Khamis, 27 September 2012

Menjelang Belanjawan Bajet 2013


Sejak beberapa hari lepas, sebenarnya bulan lepas lagi
Ramai yang dok teruja tak sabar menunggu pembentangan Bajet 2013
Yang menjangkakan banyak peningkatan dalam pelbagai bidang bakal berlaku
Malah ramai yang anggap Belanjawan 2013 sebagai Bajet Pilihanraya

Jangkaan peruntukan dalam bajet kali ini mungkin meningkat 10-20 peratus
atau sehingga RM300 bilion berbanding dengan RM232.8 bilion dalam Bajet 2012.
peningkatan peruntukan itu sebahagiannya disebabkan
perbelanjaan besar kerajaan dalam projek sedang dibangunkan
di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Aku sangat setuju dengan cadangan rakyat marhaen macam aku ni,
Kalaulah boleh Kekal atau naikkan subsidi minyak
dan kawal kenaikan harga rumah yang melambung-lambung bagai
terutama di kawasan Bangi ni…payah sangat nak cari rumah bawak 300K
paling murahpun setengah juta…manalah kami golongan marhaen
miskin papa kedana hina dina ni mampu nak beli, nasib baik tengok jeling-jeling
pandang-pandang tu tak kena bayar...kalau kena bayar, lagilah papa kami
sampai pencenlah tak merasa tinggal banglo besau dijaga bangla Besau juga
dah tentu beban kami nan miskin ini dapat dikurangkan

Kena sangatlah bila Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam
(Cuepacs) menuntut kuota untuk rumah kos rendah bagi penjawat awam
Walaupun aku tak layak nak mohon pun.
Dulu pernah jugak nak mohon, tapi tak cukup syarat iaitu;
Belum berkahwin. Kalau tak berpeluang kahwin bermakna
Sampai pindah ke alam kuburlah tak ada peluang tinggal sini hu h uhu

Paling ramai dok melopong tertunggu-tunggu depan TV sebab nak dengar
Durian runtuh apa pula yang penjawat awam dapat tahun 2013
Sempena pembentangan bajet @ Belanjawan bagi tahun 2013.

Jomlah tunggu…lenguh dah aku menaip
Mata dah tak larat nak buka dah…
Esok je lah aku buat entri berkaitan intipati Bajet @ Belanjawan 2013
Aku akan tunggu depan TV…manalah tahu kan
Kot lah penjawat awam dapat bonus 3 bulan gaji pulak tahun ni
…mmmmm eloklah aku bermimpi malam ni,
Paling tidak, bagun esok pagi sempat juga aku senyum kan?




Peribahasa Unta


Masa belajar sekolah rendah dulu, aku paling suka mata pelajaran Bahasa Malaysia
Salah satu topik yang cikgu ajar adalah tentang peribahasa
Macam-macam peribahasa kita akan belajar dari yang paling mudah
Hinggalah yang tak pernah kita dengar kecuali
Karam singh Walia je dok sebut…tapi salah satu peribahasa paling popular
Yang akan kita belajar adalah “bodoh macam lembu”
Tapi ada satu lagi peribahasa yang aku dengar dari Arwah Tok Ayah
“Bodoh macam lembu Mekah” bukan sekadar lembu,
Tetapi lebih spesifik lagi asal usul lembu tersebut.

Aku pernah Tanya gemulah Tok Ayah pasal lembu Mekah
Kata arwah: lembu Mekah lembu yang paling bodoh.
Aku Tanya: kenapa? Masa tu aku maasih sekolah rendah
Tengah belajar peribahasa di sekolah,
tapi cikgu tak ada pulak dok cakap “lembu Mekah”
kata Tok Ayah: lembu Mekah terlalu pasrah
(Kata PASRAH aku yang ubah sebab tak kuasa nak guna banyak kali
Istilah yang beri aura negatif…sekali mood negatif pulak muncul)
“Orang nak sembelih pun dia dok melongo tunggu
Bukannya nak lari selamatkan diri (sebab tidak ditambat)”

Itu perbandingan antara lembu Mekah dan lembu Malaysia
Gemulah Tok Ayah bercerita ikut pengalamannya ke Mekah 2 kali
Masa tu pergi Haji naik kapal laut…mana ada belon bagai

Kalau di asia Barat, setahu aku yang tak berapa tahu ni
Unta lebih glamer dari lembu, kalau tak betul ampunkanlah daku
Masa belajar ilmu alam kat sekolah atap dulu,
belum sempat cikgu ngajar pasal unta…
Jepun dah serang Tanah Melayu…tak pepasal sekolah roboh
Jadi tak sempat pandailah aku bab unta mengunta dan perangai unta ni
Kalau perangai lembu aku memang tahu sangat
Maklumlah, sejak kecil lagi dah biasa tengok lembu
Ayah kat kampong tu memang bela lembu sekor dua
Bila nak sambut puasa, ayah akan sembelih dan jual daging
Bila nak raya…sembelih lagi
Bila musim Aidiladha pulak, berduyun orang datang cari lembu


