Isnin, 10 Mac 2014

Dia Panggil Aku Mak Cik?


Sejak bertongkat ni, banyak perkara aku belajar. Bukan sahaja berkawan dengan makcik-makcik dan pakcik-pakcik di pusat Ceragem Bangi, malah perlu juga selesaikan segala hal sendiri walaupun belum sihat sepenuhnya.Acara kumpul MC berkepuk-kepuk tu sudah semestinya kena buat.

Bila hujung bulan, banyak bil kena bayar. Banyak perkara kena buat termasuk memanjat tangga bank. Masa memanjat tangga bank itulah, seorang lelaki menyapa dari atas “Boleh ke tu, makcik…hati-hati,”

Dia panggil aku makcik? Fuhhhhh! Sampai kat atas dia bukakan pintu untukku. Aku tengok rambutnya dah kelihatan warna putih sana sini.

Nak aje aku cakap “Saya belum kahwin lagi tau!”

14 ulasan:

  1. Ala biasa la tu. Saya pun selalu dah kena macam tu. Dah malas nak layan. Hahaha.

    BalasPadam
  2. Ok juga sebab bertongkat tu dia ingat makcik mana..yg kes akak dulu punya vouge org bank panggil makcik ..sentap mak nyah hehe..

    BalasPadam
  3. Kakcik dah biasa dengan panggilan itu. Walaupun memang selayaknya dipanggil begitu tapi kadang2 sentap juga...hehehe

    BalasPadam
  4. Hmmm bertabah lah anyss....pada dia kakak/adik tak akan pakai tongkat...

    BalasPadam
  5. Dia panggil makcik sebab dia tak tengok muka... kira orang baik2 la tu..
    Apa yg penting dia niat baik... siap tolong bukak pintu..

    BalasPadam
  6. Masa sy form 2 pun dah ada org panggil sy makcik.Bermisai melentik lagi tu..

    BalasPadam
  7. kak ida nyanyi sunyi: hu hu hu hu daku tak vouge...pakai seluar sukan je hu huhuhu pasal tu kot

    BalasPadam
  8. kakcik: sentap tu sebab nengok uban dia lagi banyak kot dr uban kat kepala saya Opsssss!!!! dah beruban pun kan, tak pa kot orang panggil makcik huhu huhu

    BalasPadam
  9. makcik kantin: mungkin juga kan

    BalasPadam
  10. star sapphire: Opssss! ingatkan nak kaver termalu panggil makcik tu pasal tolong buka pintu hu hu h uhu

    BalasPadam
  11. Diana: mungkin dia perlu pakai spek kot...

    BalasPadam
  12. Ayu: tetiba daku insaffff!!!

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk menyatakan pendapat yang bernas dan membina. Setiap komen, pendapat dan pandangan yang dikemukakan adalah pandangan persendirian anda, tidak ada kena mengena dengan Tuan Rumah blog ini. Mohon agar menjaga susila sebagai warga Timur berbudaya Melayu beragama Islam. Terima kasih dengan sokongan anda semua.