Isnin, 24 Ogos 2015

Lagu Merdeka Dulu-dulu

Kita selalu dok dengar lagu-lagu patriotik dan kemerdekaan artis tahun 90-an. Kalau lagu Sudirman tu, yang ala ala 31 Ogoslah, lagu Bendera kitalahhh...dah jadi alarm aku pepagi sebab lagu tu kan bising dan bersemangat waja. Kononnya cepatlah bangun tak mahu dengar bising dan kejutkan jiran sebelah rumah.

Banyak lagu patriotik berkaitan kemerdekaan dan sambutan hari kebangsaan sering kita dengar di radio. Kononnya bagi semangat berkobar-kobar sikit. Namun, aku lebih suka dengar lagu merdeka dulu-dulu;

Menanti Saat Bahagia - Momo Latif



Tak ada semangat pun. Biasa-biasa sahaja rentaknya. Tapi lirik lagu Menanti Saat Bahagia ini benar-benar terisi dengan pengharapan yang tinggi.

Malaysia, aku menunggu saat bahagia kenaikan ringgit. Walaupun pak menteri kata kejatuhan nilai ringgit itu bagus, tapi aku masih mengharapkan selepas tarikh keramat 31 Ogos sempena sambutan kemerdekaan hari kebangsaan nanti, mohonlah nilai ringgit naik. sila lah naik lepasi POUND sterling!!

2 ulasan:

  1. bukankah harga ringgit dah semakin naik. tengok tadi cam 4.21 dah... dollar tetap tak berubah tak naik2 dari dulu cuma 1 dollar jer. huhuhu

    BalasPadam
  2. lagu patriotik dulu2 kesan nyer dia nyer lirik mmg lain mcm... bkn takde lagu patriotik zmn skrg nih tp pngisian mcm kureng gitu....

    huhuhu amin2 mohon nyer moga harga ringgit naiklah... takkan sampai nk takde harga lak

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk menyatakan pendapat yang bernas dan membina. Setiap komen, pendapat dan pandangan yang dikemukakan adalah pandangan persendirian anda, tidak ada kena mengena dengan Tuan Rumah blog ini. Mohon agar menjaga susila sebagai warga Timur berbudaya Melayu beragama Islam. Terima kasih dengan sokongan anda semua.