Selasa, 1 Oktober 2013

Kena Boikot Secara Beramai-Ramai


Balik dari acara makan-makan rumah auntie nanie (acara makan-makan berkenaan telah ditulis Kakcik Seroja, tengah tunggu Auntie Nanie pulak tulis entri), banyak sms dan miscal ada kat telefon. Sampai rumah, nak buat panggilan tak boleh. Nak reply sms tak dapat. Bila masuk panggilan, nak jawab pun tak boleh. Pendek kata, semualah tak boleh. Tak ada yang boleh!

Semua tak berfungsi. Facebook tak boleh buka. Pendek kata semua bendalah tak berfungsi. Keras kejung lagu tu je. Nak off pun bukan main siksa lagi. Penat dok tekan pun tak mahu shut down.

Dah dapat matikan, bila dah on semula masih juga wengggg! Hishhhh! Rasa nak baling je…dan, memang baling je pun lepas tu! Terbukti kan aku baran! Bukan mudah nak kawal baran ni, kena tahu juga apa nak buat bila jiwa kacau.

Akhirnya dapat guna dengan kecacatan mental 50%. Hanya beberapa program sahaja masih okey, yang lainnya kena buang dan install semula. Kiranya, habislah semua program games yang jadi kegemaran anak-anak buah aku tu, iQuran dan terjemahan juga kena download semula.

Akhirnya, hanya candy crush saga sahaja yang aku download semula…games yang lain dah tak ada. Malas dah nak download walaupun nanti kesian lah pulak bila anak buah mintak nak main nanti, tetiba semua game dah tak ada. Mmmmm kena download jugak kot satu dua, tak sampai hati nak tengok mata kecewa dia orang tu.

Bukan hanya telefon cap ayam ini je buat perangai, tab pun buat hal jugak. Baru hari tu perasan ada beberapa komponen tak berfungsi. Sebelum ni tak kerap guna sangat sebab lebih banyak guna telefon cap ayam dan laptop. Aduhaiiiiii! Macam mana nak buat?

Akhirnya, aku tarik bantal. Tarik selimut. Qada tidur yang belum berbayar huh u huh u
 
Mmmmmm sentiasa hepi ya auntie, moga auntie sentiasa sihat ya.
 
 

8 ulasan:

  1. awat lagu tu naaa???
    ade sebab tu...candy crash????ekekekeke

    BalasPadam
  2. telefon kau cap ayam? aku tak pernah jumpa pun telefon cap ayam. eh, ada gambar ayam ke kat tepon tu?

    BalasPadam
  3. Mintak baru la tu Anyss...hahahaaa...

    BalasPadam
  4. kena beli lain la tu,...hehe

    BalasPadam
  5. azian: biasa la tepon cap ayam...

    BalasPadam
  6. tata: tepon cap ayam ni khas untuk golongan marhaein je

    BalasPadam
  7. Junaina: bajet tak berapa nak ada...tengah nak panjangkan hayatnya hingga tahun depan hu huhuhuhu baru je beli awal tahun, x sampai 1 tahun pun lagi huh u huhu

    BalasPadam
  8. Diana: errrr...kena tunggu bonus gamaknya hu hu huhu

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk menyatakan pendapat yang bernas dan membina. Setiap komen, pendapat dan pandangan yang dikemukakan adalah pandangan persendirian anda, tidak ada kena mengena dengan Tuan Rumah blog ini. Mohon agar menjaga susila sebagai warga Timur berbudaya Melayu beragama Islam. Terima kasih dengan sokongan anda semua.