Khamis, 6 Mei 2010

Mentari Pun Sembunyi Sebalik Menara

Biar di mana, senja masih juga punya erti yang tersendiri. Masih juga indah di mata, menyerap naluri lalu sembunyi perlahan di sanubari. Di sebalik menara berkubah ini, ada erti yang lain bila senja menebarkan sayap emasnya.





Mula-mula...kita minum dulu!



Bila senja mampirkan diri







Setenang air di tasik, kilau mentari tetap tinggalkan riak disapu bayu petang.


Sesekali, biarkan daku sendirian menunggu tiang, memandang menara berkubah. Sesekali begini, biarkan aku punya sedikit kesempatan untuk berfikir.


Bila malam menjelma...



Singgah seketika di Masjid Kaca, masih lagi di Putrajaya.



Sempat posing maut tepi tasik pada waktu malam yang gelita...aduhai!


Jom! Jalan-jalan nikmati senja di Putrajaya ;)

6 ulasan:

  1. gambar2 yang cantik! pandai le kau tangkap gambar... hehehehe

    BalasPadam
  2. MokYang baru sekali jer dapat peluang tengok malam2 indah di Putrajaya... rasa nak pi lagi, memang indah.

    BalasPadam
  3. Dina: Hu hu hu jangan puji tinggi sangat, kalau pro tengok mesti depa tu terkedu sebab...tak ada apa pun gambar ni bagi depa ;)

    BalasPadam
  4. Azieazah: Jommmmmm! Reramai sesakkan Putrajaya. kalau hari minggu @ cuti memang ramai orang, kalau malam-malam biasa, tak lah ramai sangat. Ada yang bawa anak-anak main kat kawasan lapang tu je...siap bawak basikal lagi ;)

    BalasPadam
  5. lain kali nak pergi ajak sekali..tolong makan angin sekali

    BalasPadam
  6. ZZ: memalam dating dengan ZZ depan masjid...ohhhhh!

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk menyatakan pendapat yang bernas dan membina. Setiap komen, pendapat dan pandangan yang dikemukakan adalah pandangan persendirian anda, tidak ada kena mengena dengan Tuan Rumah blog ini. Mohon agar menjaga susila sebagai warga Timur berbudaya Melayu beragama Islam. Terima kasih dengan sokongan anda semua.