Selasa, 29 Mei 2012

Nayati Suka Tinggal di Malaysia


Masih ingat lagi tentang Keluarga kepada seorang kanak-kanak warga Belanda,
Nayati Moodliar yang diculik bulan lepas dan dibebaskan setelah membayar
tebusan sebanyak RM300 ribu. Dah tentu mereka akan trauma, kini Bapa Nayati,
Shamelin, 41 tahun, seorang perunding di sebuah firma pengurusan antarabangsa
telah dibuang kerja kerana enggan berpindah keluar dari Malaysia
selepas anaknya yang berusia 12 tahun dibebaskan. Alasannya:
“Majikan saya memberitahu Malaysia tidak selamat,
maka mereka memberi notis seminggu untuk kami pulang ke Belanda"

Nayati diculik sewaktu berjalan kaki ke Sekolah Antarabangsa Mon’t Kiara
pada 27 April lalu, dibebaskan selepas enam hari apabila membayar
wang tebusan sebanyak RM300,000. kisah penemuannya aku ada tulis
berserta video penemuan Nayati Moodliar
Tiga lelaki telah didakwa di mahkamah majistret di sini
di bawah Akta Penculikan 1961. Bagaimanapun, dalangnya
masih lagi terlepas dan dipercayai melarikan diri ke Eropah.

Nayati sukakan Malaysia dan merasakan Negara kita ni
masih menjadi tempatan yang dia mahu untuk dibesarkan.
“Di sini berbeza, setiap hari panas dan aman, jadi saya boleh
membuat banyak perkara kerana saya menyukai aktiviti luar seperti berenang
dan bermain bola keranjang pada bila-bila masa yang saya mahu,” katanya.
“Dan saya terhutang budi kepada rakyat Malaysia untuk setiap daripada mereka
yang mendoakan saya. Saya berhutang nyawa sebenarnya.”
Sila baca mstar untuk cerita yang panjang lebar

Alahai Nayati…daku suka nak tinggal barang setahun dua di Belanda,
Dikau pulak suka kepanasan Malaysia ni ya…
Macam terbalik pula…tapi, aku pun bukannya nak menetap sana
Nak bercuti je pun. Ada sesiapa sudi taja?
Takat ni belum ada tajaan huh u hu usah muntah dulu ya!


Isnin, 28 Mei 2012

Tawaran Biasiswa Sukan KPT 2012


Dimaklumkan bahawa permohonan bagi Biasiswa Sukan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah dibuka. Kepada pelajar-pelajar yang berminat, sila layari laman web di bawah untuk maklumat lanjut berkaitan syarat-syarat dan kelayakkan:

http://www.mohe.gov.my/portal/penajaan/penajaan-kpt/90.html 

Permohonan biasiswa ini adalah secara atas talian (online) di laman web:

https://payloan.mohe.gov.my/sukan/index.php

kepada yang memenuhi syarat, bolehlah mohon ya. Ni biasiswa, bukan pinjaman ya…tak payah bayar huh u hu

Unit Biasiswa
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pengajian Tinggi,
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya

Talian Utama 03-8870 6000

Faks:  03-8870 6839



Hantu Tompang Kereta Sinar Harian?


Nak percaya ke tak nak percaya?
Kalau baca Sinar Harian edisi utara hari ni
Ada ditulis pasal Misteri lembaga wanita dalam kereta Sinar
Siap ada dua keping gambar lagi sebagai bukti
Haaaaaaaaaaa nak kata apa?
Nak komen apa? Tak terkata…lebih baik tak payah komen apa
Macam-macam komen boleh kita tengok kat bawah artikel tu.

Aku tampal je berita berkenaan, pandai-pandai koranglah nak kata apa
Nak komen apa…nak percaya ke idaknya:


28 Mei 2012

KULIM - “Cepat, baca surah Yasin!, ada benda sebelah aku ni,” jerit seorang rakan yang berada dalam kereta Perodua Kancil Sinar Harian cemas apabila merasakan ada lembaga wanita duduk di sebelahnya di bahagian tempat duduk kerusi belakang.

