Jumaat, 19 Oktober 2012

Bukan Semua Orang Bersedia Untuk Belajar


Bersediakah kita untuk belajar? 
Mampukah kita menerima kritikan dan belajar daripada kritikan tersebut?

Selalunya kita akan kata “sila tegur saya kalau ada yang tak kena,” namun bila ada seseorang menegur perbuatan kita yang Nampak tidak begitu kena, bagaimana pula penerimaan kita? Sentapkah ataukah masih lagi berusaha mempertahankan pendirian sendiri?

Kalau kita ini sahabat yang baik, bersediakah menyatakan kebenaran, padahal kita tahu apa yang akan kita katakan itu mencalar hatinya?

Bersediakah kita belajar? Bersediakah kita menerima kritikan? Bersediakah melihat teguran itu secara positif dalam setiap situasi?

Memberi teguran dan menerima teguran memerlukan aura yang positif. Kalau sebelah pihak sahaja positif, akhirnya negatif juga yang akan menjelma. Namun, andai aura negatif si penegur diterima dengan positif oleh si penerima, bukankah akhirnya jadi positif juga?


4 ulasan:

  1. ...dan tidak semua orang juga bersedia untuk mengajar. :)

    BalasPadam
  2. terima kasih Cegu, saya ngaku salah harap maaf, nanti, saya belanja air bila cegu free

    BalasPadam
  3. Kakcik: setuju dgn kakcik. Bukan semua orang suka mengajar n berkongsi ilmu. Pernah jumpa sorang tu, dia hanya tahu kritik je...bila kita tanya semula cara penyelesaian, mulalah berdalih.

    Sebab tu jasa guru2 yg suka kerjanya sangat mulia.

    BalasPadam
  4. ZZ: Salah apakah itu?
    Air je? etok takdok ko?

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk menyatakan pendapat yang bernas dan membina. Setiap komen, pendapat dan pandangan yang dikemukakan adalah pandangan persendirian anda, tidak ada kena mengena dengan Tuan Rumah blog ini. Mohon agar menjaga susila sebagai warga Timur berbudaya Melayu beragama Islam. Terima kasih dengan sokongan anda semua.