Selasa, 16 Disember 2014

Kuih Talam Sedap Dimakan



Kalau kuih talam, memang sedap dimakan. Kalau talam nekar atau lebih dikenali sebagai dulang, boleh juga diguna pakai. Tapi, kalau dah talam dua muka, apapun tak boleh!!!!

Aku memang tak bolehlah dengan orang yang bersifat talam dua muka ni. Depan kita lain, belakang kita dah tentulah lain benar. Kalau tahu ada orang jenis talam dua muka begini, aku memang akan elak diri. Tapi, biasanya….orang jenis talam dua muka ni tak akan puas hati. Tak boleh kawan dengan kita, dia akan sebarkan cerita macam-macam tentang kita yang selalunya memang dah sah-sah tak betul.

Aku pernah pun buang ramai kawan. Jadinya, takat seorang dua lagi untuk dibuang, apa ada hal. Bukan nak kata bongkak boleh hidup tanpa kawan, tapi dari dok berkawan dengan talam, baiklah aku tak ada kawan. Boleh jugak makan kuih talam sensorang tanpa kongsi dengan sesiapa. Ya dak?

Kepada si talam dua muka tu, tak payahlah sebarkan fitnah anda sebab anda akan jumpa jugak aku kat Padang Mahsyar untuk mintak maaf kan? Lagi baik hang pi cari kawan lain yang sama spesies dengan kuih talam.

Aku layan hang dengan baik, sapa suruh pi jadi kuih talam. Errrr kuih talam boleh makan…salah tu, sapa suruh jadi talam bermuka dua. Bukan boleh jual pun. Tak takut ke kena sambar api neraka dok fitnah aku?

Untunglah di dunia ni aku buat bodoh je dengan semua yang cik kak buat tu, tapi bila aku diam bukan bermakna aku seronok orang dok jaja fitnah. Biarpun aku tak harapkan kebaikan yang aku buat dibalas oleh orang itu, tapi…janganlah jadi bangsat sangat hingga madu yang diberi dibalas racun. Itu kurang ajar namanya!

16 ulasan:

  1. Kalau kuih talam, tapi dah basi tak boleh juga dimakan... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kakcik: confirm basi senang pulak, buat baja je huhuhu

      Padam
  2. Marah benar bunyinya ni....kasi jual itu talam kat kedai besi buruk

    BalasPadam
  3. betul3 tuh... mmg bahaya kwn yg gitu

    BalasPadam
    Balasan
    1. norhidana: kalau kena kat dia reti pulak sentap huhuhu

      Padam
  4. tepung talam sedap..yang tak sedap talam dua muka. bahaya wooo.....elak selagi boleh elak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. murni: cari je kawan lain, elakkan yg berpenyakit gini

      Padam
  5. Hindarkan kawan jenis ni tak rugi pong..

    BalasPadam
    Balasan
    1. abah zino: dia yg rugi...nasiblah. sapa suruh madu dibalas tuba

      Padam
  6. Marah betul nampaknya.
    Mari kita makan kuih talam setalam dua.

    BalasPadam
    Balasan
    1. pakngah al-lavendari: kuih talam mmg sedap...talam ubi kayu lg she dapppp

      Padam
  7. diana: tau tak apa...tang dia boleh je, org buat kat dia sentap bergegor sealam maya huhuhu

    BalasPadam
  8. diana: tau tak apa...tang dia boleh je, org buat kat dia sentap bergegor sealam maya huhuhu

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk menyatakan pendapat yang bernas dan membina. Setiap komen, pendapat dan pandangan yang dikemukakan adalah pandangan persendirian anda, tidak ada kena mengena dengan Tuan Rumah blog ini. Mohon agar menjaga susila sebagai warga Timur berbudaya Melayu beragama Islam. Terima kasih dengan sokongan anda semua.