Khamis, 6 Mei 2010

Mengintai Indah Sebalik Awan

Hari ni sangat capek. Sejak pagi memang tak sempat untuk bernafaspun. Pusat kami akan melangsungkan satu projek yang melibatkan anak yatim dari beberapa buah rumah anak-anak yatim di Selangor. Langsungnya esok. Petang. Hari ini merupakan hari terakhir. Semua perkara perlu disiapkan hari ini agar esok tak jadi haru biru.

Macam biasa, mereka akan mintak tolong aku untuk ikat reben dan sediakan cenderamata segala. Aku bukannya reti sangat, tanganpun bukannya ada seni. Namun, sekadar meringankan kerja mereka...apa salahnya menyumbang tenaga. Tengahari sama-sama angkut hamper. Cuaca sangat panas. Bukan sahaja tekak minta minuman sejuk, namun kepala juga minta dibekukan dalam peti ais.

Balik dalam mamai, hati teruja untuk mengejar mentari. Apa daya...kamera ini tidak mampu untuk zoooooooooom dengan lebih dekat.






3 ulasan:

  1. dah lupa rumput di bumi..hijau atas sana..

    BalasPadam
  2. ZZ: Musim rumput ujan ujung tahun....skrg ni tengah musim nak kemarau, rumput x cantik utk di skodeng ;) saboooo ya

    BalasPadam
  3. ZZ: Musim rumput ujan ujung tahun....skrg ni tengah musim nak kemarau, rumput x cantik utk di skodeng ;) saboooo ya

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk menyatakan pendapat yang bernas dan membina. Setiap komen, pendapat dan pandangan yang dikemukakan adalah pandangan persendirian anda, tidak ada kena mengena dengan Tuan Rumah blog ini. Mohon agar menjaga susila sebagai warga Timur berbudaya Melayu beragama Islam. Terima kasih dengan sokongan anda semua.