Khamis, 18 Oktober 2012

Banglo Sedang Ubahsuai Runtuh di Shah Alam


Banglo mewah sedang diubahsuai di Shah Alam runtuh?

Petang tadi, dipercayai tujuh orang pekerja binaan warga Indonesia terperangkap selepas sebahagian banglo mewah dua tingkat milik seorang ahli perniagaan yang sedang dalam proses pengubahsuaian di Jalan Jed 7/5, Seksyen 7 Shah Alam telah runtuh. Kejadian itu berlaku jam 4.30 petang.

Dua daripada pekerja terbabit berjaya menyelamatkan diri manakala dua lagi dikeluarkan oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat dan kini telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang. Dipercayai masih terdapat tiga lagi mangsa yang terperangkap di dalam runtuhan tersebut dan salah seorang daripadanya telah meninggal dunia.

Kejadian runtuhan itu disedari Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof yang juga jiran kepada ahli perniagaan tersebut, yang kemudiannya menghubungi pihak berkuasa.

Untuk maklumat lanjut, jom sama-sama kita tengok Berita Utama malam ni...mungkin ada perkembangan terkini. 




kemaskini:

bumbung sebahagian banglo runtuh

seorang yang terselamat kerana tidak berada di tempat kejadian.



Mayat pertama pekerja warga Indonesia itu dikeluarkan pada jam 6.37 petang tadi.
Sementara itu, tiga daripada tujuh mangsa yang terperangkap dalam kejadian jam 4.30 petang tadi berjaya diselamatkan.

Berikut video dari tempat @ lokasi banglo yang runtuh;







9 ulasan:

  1. wahh....siap ada kemaskini. kemah keming rapak jjikkkk

    BalasPadam
  2. lapuran kurang lengkap....tak letak gambar esok harus ke tapak hehe

    BalasPadam
  3. Eelobor: hu huhu dulu bercita2 nak jadi orang TB...muka tak berapo comey, tak leh jadi hu huh u u

    BalasPadam
  4. GB: nasib baik...kalau tak muka GB kat muka depan paper esok hu hu huhu

    BalasPadam
  5. Lelaki ini: Esok baca paper...siap dgn gambar KOT

    BalasPadam
  6. Abah Zino: hu hu hu hu tadak lelaki kacak hensem...x comey letak gambar la la la

    BalasPadam
  7. owh ad tadi kuar berita..
    dahsyat gak.. cmne la boleh runtuh..

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk menyatakan pendapat yang bernas dan membina. Setiap komen, pendapat dan pandangan yang dikemukakan adalah pandangan persendirian anda, tidak ada kena mengena dengan Tuan Rumah blog ini. Mohon agar menjaga susila sebagai warga Timur berbudaya Melayu beragama Islam. Terima kasih dengan sokongan anda semua.