Selasa, 15 Oktober 2013

Selamat Hari Raya Korban Aidiladha

Entah bila ada kesempatan berada di sini...


[34] Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka; binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNya; dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat -

[35] Iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah, gerun gementarlah hati mereka, dan orang-orang yang sabar (cekal hati) terhadap kesusahan yang menimpa mereka, dan orang-orang yang mendirikan sembahyang, serta orang-orang yang mendermakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepadanya.

[37] Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya.

[38] Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang beriman; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap seorang yang khianat, lagi tidak bersyukur.

Surah Al-Hajj ayat 34-38
 
Selamat menyambut hari raya aidiladha
 
 

6 ulasan:

  1. Selamat menyambut Aidil Adha dan selamat melakukan ibadah korban/

    Jangan makan daging banyak sangat tau..

    BalasPadam
  2. Salam AidilAdha.

    raikan dengan penuh rasa syukur. :)

    BalasPadam
  3. Selamat Hari Raya anyss. kalau makan daging korban tu ingat2lah kat saya yg jauh ni ...... huhuhu

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Anyss

    selamat Menyambut hari raya aidil adha..jangan lupa jalan balik ke Bangi ye..

    BalasPadam
  5. Azieazah, YB & Ida Nyanyi sunyi: terima kasih. selamat menyambut aidiladha

    BalasPadam
  6. Zulhilmi: terima kasih. salam aidiladha

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk menyatakan pendapat yang bernas dan membina. Setiap komen, pendapat dan pandangan yang dikemukakan adalah pandangan persendirian anda, tidak ada kena mengena dengan Tuan Rumah blog ini. Mohon agar menjaga susila sebagai warga Timur berbudaya Melayu beragama Islam. Terima kasih dengan sokongan anda semua.