Selasa, 27 Mei 2014

Video Nak Tukar Darah Gara-Gara Makan Cadbury Ada DNA Babi


Mula-mula aku bantai gelak sampai keluar air mata…geli usus aku dengan kenyataan makcik ni;



Ringkasan ceritanya: Gabungan Pertubuhan Islam bukan kerajaan (ACCIN) mahu kilang coklat Cadbury yang dua produknya dikesan mempunyai DNA babi membayar kos menukar darah kepada semua umat Islam yang telah termakan bahan haram berkenaan. Selain itu, menurut jurucakap ACCIN Sabariah Abdullah, yang mempunyai 18 NGO bernaung di bawahnya - mendesak supaya saman hingga berbilion-bilion ringgit ke atas syarikat antarabangsa itu.


Akhirnya air mata tu tak mahu berhenti walaupun usus aku dah tak geli lagi. Ya Allah, sebesar ini diturunkan ujian kepada kami!

Aku bukan orang pakar untuk keluarkan apa-apa fatwa, tapi dengarkanlah nasihat orang yang lebih mengetahui, pendapat Dr. Maza tentang cuci darah sebab makan coklat Cadbury;

Bukan hanya makan babi tu haram ya...makan rasuah pun haram. makan riba pun haram, berjudi bertaruh juga haram...



8 ulasan:

  1. Cokelat Cadbury tu makanan ruji ke sampai nak tukar darah? ….. huhu

    BalasPadam
  2. YB: kalau makanan ruji pun, bukannya kena tukar pun. Mana mai fatwa tah kena tukar darah...habis tu curi tulang masa kerja nak tukar apa pulak?

    BalasPadam
  3. sakitnye la jiwa umat.. kepada admin blog.. jangan ponteng kelas agama kalau xnk jd gtu.. haha

    BalasPadam
  4. Sdr Khamsi Abdullah: Lama betul sdr tak timbul di sini, terima kasih sudi lagi bertamu.

    insha Allah, daku murid yg takut dengan rotan Tok Guru, tak jadi ponteng. itulah hikmahnya...

    BalasPadam
  5. Maaflah..blog yang saya ikut sudah mencecah 700+ dari tahun 2010. Makanya, kadang-kadang tu ada yang terlepas dekat blogger newsfeed. m sori..

    BalasPadam
  6. Kalau lah kita tak arif...seeloknya sebelum keluar kenyataan rujuklah pd pakar dulu kan?? Kan dh ter-memalukan diri.

    BalasPadam
  7. Khamsi abdullah: terima kasih masih lagi sudi BW sebab saya sendiripun sudah makin tak sempat nak buat.

    BalasPadam
  8. Makcik Kantin: Itu sepatutnya, apalagi dia mewakili sebegitu banyak NGO...terlalu emosi buatkan kita terlepas cakap banyak perkara.

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk menyatakan pendapat yang bernas dan membina. Setiap komen, pendapat dan pandangan yang dikemukakan adalah pandangan persendirian anda, tidak ada kena mengena dengan Tuan Rumah blog ini. Mohon agar menjaga susila sebagai warga Timur berbudaya Melayu beragama Islam. Terima kasih dengan sokongan anda semua.