Khamis, 10 April 2014

Tanya Sama Hati


Bila kita melakukan sesuatu, seperti maki orang…pernah tanya tak kepada diri sendiri; apa perasaan kita bila apa yang kita buat itu dibuat oleh orang-orang yang kita sayang seperti anak ka, isteri ke, suami ke, adik ke, mak ke, ayah ke…dan kitalah yang sedang dimaki itu.

Pernah tanya tak pada hati sendiri?

Entri ini tiada kaitan sedikitpun tentang acara maki makian. Bukan juga acara menyindir menantu. Hanya sekadar renungan sementara menanti malam Jumaat.


9 ulasan:

  1. Tak suka memaki dan dimaki... hehe

    BalasPadam
  2. Saya dah belajar tak maki orang. Lagipun saya jenis cepat menyesal. Bila kita dah maki orang, orang tu mesti sedih kan? And also besar sangat ke salah orang tu smp nak kena maki semua?

    Huhu.

    BalasPadam
  3. Ada orang tidak berani maki depan2, tapi maki2 dibelakang...
    Itupun dosa sebenarnya,

    BalasPadam
  4. Tata: Boleh bilang berapa kali saya maki orang, tetapi sesiapa yang kena maki itu akan ingat sepanjang hayatnya hu huhuhuhu

    jangan biar daku memaki sesiapa hu huhuhu buruk padahnya hu huhu

    BalasPadam
  5. Petak Bunga: Ramai orang lupa nak jaga mulut berbanding muka

    BalasPadam
  6. Mak nanie: ada orang maki dalam hati ...tetap dosa.

    maki depan2, orang kena maki sakit hati, maki belakang; telinga yang dengar sakit. Maki dalam hati, sendiri sakit hati

    jom tahan diri dari maki walaupun kucing

    BalasPadam
  7. Diana: Bila nganga mulut nak maki, cuba ingatkan hati "setan sedang hasut"...mesti berjaya tutup mulut semula tanpa maki ;)

    cubalah!

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk menyatakan pendapat yang bernas dan membina. Setiap komen, pendapat dan pandangan yang dikemukakan adalah pandangan persendirian anda, tidak ada kena mengena dengan Tuan Rumah blog ini. Mohon agar menjaga susila sebagai warga Timur berbudaya Melayu beragama Islam. Terima kasih dengan sokongan anda semua.