Khamis, 25 Jun 2015

Lauk Apa Berbuka Nanti?

Setiap hari pening dok fikir fasal lauk untuk berbuka dan bersahur.

Bukan manjakan anak tekak, namun situasi memang tidak membenarnya untuk masak beria-ria ataupun punggah juadah di Bazar Ramadhan beria-ria.

Bila Allah tarik nikmat sihat, banyak perkara dah kita tak mampu nak buat. Nak masak sendiri perlukan bahan mentah. Nak dapat bahan mentah kena pergi beli. Nak pergi beli kena keluarkan tenaga sedangkan tenaga itulah yang kehabisan.

Nak pergi Bazar Ramadhan cari juadah juga perlukan keupayaan yang tinggi. Bukannya boleh parking betul-betul jalan utama masuk bazar ramadhan. Bila parking jauh, sedang elok sampai muka depan bazar ramadhan, dahhhhhh nak pitam. Cemana tu?


Jadinya, berbukalah takat yang ada. Takat yang mudah. Mana yang ada, itulah rezeki untuk hari tu. Hidup ni mudah sahaja. Kalau rasa nasib kita tak beruntung, kenangkanlah mangsa-mangsa banjir di Manik Urai Lama sana yang masih ramai berada dalam khemah. Ingatlah tentang masyarakat Islam di Gaza yang berbuka puasa antara runtuhan bangunan, di bawah percikan bom dan mortar bak bunga api.

Teringin nak iftar berbuka puasa ramai-ramai macam kat Dataran Merdeka. 

12 ulasan:

  1. bersederhana lah kita ye dik.....

    BalasPadam
  2. jom...ingat nok bowok muaz & muizz bukok posa di dataran merdeka ari sabtu ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. eelobor: mesti dia orang teruja lari2 tempat luas

      Padam
  3. salam ramadhan , selamat berbuka puasa di dataran merdeka hari weekend je kann ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. 3 lalat: ek? tak tau pulak.
      sebenarnya teringin nak amik gmbr org buka posa tu huhuhu niat dah terpesong

      Padam
  4. Kakak rasa nikmat berbuka puasa di rumah juga yg terbaik. tak kisahlah beli ke masak sendiri. Senang - lepas makan terus masuk bilik dah boleh solat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kakzakie;
      kannnnnn
      lima minit pun dah siap berbuka.
      cuma kadang2 nak jugak berbuka kat luar tp kenalah tmpt yg mudah utk solat

      Padam
  5. Ros suka berbuka ramai ramai dengan ahli keluarga di rumah

    BalasPadam
    Balasan
    1. ros reeza;
      ambo berbuka sensorang je...yg ramai2 tu kalo blk kg. mmg ramai, x muat meja 12 kerusi. separuh berbuka kat bwh hampar paper wat saprah.

      Padam
  6. Teringin nk berbuka dgn ank2 kat padang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ummi aqilah;
      skrg dah jd trend kan berbuka kat padang. jom kita pakat pi berbuka kat dataran masjid putrajaya

      Padam

Anda dialu-alukan untuk menyatakan pendapat yang bernas dan membina. Setiap komen, pendapat dan pandangan yang dikemukakan adalah pandangan persendirian anda, tidak ada kena mengena dengan Tuan Rumah blog ini. Mohon agar menjaga susila sebagai warga Timur berbudaya Melayu beragama Islam. Terima kasih dengan sokongan anda semua.