Khamis, 19 Mei 2016

Panjangnya Nombor Telefon Dia, Negara Mana Ni?



Nak kata pagi, tak adalah pagi benornya. Dah nak masuk tengahari. Semalam hari bermalas-malas setelah awal minggu aku log in di pejabat jam 7.15 pagi. Gila kentang awal. Fuhhhhhh! Payah ler kalau selalu dok kagum dengan diri sendiri huhuhuhu

Jadinya, hari Rabu semalam aku bermalas-malas Tarik selimut tulis bab bagai atas katil, jam 11.30 baru terkedek-kedek pergi pejabat, dan rancang untuk balik jam 2.30 petang.  Kalaulah setiap hari macam ni kan besttttt!!!

Tengah berangan tunggu lampu isyarat hijau, tetiba ada panggilan masuk di nombor Digi. Nombor ni hanya student yang guna, walaupun nampak di skrin betapa panjangnya nombor dia, aku tetap jawab telefon selepas panggilan pertama tak sempat jawab. Maklumlah, dalam beg perempuan tu kan macam-macam ada, mesin basuh pun simpan situ huhuhuhu.

Bila dah jawab, dah bagi salam...dah cakap hello hello banyak kali, dia masih jugak senyap sunyi tak kata apa. Bila tanya dia nak cakap dengan siapa, dia hanya dok hello hello je manjang. Sebelum suara aku jadi tinggi, aku putuskan aje panggilan. Mana tau line tak elok. Dia tak dengar kan. Sampai sudah tak ada lagi panggilan dari nombor tu.

Di pejabat, aku semak nombor ni tanya encik Google, beginilah hasilnya;
nampak tak? kod +880 tu dari Bangladesh


Aku rasa dia terkasima kot bila dengar lagu industan riuh rendah dalam kereta aku huhuhuhu
Pelik jugak kan bazirkan duit telefon rentas sempadan semata-mata nak dengar suara aku la la la payah benarnya bila ada penyakit nan satu ni. 

Mungkin, aura Bangla tu tinggi kat aku kot. Ya lah, bukan selalu orang Malaysia nak pergi Dhaka, nak jejak kaki di Bangladesh huhuhuhu macam nak rasa lagi lah jadiperempuan cantik kat sana. 


10 ulasan:

  1. Hai Adek Manessss...

    Abang sukaaa jugaaa sama adek manessss...

    hahaha

    BalasPadam
  2. Owhhh baru tau ade website yang boleh cek no luar call kita..Selalu saya letak no telefon kat google search jerk la..kadang-kadang dapat jawapan, kadang-kadang idok..Thanks info sis..

    p/s : Salam perkenalan..479 melawat sini..(^_*)..

    BalasPadam
  3. kakcik: huhuhuhu adek manesssss sentiasa aje terlebih gula

    BalasPadam
  4. Amboiii peminat antarabangsa nampakkkk... hehehe

    cuma risau, dia call kita...charge patah balik kita kena bayar.

    BalasPadam
  5. dia nk call awek tp tersalah dial tuh...
    itu psl dpt call adik manissss....

    BalasPadam
  6. azieazah: peminat ambo layak antarabangsa aje...pakistan la, bangla la, nepal la...vietnam laaa huhuhuhuhu serammm

    ambo guna tepon prepit je, tak kena caj balik kot

    BalasPadam
  7. norhidana: huwa huwa huwa
    tu la pasal nape dia diam tak jawab sepatah haram...tergoda dengar suara bahasa melayu kot...terkasima huhuhuhuhu

    BalasPadam
  8. ado sore mamat bangla sinih....

    BalasPadam
  9. Eelobor: sib baik sorang je huhuhuhu

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk menyatakan pendapat yang bernas dan membina. Setiap komen, pendapat dan pandangan yang dikemukakan adalah pandangan persendirian anda, tidak ada kena mengena dengan Tuan Rumah blog ini. Mohon agar menjaga susila sebagai warga Timur berbudaya Melayu beragama Islam. Terima kasih dengan sokongan anda semua.