Isnin, 12 Oktober 2009

Izinkan Aku Diam di Jantungmu

Puisi spontan kala menikmati agungnya ciptaan Tuhan;




Jari jemariku kian kaku,
untuk detik ini, biarlah kutinggalkan dikau
kenangan yang tetap terpahat


tanyalah batu-batu di Tekala
entah berapa kandria pegunnya menanti desir dingin
belaian lembut air berliku di kakinya

hatiku masih tertinggal di situ,
bersama gigih si ikan kecil
menongkah arus mendaki juring licin
menjamah kekar batu nan setia
biar hakisnya melakar lelas
namun kutahu, kau tetap teguh disitu
menanti dan terus menunggu.


kala rindu bertandang, izinkan aku menjengukmu lagi



10 ulasan:

iza~de~bintang berkata...

fuyyooo dasat tu bahasa dalam puisi ni..jenuh buka kamus dewan ni huhu..
syok no main ayaQ terghejun hehe. lenkali klau kepala tengah berasap tu pi randam kat situ best tu la la la :p

anyss berkata...

Iza: Ada masa leh pi buat novel lak hu huhu...mana tau berkat doa orang tengah berendam dalam ayaQ sejuk tu kan...

dina berkata...

nyss, terkesima seketika mengadap puitis bahasa dlm puisi ni, kau pegi sg tekala ye... aku dah lama tak berpuisi...

anyss berkata...

Dina; Tak sempat nak karang cerita...karang je puisi spontan (masih belum edit dan ubahsuai tu...akan dilakukan lain kali).

Pegi sungai Tekala (sekali sekala je kan...ada cik mek molek ajak. Best jugak berendam, sampai gigil2 tapi...still tak nak naik lagi hu huhu

azieazah berkata...

Ada ruang lagi? nak gak menumpang kasih.. hehehe

Sg Tekala ni memang best, dah berendam rasa tak mau balik....

anyss berkata...

Azieazah: ruang tu kita yang bika...jom reramai saling berkasih sayang la la la

Kalau berendam reramai lagi la tak reti nak balik. Jom kita!

Jieda berkata...

Cantiknya pemandangan kat air terjun tu.Rasa cam nak terjun je.

anyss berkata...

Jieda: Betul sesangatlah tu...awal2 memang rasa nak terjun, dah terjun tu payah nak naik dah.

Terjun tepi gunung Ledang lagi best pe....

Cetusan berkata...

hijauunyaa...

anyss berkata...

ZZ: hatiku penuh dengan kehijauan...hu hu hu