Selasa, 2 Oktober 2012

Culik Diri Sendiri?


Cintakah yang buta, atau memang manusia kerap alpa
bila dikuasai nafsu saat bercinta?

Aku tak mampu untuk menjawabnya,
aku juga bukanlah orang terbaik untuk bahaskan tentang cinta
namun, bila sanggup menculik diri sendiri
semata-mata nak minta duit tebusan dari ibu
untuk joli? Cinta sebegitukah perlu dipertahankan?

Seorang wanita cuba memperdaya ibunya meminta tebusan RM10,000
ditahan bersama teman lelaki di bilik hotel Taman Tema Genting Highlands
wanita berumur 20 tahun yang bekerja sebagai jurujual sambilan
ditahan bersama teman lelakinya, seorang penganggur berumur 18 tahun,
jam 11.30 malam dan ditahan reman sehingga Sabtu ini.

Ibu mangsa mendapat panggilan daripada seorang lelaki yang mendakwa
menculik anak perempuannya dan meminta wang tebusan RM10,000
yang perlu dimasukkan ke dalam akaun anak perempuannya itu.
Kedua-dua suspek dipercayai merancang untuk mendapatkan wang
dari keluarga dan menjadikan mangsa sebagai tebusan,
wang tebusan belum lagi diserahkan kepada penculik
ketika mereka ditahan.

Komen aku: Kesian mak dia…dahlah penat beranakkan dia,
penat sekolahkan dia, penat bela sampai besar…
sebenarnya panjang lagi nak komen, tapi…biarlah bungkam di minda
biarlah berlegar hanya dalam kepala
bukan semua perkara sesuai dipamerkan rasa ;)



3 ulasan:

  1. First, warna blog biru ni sangat sweet!

    Kesal bila baca, anak sanggup buat aniaya pada ibubapa sendiri.
    Ini yang dikata orang, bukan salah ibu mengandung. Mungkin dah buta mata hati, dek pujukan seorang lelaki.

    Kesian si ibu.

    BalasPadam
  2. aduhaii dunia
    mcm2 sampai naik pening
    nak buat x tahu pun x bleh

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk menyatakan pendapat yang bernas dan membina. Setiap komen, pendapat dan pandangan yang dikemukakan adalah pandangan persendirian anda, tidak ada kena mengena dengan Tuan Rumah blog ini. Mohon agar menjaga susila sebagai warga Timur berbudaya Melayu beragama Islam. Terima kasih dengan sokongan anda semua.