Isnin, 1 Oktober 2012

Aku Dah Mula Senyum Panjang Hari Ni...

Terima kasih sangat-sangatlah dengan bajet 2013
Sangat mesra rakyat hingga semua orang tersenyum lebar
Walaupun ramai orang kata Bajet 2013 adalah belanjawan pilihanraya
Dah tentu para pemimpin besar tanahair kita menafikan
Dengan tegas dok kata Bajet ini adalah tanda prihatin mereka;
Yang dah biasa hidup mewah terbang guna Jet Pribadi
Soping di gedung-gedung mewah tengah kota metropolitan dunia.
Takat cekodok jagung dalam tin macam Cik Bintang mampu buat tu
Tak ada dalam senarai mereka
Jadinya, bajet sebegitu adalah bajet untuk rakyat
Rakyat marhaen macam aku ni…

Jadi berbondong-bondonglah rakyat marhaen macam aku ni
Ucapkan juta-juta billion million terima kasih
Dengan bajet yang sangat mesra rakyat itu
Bagaikan sebelum ni aku tak pernah bayar cukai
Ye lah…banyak sangat yang rakyat marhaen macam aku ni dapat
Dalam bajet tahun depan tu termasuklah bonus tahunan
Yang dah bagi tu pun kira samalah walaupun baginya pada tahun 2012
Nak bagi rakyat marhaen macam aku ni sedar diri dan buka mata
Betapa prihatinnya pemimpin mereka selama ni

Tambah prihatin lagi bila ada BR1M yang ayah tua aku
Nun di kampong negeri paling miskin sana dengan tergigil-gigil bertongkat
Beratur nak dapatkan RM500 tu…lalu tersengih-sengihlah ayah tua aku tu
Kena temuramah di TV dengan gembira sebab muka masuk TV
Manakala adik bujang aku yang belum kahwin tu pun
Berlumbalah tekan minyak kapcai buruk dia isi borang
Untuk dapatkan RM250 walaupun duit banyak tu dia tak mampupun
Nak beli telefon 3G untuk dapatkan rebet RM200 tu
Aku yang tak mampu pakai telefon 3G, memang tak akan dapat rebat tu
Lalu makin papa kedanalah aku ketinggalan teknologi 3G
Yang jadi kebanggaan dunia itu

Pagi tadi, senyum aku jadi makin lebar
Pertama kali sarapan aku seorang harganya hamper RM10
Terima kasihlah…dah cakap pun supaya kurangkan gula
manis memang kurang tapi harga tak kurang!


13 ulasan:

  1. Apa nak buat, taik kambing pun dah tak berapa nak bulat... ;-)

    BalasPadam
  2. Semua sudah dibentang, suka-tak-suka kenalah senyum tak kira meleret ataupun senget - siapa yg kisahkan.

    Tahun depan bentang lagi..

    BalasPadam
  3. tambah botak kepala ini..
    senyummmmm

    BalasPadam
  4. Kakcik: hu hu hu terkang2 zaman kecik2 dulu...selalu nampak taik kambing, skrg ni...nak jumpa kambing pun susah ;)

    BalasPadam
  5. Kak Zakie: Lamanya nak kena tunggu bentang lagi tahun depan ;)

    BalasPadam
  6. Ayu: Nasib baik pakai tudung ;)

    BalasPadam
  7. skrip sama setiap akan akan sentiasa berulang.....

    BalasPadam
  8. hihihihi...
    pandai anysss buat "ulasan bajet" ...

    saya dapat lah tang bajet untuk anak sekolah rm100 tu ... ngan voucher buku..heee

    BalasPadam
  9. alhamdulillah, biar tak banyak janji ada...kan...

    BalasPadam
  10. Seronok dapat duit bajet. Kalau boleh setiap tahun dapat.

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk menyatakan pendapat yang bernas dan membina. Setiap komen, pendapat dan pandangan yang dikemukakan adalah pandangan persendirian anda, tidak ada kena mengena dengan Tuan Rumah blog ini. Mohon agar menjaga susila sebagai warga Timur berbudaya Melayu beragama Islam. Terima kasih dengan sokongan anda semua.