Pagi tadi aku berurusan dengan Bank Unta
Tetiba adikkkk manissss kat kaunter tu
Aku Nampak macam unta pulak

Opsssss! Aidiladha dah dekat kan?
Kalau korban untapun ok jugak kan?
Orang kata daging unta lebih sedap!
Aku pernah makan daging lembu je…daging unta belum lagi…



Bilang Membilang Perkataan


Dah lama tak main bilang-bilang perkataan ni
dah lah memang aku tak reti main ilmu hisab ni
kalau tawarikh ka...kaji hayat ka...ilmu alam ka
masih juga boleh aku gagahkan juga...bila sampai je bab angka
bab bilang membilang, terus migrin

semalam, berjam-jam aku mengadap word cari butang
kat mana boleh hitung jumlah perkataan
dah lah komputer kat ofis tu HANG je memanjang
macam dari zaman batu je layaknya...lama-lama sakit kepala
perut pun lupa nak isi

nasib baik ada rakan-rakan di kite-kite aje membantu
macam buat magik je mereka bagi formula
sekali klik je selesai masalah



sebelum lupa lagi lain kali,
aku letak tang ni benda alah ni sebagai rujukan masa depan
ye lah...aku ni kan pelupa, selalu je TERmakan semut
tanya orang kerap kali sangat...kang kena baling dengan kulit durian
kalau depa baling tart nenas tersohor tu tak apalah pulak
redha je aku sambutnya hu hu hu

maka malam semalam, dengan sekali klik je
TERbilanglah berapa jumlahnya...banyak tak?


36 halaman ya kaawan-kawan...9476 patah perkataan...
mmmmm memanglah cantik angka tu, tapi tak payahlah sampai tikam nombor hu hhu

Terima kasih kepada semua yang kurangkan beban kepala otak berjambul ni
walaupun tadak jambul pun...tetiba dah ingat semula macam mana cara nak










Selasa, 25 September 2012

Kemalangan 10 Kenderaan, Dua Maut


Tengok tajuk pun dah rasa ngeri…

Di MELAKA, dua orang maut apabila terlibat dalam satu kemalangan
melibatkan 10 kenderaan di persimpangan lampu isyarat
Seri Negeri-Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) dalam kejadian
Yang berlaku jam 3.30 petang semalam.
mangsa maut adalah pemandu lori yang membawa muatan dedak ayam,
R. Chandran, 47, dan penunggang motosikal, R. Mukeudan@Mukundan, 62.

lori dipandu R. Chandran datang dari arah Bukit Katil terbabas dipercayai
hilang kawalan akibat brek gagal berfungsi dan masuk ke laluan bertentangan,
kemudian merempuh tiga buah kereta, dua lori dan empat motosikal
menyebabkan pemandu lori tersepit di tempat duduk
manakala Mukeudan terperosok di bawah lori.
kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.
Dua penunggang motosikal lain dan seorang pemandu kereta turut cedera
mayat pemandu lori (yang tersepit) mengambil masa lebih 3 jam untuk dikeluarkan

Video Kemalangan Ngeri libatkan 10 Kenderaan di Melaka;



Komen aku: banyak faktor menyebabkan kemalangan sama ada
Keadaan fizikal Jalan raya, cuaca, kerosakan jentera, kecuaian sendiri,
Kecuaian pemandu lain, sabotaj, dan sebagainya tapi
yang paling tak boleh nak maafkan sebab
perangai sesetengah pemandu yang “otak terkesok”
dia terlepas, orang lain yang tanggung akibat dek kerosakan saraf otaknya itu.



Jumaat, 21 September 2012

Shila Amzah Juara Asian Wave 2012


Wow!!!!! Tahniah kepada penyanyi cantik anggun ayu menawan
Nur Shahila Amir Amzah atau Shila Amzah, 22, yang berjaya
menjuarai pertandingan Asian Wave 2012 yang berlangsung di Shanghai, China
bermula jam 8.30 malam tadi.
Dalam pertandingan akhir itu, Shila Amzah berjaya memukau juri
dengan membawakan 3 lagu iaitu Gemilang (Jaclyn Victor), Grenade (Bruno Mars)
dan sebuah lagu Mandarin.

Video nyanyian Shila Amzah dalam semi final Asian Wave 2012

Sangat bangga dengan Shila Amzah;




Lagu Mandrin persembahan akhir Shila Amzah (Asian Wave 2012)




Video lagu Grenade (Shila Amzah) Juara Asian wave 2012




Video lagu Gemilang (Shila Amzah) Juara Asian wave 2012




Kalau dengar dua lagu yang dinyanyikan Shila sebelum ni
Dalam semi final… Forever Love dan Set Fire To The Rain tu pun
Dah berdiri bulu roma aku…kali ni lagilah
Tahniah kepada Shila AMzah yanga kagumkan semua juri
Banggakan rakyat Malaysia juga
dengan kejayaan itu, Shila berjaya menewaskan 5 finalis
daripada negara China, Korea Selatan, Singapura, Thailand dan India.