Selasa, 10 Jun 2014

Saat Kau Sentuh Hatiku


Bila hatiku kau sentuh…bibir jadi kelu tak terkata.

kelak, ia kering dipanah mentari...

Hati jadi beku untuk berkata. Biarlah kusimpan segala bicara, agar nanti hanya hatiku sahaja yang terluka;

sendirian mengadap ranting-ranting yang terlerai rimbun daunan

Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikan, niscaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu. Maka Allah mengampuni siapa yang dikehandaki-Nya dan menyiksa siapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. (QS. Al Baqarah[2] : 284)


Terima kasih atas segalanya!


Hatiku memang rapuh, namun masih mampu kutampung retak serpihnya. Masih berdaya mengutip dan menampal biarpun tak terlindung retak itu.


Akhirnya...lelas itu tidak jua hilang tinggalkan bekas. Sakitnya terpalit ke mata, bayangnya dilampias pada senyum nan makin kaku.

Pernahkah kau tahu saat kau sentuh hatiku ini?






5 ulasan:

  1. sedapnyo buleh duk atah krusi congek-cakdom gituh atah pade, berangin sepo2 gitu dengan cuaca petang ke arah senja.... perghhhh

    BalasPadam
  2. Eelobor: musim La Nina lor ni, jange dok buak tak henggat brehak atah krusi lagu tu...panah nenting tuuuu ptg2 pong. Pah ccerohhh panah

    BalasPadam
  3. Diana: layan je laaa jiwang karat huh uh uhu

    selalunya kita sendiripun tak sedar kita dah menyentuh hati orang...apa nak diharap sangat orang sedar hati kita dah tersentuh huh uhuhu

    BalasPadam
  4. Wahhh gaya macam sedang bercinta di taman inderaloka?
    Siapakah gerangan jejaka impian yg telah menyentuh hati mu tuan...

    BalasPadam
  5. Aziezah: sentuhan maut tu...bisanya tak terlihat meresap segenap buli-buli darah

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk menyatakan pendapat yang bernas dan membina. Setiap komen, pendapat dan pandangan yang dikemukakan adalah pandangan persendirian anda, tidak ada kena mengena dengan Tuan Rumah blog ini. Mohon agar menjaga susila sebagai warga Timur berbudaya Melayu beragama Islam. Terima kasih dengan sokongan anda semua.