Khamis, 8 Mei 2014

Akibat Selalu Angkat Banyak Wang


Ini sebahagian daripada kisah dalam entri Hidroterapi di Hospital Serdang.

Semasa pertama kali buat hidroterapi di Hospital Serdang, aku jumpa seorang staf bank yang juga hari pertama buat terapi air ni. Sama-sama jakun macam aku juga. Jadi kami berkenalan serba ringkas.

Dia: kerja angkat berat...sakit belakang dan kesannya terasa di bahagian paha.

Kami semua dok hairan dia kerja apa yang perlu angkat berat.Orangnya kecil molek sahaja. Tak kan penghantar tong gas kot!

Katanya dia kerja bank di Serdang. Tak perlulah aku tulis bank mana ya. Kerjanya itu menyebabkan dia alami masalah belakang.

Masing-masing dok hairan, barang berat apa yang dia kena angkat. Rupanya setiap hari dia kena angkat duit.Ya...setiap hari angkat duit yang banyak menyebabkan alami masalah belakang!

Mama: kami pun nak angkat duit banyak-banyak.

Dia yang manis itu ketawa sambil kata “Kalau duit sendiri, saya pun nak. Masalahnya, semua tu duit orang...”

Ya, dia bermasalah dengan belakangnya kerana selalu mengangkat duit yang banyak. Angkat duit masukkan dalam mesin ATM bank terutama awal dan hujung minggu. Dah tentulah juga bila hujung dan awal bulan jumlahnya lebih banyak kena masukkan slot duit tersebut.

2 ulasan:

  1. itu menunjukan mata wang kita rendah.

    kena duit banyak, tapi nilai sedikit.

    kesian tahu dia sampai sakit belakang..
    ishkk..masalah ini tak patut terjadi kalau matawang kita tinggi. infalsi rendah.

    terbayang kalau zaman duit jepun..mau berat mcm tong gas.

    BalasPadam
  2. Dah orangnya kecik tu sebab gaknya sampai sakit belakang sebab kena angkat duit yg banyak..

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk menyatakan pendapat yang bernas dan membina. Setiap komen, pendapat dan pandangan yang dikemukakan adalah pandangan persendirian anda, tidak ada kena mengena dengan Tuan Rumah blog ini. Mohon agar menjaga susila sebagai warga Timur berbudaya Melayu beragama Islam. Terima kasih dengan sokongan anda semua.