Isnin, 7 Oktober 2013

Teringin Sangat-Sangat

 
Macam orang mengidam pulak ya…

Sekarang ni, ada beberapa perkara yang aku dah teringin sangat-sangat nak buat, tetapi dah lama tak berpeluang nak buat. Antaranya;

  1. Nak kemas rumah bersihkan sampai berkilat. Rasa macam tinggal di tempat pelupusan sampah aje!
  2. Nak bermanja-manjaan dengan pokook-pokok di halaman. Nak pangkas ranting dan dahannya cantik-cantik, letak baja gamburkan tanah supaya bunga kertas a.k.a bounggavila tu berbunga lebat dan meriah semula macam dulu-dulu. Kesian tau…tinggal ranting dan kering nak mati dah tu.
  3. Nak jogging berlari-lari anak tiap petang tingkatkan kecergasan minda dan fizikal. Badan dah rasa sangat berat sejak berjaga dengan efektif ni…maklumlah, sampai je waktu tengah malam aku terasa lapar. Jam tiga pagi aku masak mi goreng dan sebat sepinggan penuh. Apa tak bertambah beratnya badan aku…bukan aje mengembang ni, semua baju aku dah mengecik pula. Penimbangpun dah rosak tu!
  4. Nak tidur dengan teratur semula macam orang lain. Sangat berazam selepas ni aku mampu tidur paling lambat jam 12 tengah malam dan bangun jam 5 pagi. Waaaaaaa banyaknya masa untuk aku tidur…nanti tak adalah lebam bawah mata ni kan? Haihhhh! bila nak qada tidur ni?
  5. Nak buat sesuatu yang aku suka seperti jalan-jalan sambil ambil gambar, sambil makan-makan (bukan kata nak diet ke?). dah lama tak buat benda ni. Hujung minggu buat perjalanan ringkas pergi JB ke, makan mi bandung atau beriani gham…kemudian bertolak balik semula ke Bangi ikut jalan kampong. Menyinggah mana-mana makan buah, tengok persekitaran blab la bla…hishhhh! Bila tah yang ni nak jadi kenyataan!
  6. Hidup santai dengan baca novel, tengok TV atau tonton cerita Korea sambil nangis-nangis lap air idung dan bengkak-bengkak mata. Paling malas pun jelajah panggung wayang hujung minggu, kemudian nikmati makan-makan yang menyedapkan anak tekak. Makan lagi!

Kalau nak senaraikan, memanglah masih banyak. Tapi aku sendiri rasa macam tamaklah pulak! Semua benda nak buat.
 
 
 




8 ulasan:

  1. sama dengan aku. aku nak no. 2. aku nak buat farm patch, nak alihkan sawi dengan kailan. dah tak muat bekas dah. tapi tak sempat nak buat. cuti ahad aje.

    no. 3. tu pun aku nak jugak. rindu rasanya nak rasa bila peluh menitik. baju basah dek keringat. hmm.

    BalasPadam
  2. Kalau nak buat yang no 5 tu sila ajak saya sekali...ekekeee...

    BalasPadam
  3. assalam,

    kalau senaraikan apa yg kita nk buat
    mmglah bykkan...sbb itu kita di sarankan
    plan aktiviti yg kita nk buat di atas
    kertas utk setiap hari
    itu pun susah nk habiskan..hehe

    BalasPadam
  4. tata: jommm...kita plan masa bagi semua tu jadi ;)

    BalasPadam
  5. Junaina: hu hu huhu hu biasanya plan jenis ni jenis terkejut tergempar main redah pakai lompat je...tetiba je muncul kat tempat lain huhu h uhuhu

    Ada peluang kita buat ya...tapi, boleh ka cikpuan Junaina ni pergi dan balik sesuka hati macam kami ni, kang Pak Tuan tunggu dengan parang panjang, takut jugak kami ;)

    BalasPadam
  6. Ati: betul tu...tiap hari saya senaraikan apa kena buat utk hari tu...masih juga ada senarai yang tak sempat siap.

    itu yang kelam kabut sentiasa tu...ishhhhh! kena mantapkan perancangan masa ni

    BalasPadam
  7. set!

    kalau jadi at least 1 pun ok la, aku buat entry pasal ni. haha

    BalasPadam
  8. sama la..saya pun rasa nak buat semua tu..tapi ada je halangan..

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk menyatakan pendapat yang bernas dan membina. Setiap komen, pendapat dan pandangan yang dikemukakan adalah pandangan persendirian anda, tidak ada kena mengena dengan Tuan Rumah blog ini. Mohon agar menjaga susila sebagai warga Timur berbudaya Melayu beragama Islam. Terima kasih dengan sokongan anda semua.