Selasa, 30 November 2010

Mmmm Nak Jadi Beruang Kutub Hari Ni

Semalam tidur awal, jam 11 malam dah lompat naik katil. Biasanya paling awal jam 2 pagi aku tidur. Itu waktu biasa untuk aku beradu entah berapa lama semenjak dua menjak ni. Namun hingga jam 12 aku masih lagi guling balik tak lelap mata. Tak tahu jam berapa terlena selepas itu.

Bila jaga pagi tadi, badan masih lagi lesu. Tanda-tanda tidur yang tak berkualiti. Sambung tidur semula hingga jam 9.30 pagi, masih juga lemah rasa badan. Kenapalah pulak nak malas-malas ni? Adakah aku juga seperti dia dan Dina?

Esok dan lusa ada acara rasmi di Hotel Equatorial (malas nak check balik ejaan hu huhu). Kalau aku tak pergi, akan jejaskan kerja orang lain juga.

Hari ini, izinkan aku seperti ini sepanjang hari;



Dan segar bugar semula selepas itu.



Pssst: Dah lama tak dengar Amir jerit meragam nak susu dan nak tidur.

6 ulasan:

  1. rehat...

    wow...kita nak mcm baby tu gak...tidur dengan aman

    BalasPadam
  2. hehehe, kekadang mood juga memainkan peranan.

    BalasPadam
  3. tidur memang hobi budak2 dan juga org dewasa kan

    BalasPadam
  4. heheheh cumeinya amir tuu ..
    geram pulak :)

    BalasPadam
  5. Citarasa Rinduan: Sehari suntuk dah tidur dan berbungkus selimut...

    Eelobor: kena kuatkan semangat ni...dah seminggu demam malam2 je, tetiba ari ni siang pun demam

    BalasPadam
  6. Sharinginfoz: memang suka tdo tapi urusan dunia sentiasa bertambah, kena kurangkan tidur juga mmmmm bestnya Zzzzzzzz

    Ieda: Windu Amir hu huhu ....depa balik kampung musim cuti sekolah (macamlah dia dah sekolah hu hu hu)Pipi dia memang best untuk digomol2

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk menyatakan pendapat yang bernas dan membina. Setiap komen, pendapat dan pandangan yang dikemukakan adalah pandangan persendirian anda, tidak ada kena mengena dengan Tuan Rumah blog ini. Mohon agar menjaga susila sebagai warga Timur berbudaya Melayu beragama Islam. Terima kasih dengan sokongan anda semua.