Kejadian itu berlaku Khamis lalu apabila wartawan Sinar Harian bersama seorang anggota polis berpangkat koperal dan seorang rakan melalui jalan Bukit Lengkok kira-kira jam 4 pagi, Khamis lalu. Ketika melalui di satu selekoh dalam keadaan hujan lebat, semua mereka ternampak batu nisan setinggi setengah meter di tepi jalan tetapi masing-masing hanya diam dan tidak mengendahkannya.

Keadaan mula cemas apabila rakan mereka itu menjerit meminta membaca surah Yasin dengan segera. Bagaimanapun, anggota polis cuba menenangkannya dan membaca beberapa potong ayat al-Quran barulah rakannya itu tenang dan perjalanan pun diteruskan. Setelah melepasi jalan Sungai Lengkok mereka kemudiannya berhenti di tepi Jalan Air Merah dan mula membuka cerita mengenai batu nisan tadi. Ternyata, mereka semua mengaku ternampak imej batu nisan yang dimaksudkan.

Bagaimanapun misteri terbabit tidak berhenti di situ saja apabila kelmarin kira-kira jam 12.30 pagi, seorang rakan wartawan terbabit telah merakam gambar kereta Kancil berkenaan dan mendapati ada imej lembaga wanita berambut panjang di dalamnya dan dipercayai lembaga itu hilang selepas azan Subuh berkumandang.

Sementara itu. seorang pemandu van kilang yang tinggal di Taman Selasih dan tidak mahu dikenali berkata, kejadian seumpama itu sering berlaku di Jalan Bukit Lengkok. Menurutnya, beberapa tahun lalu polis ada menemui mayat seorang wanita dipercayai dibunuh dan mayatnya dibuang ke dalam gaung berhampiran.

“Ramai pengguna jalan itu menjadi mangsa gangguan lembaga berkenaan. Lembaga itu pernah duduk di belakang penunggang motosikal, saya juga pernah nampak lembaga itu berada di atas bumbung kereta yang datang dari arah bertentangan. Sememangnya jalan itu tidak dilalui oleh kenderaan pada lewat pagi terutama ketika hujan renyai atau lebat,” katanya.

Pengerusi Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) Khor Eng Khim juga tidak menafikan kewujudan lembaga itu yang sering mengganggu pengguna jalan raya yang melalui jalan Bukit Lengkok menjelang lewat pagi. “Jalan itu tidak sesuai digunakan pada waktu Subuh terutama ketika hujan. Ini kerana terlalu banyak kejadian kemalangan berlaku di sekitar kawasan itu disebabkan keadaan jalan di situ sempit dan bengkang-bengkok. Saya menasihatkan pengguna supaya menggunakan lebuh raya Butterworth Kulim Express (BKE) untuk pergi ke Pekan Kulim dan jangan mengunakan jalan Bukit Lengkok sebagai jalan pintas walaupun ia lebih dekat,” katanya.

Komen aku: tak payah komen kalau kita tak tahu apa-apa
Kalau salah komen tunjukkan betapa tak bertamadunnya kita
Boleh gitu? Hu huh u


Ramai Penjawat Awam Tidak Mampu Miliki Rumah Sendiri: CUEPACS


Menurut Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS)
kira-kira 60% penjawat awam terutama di Lembah Klang
tidak mampu memiliki rumah sendiri,
terutama yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan
yang lebih 3K sebulan pun ramai juga tak mampu miliki rumah sendiri
baru je gaji naik sepuluh dua puluh ringgit,
nilai hartanah macam rumah naik ribu riban pulak
sampai bila baru boleh milik rumah terutama kalau berangan
nak miliki rumah di atas bumi…terpaksalah kayuh pelan-pelan
cari rumah atas awan yang rupanya macam sarang burung merpati tu
gayatpun tahankan ajelah pandangan, tak payah tengok bawah
rumah yang dindingnya orang punya, bumbungnya adalah lantai rumah orang
dan lantai rumah kita itu sebenarnya bumbung rumah orang
milik kita hanya angin je kot huh u huh u

