang tidak diketahuinya.


Cara wuduk dalam kapal terbang



Cara wuduk dan tayamun dalam kapal terbang.

Bagaimana? Mudahkan Islam tu?

Nak solat tidak semestinya kena ada set telekung solat yang cantik berbunga-bunga warna pink, tak perlu kena tunggu ada lori Syabas dulu ya untuk ambik wuduk macam pili bomba…pakai kasut but getah aras lututpun boleh. Dalam hutan pun boleh walaupun tak ada mukana, gunakan sahaja pakaian seharian kita asalkan menutup aurat dan bersih.

Kalau tak ada sejadah boleh tak? Sejadah yang kita beli dari Parsi itu harganya lebih seratus, sayang pulak kalau nak hampar di atas tanah di taman. Risau pulak materialnya dari sutera itu rosak huh u huhu siapa suruh beli yang mahal-mahal kalau sayang… sujud saja atas tanah. Atas rumput pun boleh asalkan tak ada najis. Ada berani?

Silalah berani!
 
 

Sabtu, 26 Oktober 2013

Pengambilan Siswazah UKM Sem 2 Sesi 2013/2014


Hari ini bermula konvokesyen ke-41 UKM di Bangi. Bermula semalam dah berlaku kesesakan di laluan utama ke UKM. Tahniah kepada adik-adik yang berjaya dan konvo pada hari ini.

Kepada sesiapa yang berminat, bolehlah memohon sekarang. Iklan Pengambilan Pelajar Siswazah Semester II Sesi 2013/2014 dah pun keluar. Cepat sambar ya...



Penganjur / Penganjur Bersama: Pusat Pengurusan Siswazah UKM

Walaupun tempohnya masih panjang...kan lebih baik mohon awal-awal. Taklah nanti kelam kabut.

PssssT: kepada sesiapa yang berada di sektar Bangi, bolehlah ikut serta dalam Pesta Konvokesyen UKM yang diadakan di Dataran Gemilang (berhampiran stadium UKM nun). 









Jumaat, 25 Oktober 2013

Teks Penuh Ucapan Belanjawan Bajet 2014


Teks Penuh Ucapan Belanjawan Bajet 2014 hanya akan dimuatnaik di website Bajet 2014 selepas ucapan pembentangan oleh Perdana menteri. Malam nanti dah boleh download teks penuh ucapan bajet 2014 ni. bolehlah kita teliti setiap perkara. setakat dengar sepintas lalu kat TV atau radio, memang tak boleh nak faham sangat.

Kalau malas nak ke website atas tu...boleh download terus teks penuh ucapan Belanjawan Bajet 2014 . Dalam bentuk pdf ya...

Berikut antara ringkasan dan intisari ucapan bajet @ Belanjawan 2014 yang ada kena mengena dengan aku je ya...

Mulai 2014, pembayar cukai tidak perlu lagi isi borang cukai jika berpuas hati dengan jumlah potongan cukai yang dilakukan.

Subsidi: akan distrukturkan semula supaya orang yang layak sahaja menerimanya.

Cukai jualan dan perkhidmatan dimansuhkan dan digantikan dengan cukai barang dan perkhidmatan @ Cukai GST,  berkuatkuasa pada 1 April 2015 dengan kadar 6%

Kadar cukai pendapatan akan diturunkan 1 mata.  Struktur cukai pendapatan individu akan ditambahbaik.

Peruntukan terbesar diberikan kepada bahagian pendidikan. RM54.6 billion daripada jumlah keseluruhan bajet 2014 diperuntukkan untuk bahagian ini.
i.                     Pra-sekolah: tambah bilangan
ii.                   Tingkatkan profesion guru
iii.                  Tambah kemudahan internet sekolah luar Bandar
iv.                 Baiki bangunan sekolah usang

Di peringkat tinggi: tingkatkan penyelidikan dan penulisan.  Penerbitan jurnal ilmiah peringkat antarabangsa, diwujudkan pusat arkeasitasi kebangsaan.

Bantuan RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah akan diteruskan.


Voucer buku 1 Malaysia BR1M diteruskan dengan nilai RM250...agak-agaknya aku masih tersenarai tak? hu hu huhuhu 

Menambahbaik kemudahan pengangkutan awam...yang ni aku suka. Boleh jimat kos kalau pengangkutan awam kita cekap.  Kalau ada LRT, MRT dan baas yang cekap untuk aku pergi kerja, dah tentu aku lebih suka guna. Jimat! Masalahnya sekarang...hu hu hu hu malas nak komen, kang kena halau!

Pembangunan luar Bandar: RM41 billion diperuntukkan untuk baikpulih dan naik taraf jalan luar Bandar dan bina lebuh raya. Sediakan air bersih di kawasan luar Bandar. Tengah syok taip, tetiba laptop mati habis bateri huh u huhuhu…tertinggal sudaaaaaaa point utama!

PDRM dan ATM: bina ibu pejabat polis daerah dan kuaters, lengkapkan kemudahan ketenteraan, tambah CCTV di 25 PBT, mantapkan ESCOM, dll

Pemuliharaan alam sekitar dan sumber: program mycarbon, penubuhan yayasan hijau dengan geran pelancaran RM15 juta, RM40 juta untuk dalam dan lebarkan Sungai bertam di Cameron Higlands, dll.

