Jumaat, 27 September 2013

Leher Aaron Aziz Senget?


Apa dah jadi dengan hero pujaan Malaya ni? Siapa lagi kalau bukan pelakon Aaron Aziz yang kian digilai ramai anak dara termasuk mak dara dan nenek dara. Beliau kini berada dalam keadaan stabil selepas dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur, mengidap penyakit Cervical Facet Arthritis pada bahagian leher menyebabkan ia senget sebelah serta tidak boleh banyak bergerak pada bahagian terbabit.

Aaron Aziz mula rasa kesakitan pada lehernya sejak seminggu lalu, tetapi menahannya kerana mahu menyelesaikan penggambaran sebuah telefilem. Kesakitan itu akhirnya menular sehingga ke bahagian tangan dan jari sebelah kirinya menjadi kebas.

Ada sesiapa nak pergi melawat Aaron Aziz tak? Nak ikut lah!

Mmmmmm dari dok cerita tentang bini Mat Yo minta maaf, ataupun dok cerita tentang video bini Mat Yo maki pak guard di Subang tu, baiklah cerita pasal abam Aaron Aziz, ya tak? Kalau pasal Fida Ibrahim lari dari lokasi penggambaran di Baling lagilah tak mau cerita...aku bukan peminat dia walaupun suara dia mirip dengan Dato' Siti Nurhaliza. Aku pun tak tahu sebab apa Fida Ibrahim bukan antara artis yang aku suka. Nak kata tak suka pun tak adalah. Mungkin sebab dia tak menonjol sangat kot.

Tapi, teringin jugak nak cerita tentang Fiza Elite kahwin dengan Adam AF tu…fuhhhhh dah tentu ramai jugak yang cerita dengan macam-macam versi. Seeloknya, doakanlah mereka hidup aman bahagia hingga syurga. Ya tak?
 
 

8 ulasan:

  1. Abam Aaron leher senget?? Tak pe senget pun tetap hensem dihatikuu...

    Entry kali ni rasa cam Melodi versi blog... ngeh ngeh..

    BalasPadam
  2. bagi aku Fida ni lebih menonjol dari segi gossip aje.

    BalasPadam
  3. Sesekali anyss bermelodi, len kali wat edisi terjah blog kwn2 laks hehe

    BalasPadam
  4. Eja: ni enteri masa kepala tengah weng...macam tomyam jadinya

    BalasPadam
  5. Tata: hu hu hu moga2 fida menyedarinya...pas tu fokus. Bukan mudah nak jadi retis

    BalasPadam
  6. Sharinginfoz: macam nasi kerabu kan kan kan

    BalasPadam
  7. Mamawana: idea menarik tu...mana tau ada kelebihan masa depan2

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk menyatakan pendapat yang bernas dan membina. Setiap komen, pendapat dan pandangan yang dikemukakan adalah pandangan persendirian anda, tidak ada kena mengena dengan Tuan Rumah blog ini. Mohon agar menjaga susila sebagai warga Timur berbudaya Melayu beragama Islam. Terima kasih dengan sokongan anda semua.