Sabtu, 4 Disember 2010

Aanas Tag Award

Dah lama tak kena tag. Aku paling tak reti nak jawab tag. Seringnya tag daripada teman-teman akan terbiar (Ohhhh ampunkan daku!) Walaupun ada juga yang aku jawab dengan segala susah payah. Bila siap, rasa semput dada pun ada.
Kali ni Aanas dah tag aku di blognya. Tag dan award serentak. Aku tampal kat mana tah award ni…boleh gantung kat tiang seri rumah tah? Hu hu hu hu Namun ada syarat-syaratnya kalau nak ambil award ni...



Syarat-syarat:

1. Jangan kerek.Ucapkan Alhamdulillah dulu, pastu thanks giver award ni

Alhamdulillah sebab sihat badan, lapang fikiran, tenang hati, damai jiwa, :) ... (ok sebenarnya yang tu aku salin dan tampal terus dari blog Aanas. Boleh kan?)

Terima kasih Aanas, bagi award ni...tetiba je rasa terharu. Rasa macam, daku sudah dihatimu (la la la)


2. Jangan kedekut, kongsi nikmat bersama rakan-rakan lain ;)

Nak kongsi award ni dengan: SEMUA PEMBACA Saat kau Sentuh Hatiku (baru tak kedekut kan?)


3. TUJUH perkara tentang diri saya: (Tujuh je? Awatnya sikit sangat?)
  1. Suka jalan-jalan, makan angin dan melancong serata ceruk alam. Lagi suka kalau FREE je dapat menyelam dasar laut, mendaki gunung ganang, menjejalah segala tanah rata; menikmati dan menyaksikan keindahan alam ciptaan Allah.
  2. Suka ambil gambar walaupun bukannya reti pun ambil gambar. Asal jadi gambar dahlah...walaupun sangat kagumi sesiapa yang pandai ambil gambar.
  3. Suka membaca, walaupun tak ada apa yang nak dibaca, tetap boleh baca dan telaah kulit gula-gula. Sangat suka beli buku, baca buku dan simpan koleksi buku. Kalau tak ada duit sesenpun, baik tak payah melintas depan kedai buku. Sanggup tak makan sebab beli buku.
  4. Sangat tak suka dengan perempuan yang nampak je comel, wangi dan bergaya tetapi hakikat sebenarnya pengotor, penyepah dan boleh hidup dalam semak samun macam sarang tikus. Anti sangat-sangat.
  5. Akan hormat orang yang tahu hormat orang lain. Kalau tak reti nak hormat orang, walaupun dah tua bangka, jangan terlalu aku akan hormat dia hu hu hu
  6. Sangat tinggi yakin diri. Walaupun sesekali menjunam sampai ke dasar laut, biasanya sekejab sahaja. Meroyan sehari dua, kemudiaannya akan teruskan semula apa yang perlu dilakukan dengan penuh keyakinan.
  7. Sekali kubilang sayang, akan selamanya sayang. Bila dah benci, hingga hujung nyawa benci itu merentap tangkai hati. Jadinya, usah tukarkan kasih sayang itu dengan benci...kelak, kalian jugak akan rugi ;)
Ohhhhh akhirnya selesai juga jawab tag ini. Ohhh Aanas…harapnya anda puas hati.

11 ulasan:

  1. Lana: Apa yang tak besa tu kanda?

    BalasPadam
  2. tuh lah, mitak2 lah jangan sape2 tag atau bagi aWard sbb malas nak jawab. hihihi

    BalasPadam
  3. TQ lawat blog akak...Nt akak masuk kontes awk plak...Tp citer lawak ni akak kureng skit...hehehe..

    Tk promis leh masuk la tp akan diusahakan :)

    BalasPadam
  4. Phiewww...!
    nada macam orang yang agak keras hatinya ya....:)

    Bang LB tu besa menyelam di dasar laut kot... hehehehe

    BalasPadam
  5. Eelobor: Eh...bukan semua kena buat ke tag ni dan ambik award? hu hu hu

    AdiaLuze: Selamat datang. Ziarah menziarahi eratkan silaturrahim ;). Apa salahnya cuba...saje je buat kontes meriahkan dunia blogging

    BalasPadam
  6. Azieazah: Hu hu hu memang keras, namun tak terlihat dek mata kasar kerana mata mudah tertipu dengan lembut luaran dan manis senyuman...

    Nyelam dasar laut memang best...rasa macam nak tompang belakang penyu je ;)

    BalasPadam
  7. eh no 6 tu mcm saya laa..hehehe...and no 4 tu saya agree... muke jek harap cantek, comel..tapi pengotor..erghhh tak suke tul pompuan camtu...hehe

    BalasPadam
  8. Maya Amir: Selamat datang. Sama ek? boleh jadi kamcing tu ;)

    BalasPadam
  9. Sharinginfoz: Terima kasih. Selalu je terbabas tag gini...itu yang terus buat je kali ni, kot2 lupa lagi ;)

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk menyatakan pendapat yang bernas dan membina. Setiap komen, pendapat dan pandangan yang dikemukakan adalah pandangan persendirian anda, tidak ada kena mengena dengan Tuan Rumah blog ini. Mohon agar menjaga susila sebagai warga Timur berbudaya Melayu beragama Islam. Terima kasih dengan sokongan anda semua.