Rabu, 2 Oktober 2013

Perangai Tak Senonoh


Aku selalu anggap apa yang orang lain buat semua tak kena;

Bila orang diam, aku anggap dia setuju
Padahal dia dah malas nak layan keras kepala aku tu

Bila orang pot pet pot pet aku anggap dia banyak songeh
Padahal dia hanya ceritakan situasi dirinya
Agar aku lebih memahami dirinya

Bila orang bagi saranan aku anggap dia perasan pandai
Nak berlagak tunjuk hebat depan akulah tu,
Padahal dia sebenarnya sedang berusaha untuk membantu aku

Bila orang nasihat aku anggap orang tu perasan baik
Tunjuk alim berlagak penghuni syurga
Padahal dia dah cemuih tengok lagak aku ni
Macam tak sedar hidup akan mati kemudian hari
Kalau sebut begitu, aku tempelak pulak “kubur asing-asing”
Memang ya pun kubur masing-masing, hebat macam manapun
Bila mati bukannya aku boleh gali kubur sendiri
Bukan boleh golek masuk kubur sendiri atau timbus sendiri
Tapi perasan termalu punya pasal, cakap aje macam tu…kaverline konon!

Bila orang kritik, aku anggap dia sengaja cari pasal
Padahal dia sedang cuba beri pandangan dari sisi yang aku tak Nampak
Nanti bolehlah aku betulkan keadaan semula

Bila orang marah, aku anggap dia kurang ajar
Kot ya pun ada masalah takkan tak boleh sabar sikit?
Padahal, dah berkurunpun dia sabar dengan kerenah kita
Makin dia sabar, makin pelik pulak perangai kita tegakkan benang yang basah

Bila orang tak komen apa-apa aku anggap dia tak produktif,
Jenis tak boleh pakai punya orang tau harapkan orang lain saja,
Hanya reti terima seadanya sahaja apa yang berlaku
…spesies redha tanpa usaha, sedangkan aku sebenarnya tak tahu
Dia sedang menahan perasaan dengan kerenah perasan betul aku ku

Akhirnya, aku tetap juga anggap aku sahaja yang betul
Tak kira apa tindak balas orang, apa komen orang apa nasihat orang
Yang penting aku nak rasa terhormat dan hebat.

Apa nak buat!
Nampak gayanya setan memang dah berjaya jalankan tugas dia



12 ulasan:

  1. assalamualaikum,

    setiap manusia tak lari dari melakukan kesilapan

    bila sudah dapat hidayah dari Allah segeralah kita tinggalkan perangai lama dan berazam jadi yang lebih baik :)

    BalasPadam
  2. Kita manusia tak sempurna kadang2 benda2 macam tu memang ada kat diri kita.

    BalasPadam
  3. assalam anyss..saya sangat suka entri kamu ini! :D

    sebagai manusia..kita selalu kalah dengan hasutan syaitan. selalu ingat yang negatif dari fikir secara terbuka..

    BalasPadam
  4. tapi jangan biarkan dia berjaya selalu ya. sekali sekala kita pun kena menang juga.

    BalasPadam
  5. Orang yang diam ni selalunya kuat di dalam...

    BalasPadam
  6. Ati: wsalam. moga2 ramai "aku" yg jenis gitu dapat hidayahNya

    BalasPadam
  7. Junaina: sebagai manusia mmg kita tak sempurna...harapnya ada keinginan untuk tingkatkan kesempurnaan

    BalasPadam
  8. Junaina: sebagai manusia mmg kita tak sempurna...harapnya ada keinginan untuk tingkatkan kesempurnaan

    BalasPadam
  9. Junaina: sebagai manusia mmg kita tak sempurna...harapnya ada keinginan untuk tingkatkan kesempurnaan

    BalasPadam
  10. Murni: hakikatnya memang begitu...selalu je ambik yg negative dulu, melatah aje hu hu huhuhu kalaulah semua orang boleh amik positif, aman makmur dunia

    BalasPadam
  11. tata: dia yang itu memang bijak memanipulasi otak...ada aje kewajarannya untuk pesongkan fakta jadi auta hu huh uhu

    BalasPadam
  12. azieazah: daku nak kembali DIAM lah ;)

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk menyatakan pendapat yang bernas dan membina. Setiap komen, pendapat dan pandangan yang dikemukakan adalah pandangan persendirian anda, tidak ada kena mengena dengan Tuan Rumah blog ini. Mohon agar menjaga susila sebagai warga Timur berbudaya Melayu beragama Islam. Terima kasih dengan sokongan anda semua.