Khamis, 28 Februari 2013

Ini Bukan Blog Seks Luar Tabii


Ohhhhh sangat tak comey letak tajuknya di atas, apa lagi pada hari Khamis sebegini kan? Esok dah Jumaat, patutnya hari ini tajuk-tajuk kekeluargaan seperti merapatkan hubungan keluarga, meningkatkan rasa cinta suami isteri atau tips keluarga bahagia, cara mudah dan cepatkan jodoh walaupun secara realnya, aku bukanlah pakar kekeluargaan atau orang yang berpengalaman dalam hal-hal keluarga bahagia. Apalagi kaunselor cinta. Aku sendiripun masih belum jumpa si jejaka hensem idaman gadis Malaya. Entah mana dia yang ensem itu menyembunyikan diri, aku pun tak tahu.

Wahhhhhh! Intro yang panjang mengalahkan pengenalan tulis tesis. Sila abaikan hu hu hu.

Semalam semak kata kunci yang digunakan buat menjengah blog ini. Nak tengok tak?



Memang agak ramai yang datang ke blog ni untuk cari doa mudahkan jodoh dan cerita hantu di asrama. Kadang kala ada juga yang nak cari cerita panas, tetapi yang mereka jumpa hanyalah cerita panas di MAHA sahaja. Cerita panas dan gossip artis adalah juga tempiasnya. Dah tentulah mereka akan kechiwa jiwa raga sebab cerita dan aksi panas yang diingini itu tidak ada dalam blog ni.

Namun, bila mereka cari sesuatu yang diluar jangkaan seperti yang terdapat dalam senarai kata kunci yang jadi tarikan trafik ke blog ini (maaf, rasa tak patut sangat-sangat untuk aku taip semula kata kunci berkenaan), aku jadi keliru bebenor. Sejak bila pulak blog ni jadi blog seks luar tabii?

Entri mana yang mereka jumpa tu? Jom jengah sini; susah jaga anak perempuan.

Semoga dia insaf! Semoga dia diberi hidayah.

Adoiiiiihaii, dah lah baru dua hari kemaskini semula blog, semangat merudum semula bila jumpa hal-hal sebegini.


8 ulasan:

  1. boleh bukak lagi satu blog, tajuk... "pakar cari jodoh"



    hehehe...

    BalasPadam
  2. Kaum LGBT tertarik dgn blog ni kot...hahaha

    BalasPadam
  3. kadang2 mmg tempias ke blog kita dgn keyeords yg bukan2 ni

    BalasPadam
  4. NM03: hu hu hu hu itu namanya perli diri sendiri, jodoh sdiripun blm jumpa, mana leh klaim pakar cari jodoh. tadak org nak percaya hu hu hu -----> tetiba terkenangkan satu filem pasal perunding jodoh yg blm jumpa jodoh sdiri ni....

    BalasPadam
  5. ain noraini: sesekali seronok jugak nengok kata kunci yg dtg ke blog kita ni...

    BalasPadam
  6. munna: tetiba entri yg dia cari tu pula terbalik daripada apa yg dia cari. Kira macam perli pulak tu kan?

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk menyatakan pendapat yang bernas dan membina. Setiap komen, pendapat dan pandangan yang dikemukakan adalah pandangan persendirian anda, tidak ada kena mengena dengan Tuan Rumah blog ini. Mohon agar menjaga susila sebagai warga Timur berbudaya Melayu beragama Islam. Terima kasih dengan sokongan anda semua.