Rabu, 1 Oktober 2014

Petrol Naik Harga, Ramai-ramai Sesakkan Stesen Minyak Cari Harga Lama

Harga Petrol RON95, Diesel Naik 20 Sen. Yaaaaa naik lagi. Jam 7 petang tadi aku dapat tahu. Harga petrol RON95 dan diesel naik sebanyak 20 sen berkuat kuasa tengah malam ini. 20 sen je pun...tu pun nak bising satu Malaya, wat malu kokram!

Harga runcit RON 95 yang baharu naik daripada RM2.10 kepada RM2.30, manakala diesel daripada RM2 kepada RM2.20.

Kata Pak Menteri, harga baharu RON95 itu berikutan pengurangan subsidi bagi petrol RON 95 dan diesel dikurangkan sebanyak 20 sen. Pada masa ini, harga pasaran bagi petrol RON95 ialah RM2.58 seliter, sementara harga diesel ialah, RM2.52 seliter. Bukan sebab harga minyak naik ya…sebab kurangkan subsidi. Minyak tak naik sayang!

Tetiba aku rasa macam nak peluk-peluk je pak menteri yang sangat prihatin dengan kehidupan aku yang marhaen ni. Ohhhh sangat syahdu tau! Menteri gitu yang kita nak. Menteri gitu yang kita kena undi dalam pilihanraya akan datang. Ingat tu…sila undi beramai-ramai.


Langkah kenaikan harga petrol dilaksanakan selaras dengan dasar rasionalisasi subsidi kerajaan bagi memastikan kedudukan kewangan negara terus kukuh. Bila harga naik, semua orang takut nak seludup petrol tau…siapa yang untung? Kita jugak kan…melimpah ruah petrol dalam Negara kita. Nak minum petrol pun bulehhhhh jugakkk.

Nanti, kerajaan kita yang prihatin ni akan menaikkan kadar pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang akan diumumkan dalam Pembentangan Bajet 2015 lepas raya nanti. Tak caya? Kenalah tunggu. Mana tau tiap orang dapat rumah percuma. Takat 20 sen sapa nak heran, ya dak?

Okehhh…nak luruskan pinggang. Penat beratur kat pam minyak terjun cari petrol RON95 harga lama sebelum kenaikan harga RON 95 esok.




7 ulasan:

  1. Isi dah minyk penuh tangki mlm ni..

    BalasPadam
  2. Salam.
    Terimakasih masuk blog mama.
    Anyyss ni mama kenal tapi dari jauh je..raya balik kg tak?

    BalasPadam
  3. Petak bunga; ambo isi tak berapa nak penuh...nak pi tambah lagi kaunter pun kesian org lain panjang tunggu. Tak apalah...orang kata wat ubat je isi malam ni huhuhuhuhu

    BalasPadam
  4. Juhariah: Wsalam. Opssssss! dari jauh? macam mana tu? berapa jauh huhuhuhu

    selalu jugak jenguk2 blog mama tu, tapi jarang komen ;)

    BalasPadam
  5. hehehe.....dengan bangganya ambo nok gi isi minyok pahnim dengan harga baru

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk menyatakan pendapat yang bernas dan membina. Setiap komen, pendapat dan pandangan yang dikemukakan adalah pandangan persendirian anda, tidak ada kena mengena dengan Tuan Rumah blog ini. Mohon agar menjaga susila sebagai warga Timur berbudaya Melayu beragama Islam. Terima kasih dengan sokongan anda semua.