Selasa, 17 Oktober 2017

Elaun Bandaraya Penjawat Awam dalam Bajet 2018




Pembentangan Bajet 2018 dah makin dekat. Hujung bulan ni je. Kalau ikut rancangannya, Pembentangan Bajet 2018 oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh  :  27 Oktober 2017 (Jumaat)
Masa  :  4.00 petang hingga selesai
Tempat  :  Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia

Ikut khabar angin, katanya ada berita gembira dan penambahbaikan untuk penjawat awam akan diumumkan dalam Bajet 2018 nanti. 

Macam biasa, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan utarakan beberapa desakan penambahbaikan kepada penjawat awam, yang selalu dapat bonus persekolahan awal tahunlah. CUEPACS mewakili 1.2 juta penjawat awam.

Tahun ni,  CUEPACS melalui Presidennya, Datuk Azih Muda, menuntut supaya dipertimbangkan 10 perkara melalui Bajet 2018, seperti kaji semula semakan gaji penjawat awam (semakan terakhir 12 tahun lalu), Elaun Bandaraya bagi penjawat awam yang tinggal di Bandar raya, pembinaan rumah kediaman berharga antara RM80,000 sehingga RM150,000 dan dah tentulah juga Bonus 1 bulan setengah gaji penjawat awam dalam bajet 2018. 

Kita tunggu je lah hujung bulan nanti ya...nak tahu jugak apa ke bendanya Elaun Bandar raya tu...kat Bangi tak dapat kot sebab Bangi baru BANDAR. Lain kali kita tukar jadi BANDARAYA  Bangi!

7 ulasan:

  1. rasanya dpt yg 500 tu je kot, tak penah dpt pun sebulan gaji tuh... setengah bln pun payah nk bagi

    BalasPadam
  2. yeayyyy..... sedak la demo buleh sebule stengoh gak

    BalasPadam
  3. do follow blog ni,.. x kisah la apa2 elaun yang penting mengidam ni elaun tambahan n bonus sebulan setengah tuut... oopppsss bermimpi rupanya...

    BalasPadam
  4. pasti akak menanti di depan kaca tv.. mengharap pd yg sudi memberi...

    BalasPadam
  5. Norhidana: hu hu huhu semua orang dok khabo lagu tu
    Mohhh kita lihat siapa yang kenaaaaa

    BalasPadam
  6. Eelobor: ambo bulih ler tar depan umoh ayoh di kg nun kalu bulih 2 bulan setengah gakkkk, berdesuppppp kelik bulih landing huhuhuhu tak payoh ayoh Wa musa nak ngepeng sangat...ko guano?

    BalasPadam
  7. Cikgu Iza: Selamat datang. Ambo pong ngidam jugakkkkk

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk menyatakan pendapat yang bernas dan membina. Setiap komen, pendapat dan pandangan yang dikemukakan adalah pandangan persendirian anda, tidak ada kena mengena dengan Tuan Rumah blog ini. Mohon agar menjaga susila sebagai warga Timur berbudaya Melayu beragama Islam. Terima kasih dengan sokongan anda semua.