Isnin, 22 Februari 2016

Cara Elak Jurujual, Peminta Sedekah Atau Peminta Derma

Pernah rasa tak selesa tak diganggu ditahan oleh jurujual, peminta sedekah atau peminda derma? Kalau kita baik hati nak derma seposen dua tu lainlah, tapi bila kerap sangat jumpa peminta sedekah atau peminta derma yang demand, boleh naik angin jugak tu.

Aku pernah berdepan dengan situasi tidak dipedulikan oleh tiga golongan ini, iaitu jurujual, peminta sedekah atau peminta derma. Jadinya, aku bebas lalu lalang depan mereka tanpa gangguan.

Puncanya, hanya sebab pakai slipper jepun. Yaaaa, rupanya jurujual, peminta derma atau peminta sedekah tak mandang orang-orang yang memakai sliper Jepun ni. Depa lebih pandang orang yang pakai sliper jenis K-Pop kot huhuhuhu

Ya, silalah pakai selipar jepun andai kalian nak elak gangguan daripada Jurujual, Peminta Sedekah Atau Peminta Derma. Bila dah pakai sliper jepun tu, kena terimalah hakikat jika berlaku dialog sentap sebegini.

Bernas tak cadangan ni?

Selamat mencuba!

7 ulasan:

  1. OK, ambo akan cuba.

    Ambo nak share satu petua nak elak kena promote card credit..
    Bagitau " saya bangkrap"
    Kahkahkah..terus tak berselera salesperson tu nak layan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Daddy ziyyad: muka demo muka urang kaya, pakai sliper jepun pun masih nampak mcm jutawan huhuhu

      Padam
  2. Kakcik ke mana2 memang senang berselipar Jepun je....tapi didekati juga walaupun kadangkala lengkap pakej selipar jepun dengan baju tidur (kaftan berlengan tu)!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kakcik nur: gaya kakcik ada macam gaya datin kottt

      Padam
  3. Balasan
    1. Norhayati: huhuhu takat ni menjadi...muka mmg muka urang papa kedana kot

      Padam
  4. time kuar mkn mlm ngn fmaily mmg akak pakai selipar jepun je takde masa nk pakai sandal beria... tp ttp ada peminta sedekah hulur tisu huhuhu...

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk menyatakan pendapat yang bernas dan membina. Setiap komen, pendapat dan pandangan yang dikemukakan adalah pandangan persendirian anda, tidak ada kena mengena dengan Tuan Rumah blog ini. Mohon agar menjaga susila sebagai warga Timur berbudaya Melayu beragama Islam. Terima kasih dengan sokongan anda semua.