Kesihatan: Seramai 6800 orang jururawat akan ditambah. Pesakit dialysis buah pinggang  akan dibekalkan CAPD bernilai RM15 ribu ringgit diberikan secara percuma. Pesakit diabitik pulak dibantu dengan mengurangkan subsidi gula sebanyak 15 sen hu hu hu hu hu Terima kasihlah Perdana Menteri. Kat rumah kami di kampung tu, gula digunakan sekilo sehari. Nampak tak betapa ramainya tetamu datang rumah kami hu hu hu hu orang datang tak kan tak mau hidang air walaupun tak ada biskut kering. Esok harga gula naik ya!


Bila dengar bab rumah, hu huhuhu dengarnya pasal rumah mampu milik, rumah mesra rakyat, rumah idaman, perumahan 1Malaysia  blab la bla…errrr ada subsidi RM15 ribu? Biar benar…aku tak focus ka? Aku terlelap ka? Mmmmmm memang sah nak kena semak teks penuh ucapan bajet 2014 ni, baru boleh buat pencerahan.

Pelepasan cukai bagi golongan sederhana: pelepasan cukai khas sejumlah RM2,000 bagi golongan  berpendapatan hingga RM8 ribu bagi pendapatan tahun 2013.

Penyeragaman harga barang antara semenanjung dan sabah dan Sarawak dilakukan.  Sebanyak 60 buah kedai rakyat 1Malaysia akan ditambah.

Penjawat awam dihargai melalui menambahbaik 81 skim penjawatan penjawat awam. Ramai orang dok tunggu part akhir ni...

BR1M 3.0 akan ditambahbaik, Pendapatan bulanan isi rumah sebanyak RM3000 ke bawah menerima BR1M 3.0 sebanyak RM600. Malah, Diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan hingga RM4000 yang akan menerima sebanyak RM450, manakala Individu bujang berusia 23 tahun dan ke atas akan menerima sebanyak RM300.

iBR1M (insuran) diberikan kepada semua isi rumah BR1M sekiranya berlaku hilang upaya kekal.

Bantuan  khas kewangan sebanyak RM250 diberikan kepada pesara, kepada penjawat awam dapat bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 akan dibayar pada bulan Januari 2014.

Komen aku: Alhamdulillah seadanya. Malam ni nak pergi beli gula...











Intisari Belanjawan @ Bajet 2014


Alhamdulillah, setelah menunggu hampir setahun, sempena pembentangan belanjawan @ bajet 2014 ini, hari ni terima komputer baru. Yang lama tu memang sangat nazak…nak save pun ambil masa 5 minit, macam komputer dari zaman batu pulak huh u huh u macamlah pada zaman batu dulu ada computer segala.

Alang-alang ada komputer baru, berialah mengadapnya hingga mata naik juling. Sebelum pembentangan belanjawan @ Bajet 2014 lagi aku dah klik tayangan online tv3 ni, tengok ulasan para pakar ekonomi tentang pelbagai hal berkaitan Bajet 2014, terutama isu panas berkaitan cukai GST yang bakal dikenakan…mula-mula memanglah laju. Maklumlah, guna LAN…maklumlah, guna komputer baru.

Akhirnya...senyapppppp!
Nampak gayanya, kenalah cari TV jugak...macam manalah nak jadi negara maju kalau macam ni hu hu hu hu errrrr errrrr errrrr....mana boleh komplen banyak-banyak, kang kena pindah dok Zimbabwe pulak.

Errrrr nak cari TV lah, kalau tak macam mana nak kemaskini blog tentang intisari, intipati bajet 2014 pulak kan?
Errrr agak-agaknya dalam Belanjawan bajet 2014 penjawat awam dapat bonus berapa bulan gaji ya?

Lisa Surihani Sokong Pasukan Bola Sepak Kelantan TRW

Minggu lepas perlawanan bola sepak semi final antara Kelantan TRW dan pasukan ATM berlangsung di stadium Selayang dengan keputusan TRW mengatasi ATM satu gol.

Kali ni perlawanan dah tentu berlangsung di Stadium Sultan Muhammad ke IV Kota Bharu. Kedua-dua pasukan ni sama kuat sebenarnya. Awal tahun dulu ATM Berjaya jadi juara piala sumbangsih (ya ke ni nama piala tu? Malas nak semak semula). Dalam Piala Malaysia, dah tentu saingan tetap akan sengit.


Lisa Surihani dan Yusry pun Gomo kelate Gomo, terima kasih Lisa Surihani dan kanda Yusry sebab sokong TRW ;)



Apapun keputusannya nanti, kenalah terima dengan hati yang terbuka. Masa balik kampong hari tu aku dah beli mafla TRW di pasar borong wakaf che yeh, manakala anak buah pulak beli jersi merah TRW. Katanya, dia hanya akan pakai kalau Kelantan menang aje huh u huh u dikau tak sesetia mana Along oiiii!

Jom ramai-ramai tengok bola malam ni ya…

Teruja pulak nak tunggu keputusan perlawanan bola sepak antara Kelantan TRW dan ATM ni…

Selamat berjuang TRW. Gomo Kelate Gomo!

UPdate: keputusan perlawanan bola sepak antara Kelantan - ATM malam tadi berkesudahan dengan seri 2-2 dengan agregat 4-3. Tahniah Kelantan TRW yang layak ke final Piala Malaysia 2013. Kelantan bakal bertemu sama ada Pahang atau Sarawak bergantung kepada satu perlawanan semi final malam nanti. Pahang menang selesa dengan Sarawak 3-1 minggu lepas, jadi kemungkinan untuk Kelantan bertemu Pahang dalam perlawanan akhir @ final Piala Malaysia sangat besar.