Jumaat, 10 Februari 2012

Aku Dah Tonton Hafalan Shalat Delisa

Entri hari Jumaat, moga dapat manfaat…

Akhir tahun lepas, aku ada tulis entri tentang
tragedi tsunami di Aceh telah difilemkan dalam Hafalan Shalat Delisa

Sinopsis Filem Hafalan Shalat Delisa:

Lokasi atau latar dalam filem atau novel ini di Pantai Lok Nga,
Salah sebuah pantai yang indah di Aceh.
dengar cerita, untuk filem ni mereka tak buat penggambaran di Aceh
DELISA watak utama filem ini, berumur 5 tahun
Tinggal bersama 3 kakak dan umminya, manakala Abinya
Berkerja di atas kapal yang hanya sesekali menghubungi melalui telefon.
Delisa dijanjikan kalung berloketkan huruf D [bermakna Delisa]
sekiranya berjaya menghabiskan hafalan bacaan di dalam solat.
Delisa bersungguh-sungguh menghafal bacaan dalam solatnya
Dia berpegang kepada nasihat ustaznya yang mahukan dia kusyuk,
tidak hiraukan keadaan sekeliling waktu itu apabila ujian amali solat dijalankan
Namun, semasa dia kusyuk menyelesaikan bacaan solat berkenaan,
berlaku gempa dan tsunami hingga meragut nyawa ahli keluarganya;
Kak Fatimah, Kak Zahrah, Kak Aisyah dan juga Umminya.

Hebatnya filem ini kerana kuatnya watak Delisa
Berdepan dengan kehidupannya walaupun tsunami mengambil semua kakak
dan umminya, malah menyebabkan kakinya terpaksa dipotong
dia kudung kaki kanan
dialognya "kaki Delisa dibawa air"
buatkan hati jadi sangat sebak
padahal kakinya terpaksa dipotong untuk selamatkan nyawanya

Astro dah tayang filem hebat ni, sesiapa yang langgan astro boleh tengoklah ya
Aku hanya tengok di youtube sahaja
Terima kasih banyak-banyak kepada insane baik hati
Yang muatnaikkan filem ini untuk ditonton lebih ramai
dan dimanfaatkan bersama,
Anda boleh tengok filem hebat ini kat bawah;


Filem Hafalan Shalat Delisa

   

Sayu je dengar lagu yang dialunkan dalam filem ni
Syahdu dan sendu…
OST Hafalan Shalat Delisa  

Setiap kali menonton sesebuah filem yang hebat,
Aku suka tengok bagaimana filem tersebut dihasilkan
 Boleh tengok The Making Of Hafalan Shalat Delisa di bawah ni:

 

Aceh sangat akrab di hatiku
Banyak entri tentang Aceh aku paparkan dalam blog ni
Semuanya kenangan, semuanya pengalaman baru
Antaranya ada dalam entri pasal AngelinaJolie bertudung
Andai kalian nak tengok gambar-gambar Pantai Lhok Nga
Boleh geledah entri menoleh ke belakang

Selamat menikmati sejuta rasa dalam filem ringkas ini,
namun...sangat mengesankan.

8 ulasan:

  1. Filem adaptasi novel yang terbaik bagi saya, lebih best walaupun dibandingkan Di Bawah Lindungan Kaabah apalagi Ombak Rindu (OMG).

    Mungkin sederhana dari semua segi tapi semuanya macam kena, menyentuh dan indah dalam kesederhanaannya.

    Suara Rafly tu dasat laaa... lagu tu memang best.. rasanya kalau tengok kat pawagam mau aku nangis kuat-kuat ha ha ha.

    BalasPadam
  2. staro mano sedak kak? nga siakap 3 raso?

    BalasPadam
  3. Pertama kali kakcik menonton filem ini di saluran Astro First (di rumah adik), kemudian kakcik tonton youtube di tv dengan menggunakan 'line' Unifi.

    Kali pertama memang kakcik menangis, tapi kali kedua hanya sendu.

    BalasPadam
  4. Hajat di hati hendak juga tengok, tapi asyik tak lekat di rumah, tunggu masa sesuai, harus langgan.

    BalasPadam
  5. Cik Bintang: Opssss! cukup tisu tak?

    BalasPadam
  6. Eelobor: Sedak duye lagi rasanya

    BalasPadam
  7. Kakcik: sesekali cuci mata...ok je kot ;)

    BalasPadam
  8. Azieazah: Baik usha usha cari di youtube...tetiba je beberapa link yang upload dah delate semula. Sebelum semua kena delate, terjah tengok cepat2 ----> alaaaa tunggu je la depan Astro ;)

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk menyatakan pendapat yang bernas dan membina. Setiap komen, pendapat dan pandangan yang dikemukakan adalah pandangan persendirian anda, tidak ada kena mengena dengan Tuan Rumah blog ini. Mohon agar menjaga susila sebagai warga Timur berbudaya Melayu beragama Islam. Terima kasih dengan sokongan anda semua.