Jumaat, 4 Julai 2014

Fatwa Trengganu: Kassim Ahmad Kufur & Murtad



Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu sebulat suara memutuskan kenyataan bekas aktivis politik dan sosial Kassim Ahmad dalam‘Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian’ yang berlangsung di Putrajaya sebagai pemikiran yang kufur dan murtad. Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Islam Terengganu, Datuk Mohd Rozali Salleh berkata, keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat khas kali pertama jawatankuasa itu yang bersidang pada 9 Mac lalu.

Fahaman atau golongan itu adalah sesat, menyeleweng dan menjadi ancaman kepada ketenteraman awam serta merosakkan akidah mereka. Ucapan disampaikan Kassim mempunyai unsur penyelewengan antaranya;

mempertikaikan syahadah yang kedua,
mengingkari dan mempertikaikan hadis sebagai sumber hukum,
mempertikaikan hukum rambut perempuan sebagai aurat,
hukum selawat, dan
membenarkan jenayah murtad berlaku dalam masyarakat.



Sehubungan itu, jawatankuasa fatwa turut memutuskan apa jua fahaman yang berunsurkan penolakan hadis itu perlu disekat daripada berkembang. Sebarang penerbitan, penyiaran dan penyebaran apa-apa buku, risalah, filem, video dan apa sahaja berhubung fahaman ini adalah diharamkan dan orang Islam dilarang memiliki, menyimpan mencetak, menjual atau mengedarkan semua bahan terbabit.
 


Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan yang mengikuti fahaman anti hadis ini dengan berselindung di sebalik aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian dan sebagainya yang mempunyai unsur persefahaman anti hadis ini adalah dianggap mengamalkan fahaman yang bercanggah dengan syariat. Oleh yang demikian, orang ramai di Trengganu hendaklah menghindarkan diri daripada terbabit dengan fahaman golongan tersebut.

Mesyuarat jawatankuasa itu juga bersetuju supaya keputusan berhubung fahaman anti hadis itu diwartakan untuk dijadikan fatwa yang mengikat bagi membolehkan tindakan diambil terhadap kesalahan yang terbabit.


2 ulasan:

  1. sedikit kefeningan... kenapa tidak diselaraskan antara setiap negeri & persekutuan yer? boleh buat kajian dan nukilkan satu entri untuk pencerahan.... TQ

    BalasPadam
  2. Ulasan selari ni....haritu nampak kat paper tapi tak tau detail....

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk menyatakan pendapat yang bernas dan membina. Setiap komen, pendapat dan pandangan yang dikemukakan adalah pandangan persendirian anda, tidak ada kena mengena dengan Tuan Rumah blog ini. Mohon agar menjaga susila sebagai warga Timur berbudaya Melayu beragama Islam. Terima kasih dengan sokongan anda semua.