Setiausaha Kewangan CUEPACS, Jaapar Mansor, berkata
fenomena itu akan berterusan jika kerajaan
tidak mengambil langkah tertentu termasuk mengurangkan
kadar faedah pinjaman dan menaikkan gaji kakitangan awam terbabit.
"Kadar faedah pinjaman perumahan 4% dikenakan
institusi kewangan ke atas penjawat awam pada masa ini
wajar diturunkan kepada 1 peratus,"
Beliau tidak menolak kemungkinan penjawat awam
berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan
hanya mampu menyewa atau memiliki rumah kos rendah bertaraf
Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Jaapar yang juga Pengerusi CUEPACS Selangor berkata,
saranan supaya kerajaan menurunkan kadar faedah pinjaman perumahan
adalah antara tuntutan yang pernah dikemukakan kongres itu kepada kerajaan sebelum ini.
"Walaupun ia bukan tuntutan utama CUEPACS
namun ia akan terus diperjuangkan oleh penjawat awam melalui kongres itu," katanya.
Kongres itu juga sedang melancarkan gerakan
mengesan penjawat awam yang belum memiliki rumah
di seluruh negara untuk dijadikan garis panduan untuk tindakan
yang akan diambil demi kebajikan ahlinya.
CUEPACS juga mahu kerajaan mempercepatkan
cadangan penubuhan Suruhanjaya Mengkaji Skim Gaji
dan Elaun Penjawat Awam seperti yang diumumkan Perdana Menteri 8 Mac lalu.

Komen aku: bukan penjawat awam je alami masalah ni
Kalau betul nak bela nasib rakyat miskin macam kami
Terutama yang datangnya dari negeri paling miskin di Malaysia
Letakkan penanda aras yang sesuai untuk harga rumah
Terutama di Lembah Kelang, dan…urusan miliki rumah perlu lebih mudah
Interest pulak kenalah sesuai bagi rumah pertama
Yang dah balun 14 biji rumah tu…tak apalah tinggi pun
Memang dah terbukti mereka ada banyak simpanan syiling bawah bantal
Satu lagi: pemantauan agar projek tak terbengkalai
Kalau harga rumah 15 ringgit je pun, tapi kena tunggu hingga bercucu
Sebab projek terbengkalai, rangka rumahpun jadi tempat hantu bersembunyi
Tak guna juga…

Bukan mudah nak miliki rumah sendiri,
Apalagi untuk kami yang solo molo ni…
Ada sesiapa nak sponser rumah kat aku tak?
Kat country height Kajang tu pun cukuplah
Tak mau demand lebih-lebih…sebelah rumah Yusry dan Lisa Surihani ya
Please!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Ahad, 27 Mei 2012

Video Tragedi Drif Perhimpunan Sejuta Belia 2012


Entri ini adalah kesinambungan kisah kemalangan drag semasa sambutan Hari Sejuta Belia dalam entri lepas.

Berikut adalah rakaman video sesi latihan untuk aktiviti drift drag yang berlangsung di Putrajaya sempena Perhimpunan Sejuta Belia 2012






Jika nak tengok part kemalangan yang menjadi tragedi dalam Perhimpunan Sejuta Belia 2012 di putrajaya pada 26 Mei, bolehlah tengok yang ni je:




Kita bersimpati dengan tragedi tak terduga ini
Sama-sama kita doakan agar semua mangsa yang cedera cepat sembuh
tak perlulah kita gaduh-gaduh dan saling tuduh menuduh
dok kata semua tu bala ke apa, dok salahkan orang tu orang ni
apa yang jadi memang dah jadi, baik jadikan pengajaran
tak elok jadikan sempadan...salah menyalah tak akan untungkan sesiapa
setan juga yang gegak gempita dok ketawa dek kekalutan manusia
jadikan semua tu sebagai garis panduan pada masa depan
CEEEEwahhhhh! catatan penaja tu! hu hu hu tak ada kaitan dengan sesiapa
sama ada yang hidup atau yang mati atau yang akan mati...